Oleh NAFSIAH JANI

MUNGKIN ramai yang masih tidak menyedari khasiat dan kebaikan yang tersembunyi dalam buah bidara. Buah bidara ialah Ziziphus Mauritiana daripada family Rhammnaceae. Terdapat dua jenis pokok bidara iaitu bidara kampung dan bidara epal.

Buah ini kaya dengan vitamin A, Vitamin C, karbohidrat, protein, fosfor, zat besi, kalsium, niacin ( Vitamin B3), beta karoten, mineral dan banyak lagi.

Buahnya rangup dan manis dan sangat bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan. Buah ini cukup kaya dengan nutrisi. Malah daunnya juga boleh digunakan untuk perubatan. Khasiatnya amat sesuai untuk wanita dan lelaki.

Khasiat yang tersembunyi

1. Dengan memakan buah ini akan membuatkan anda awet muda. Bahan seperti flavonoid, fenolik, tannin dan saponin yang terdapat dalam buah ini bertindak sebagai bahan antioksidan yang membantu untuk awet muda.

2. Dengan memakan buah ini, ia akan membantu anda tidur nyenyak. Disamping itu, ia juga boleh meningkatkan kualiti tidur kerana mengandung triptofan.

3. Bagi mereka yang menghadapi masalah berat badan, buah bidara ini amat berkesan kerana seratnya yang tinggi dapat membantu menjaga berat badan yang sihat.

Shanmugamp7, CC BY-SA 3.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0>, via Wikimedia Commons

4. Sementara daun bidara yang direbus, airnya boleh dijadikan air mandian untuk mengubati demam.

5. Bagi mereka yang mengidap kencing manis (diabetes) daun bidara yang mengandungi glikemik yang rendah amat bagus untuk mengubati penyakit berkenaan terutama bagi ibu yang mengandung. Ia juga mampu mengawal lebihan gula dalam darah.

6. Masalah sembelit memang membebankan dan buah bidara mengandungi serat yang baik untuk melancarkan usus. Dengan mengamalkan minum jus buah bidara ia boleh mencegah masalah sembelit yang kronik dan melegakan perut. Disamping itu, jus buah bidara juga mampu menghentikan cirit birit dan masalah kurang selera makan.

7. Antioksidan yang ada pada buah bidara bagus untuk mencegah radikal bebas. Radikal bebas adalah penyebab penyakit yang dibawa termasuk yang di bawa oleh udara di persekitaran.

8. Daun buah bidara pula boleh digunakan untuk mengubati luka kerana ia
mengandungi antiseptik yang boleh menyembuhkan luka lama dan luka baru. Ia terkenal kerana daunnya bersifat sejuk dan nyaman bila disapukan pada bahagian luka.

9. Bukan itu sahaja, kajian telah menemukan bahawa buah bidara dapat melindungi sel saraf dari tekanan neurotoksin dan meransang pembahagian sel saraf. Selain itu, buah bidara juga didapati boleh meningkatkan memori dan pembelajaran di samping melindungi dari penyakit neurologikal.

10. Buah bidara yang kaya dengan vitamin C dan bersifat antioksida boleh melindungi hati. Sebabnya di dalam buah bidara terdapat satu komponen yang dinamakan asid triterpenik yang mempunyai pelbagai kebaikan seperti anti inflamasi, anti mikrob, anti oksida baik untuk melindungi hati.

Previous articleRamai pengunjung bertanya rahsia keenakan masakan Restoran Rasa Rosz di AEON Big,Wangsa Maju!
Next articleIlmu harta paling berharga!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here