Oleh Syed Wafa
Foto Ehsan Datuk Malek Noor

KALAU bercakap tentang sukan bina badan pasti nama figura yang seorang ini akan menjadi sebutan anda. Betapa tidak sejak menceburi sukan ini pada tahun 1980-an, beliau telah meraih pelbagai anugerah dan mengharumkan nama Malaysia di luar negara.

Realitinya dalam sukan bina badan yang beliau sertai banyak kemenangan yang berpihak kepadanya.

Malek Noor merupakan Olahragawan Negara pada tahun 1986 dan 1990

Itulah Datuk Malek Noor, suami kepada Doktor Pakar Pediatrik, Datin Dr. Wan Asma Wan Ismail, yang mana sejak tahun 1980-an telah meraih pelbagai gelaran serta membanggakan Malaysia antaranya Mr. Asia Heavyweight sebanyak enam kali, Mr. ASEAN Heavyweight empat kali, Mr. Malaysia Heavyweight enam kali, Olahragawan Negara pada 1986 dan 1990 dan pelbagai lagi kejuaraan yang dimenangi di luar negara ketika aktif dalam sukan bina badan.

Kenangan bersama teman dalam sukan bina badan.
Faktor kejayaan Malek Noor adalah kerana beliau gigih dalam latihan
Kenangan semasa Malek Noor di puncak kejayaan

Bersandarkan kejayaannya dalam sukan berkenaan telah memberi peluang kepada Malek Noor mencipta nama dalam bidang lakonan.

Bermula dengan filem “Ujang” (1988), Malek telah membintangi 12 filem antaranya “Keys To Freedom, Pendekar Mata Satu, Juara, Bayangan Maut dan Pemburu Bayang.”

Turut berlakon dalam filem ‘Ujang’ 1988

Malek Noor juga pernah diundang berlakon dalam sitkom paling popular “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” pada musim le-17 dalam episod ‘Don Juan’ pada tahun 1977.

Malah Malek Noor juga pernah muncul sebagai cameo dalam siri komedi “Sepahtu” dan pada tahun lalu berlakon sebagai Uncle Fuad dalam drama 10 episod “Ex Aku Pontianak” arahan Shamyl Othman.

Berlakon dalam filem ‘Pendekar Mata Satu’ 1989
Dalam filem ‘Juara’ 1991

“Semua gelaran dan kejayaan dalam sukan bina badan dan populariti dalam bidang lakonan yang saya raih itu biarlah saya simpan sebagai kenangan dalam hidup saya. Kini saya ingin menjalani hidup sebagai seorang muslim yang taat kepada agama dengan melaksanakan apa yang diwajibkan dan meninggalkan apa yang melanggar hukum,” kata Malek Noor selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sejak empat tahun lalu ketika ditemui baru-baru.

YAKEB yang ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal kebajikan atlet dalam pelbagai aspek yang sesuai untuk memberi manfaat kepada 3,000 bekas atlet negara termasuk atlet kelainan upaya (OKU) terletak dibawah Kementerian Belia dan Sukan.

Wajah seorang ikon yang sentiasa menjadi kebanggaan Malaysia

Apabila ditanya apakah beliau menyesal kerana pernah menyertai sukan bina badan suatu waktu dahulu, dengan tenang Malek Noor
berkata;

“Saya tidak pernah menyesal kerana itu ketentuan hidup saya dan bersyukur diberi hidayah pada tahun 2009, saya sedar banyak kesilapan yang saya lakukan.

“Terlalu banyak kewajipan saya sebagai seorang muslim yang saya abaikan. Saya sedar apabila kita mahu menjalani hidup sebagai seorang muslim yang baik banyak dugaannya.

“Namun saya amat bersyukur kerana Allah memberi petunjuk dan panjangkan umur saya sebelum saya pejam mata. Pada waktu yang sama saya mendalami agama kerana sebagai manusia kita ada masalah turun naik dalam iman.

SAAT bahagia…Malek Noor dan isteri Dr. Wan Asma Wan Ismail menjadi Raja Sehari pada 12 Mac 2012.

“Bagi memastikan saya tidak lalai pada tanggungjawab menunaikan solat wajib dan solat sunat, saya juga tidak pernah tinggalkan mengaji walau sehari. Saya memang tidak mampu merubah kesilapan lalu tetapi kini Allah memberi peluang saya menjadi seorang muslim yang taat kepada agama.

“Bukan itu sahaja, malah saya sentiasa berdoa semoga Allah menjadikan saya seratus peratus Islam sejati dan sentiasa menjaga adab apabila berbual dengan orang.”

Menurut Malek Noor, sejak berhijrah dan menjalani kehidupan sebagai seorang muslim beliau dapat merasakan hidupnya kini semakin tenang.

“Dalam setiap pergerakan yang dilakukan saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah dan berdoa semoga pengakhiran hidup saya dalam husnul khatimah. Itulah yang saya cari,” luah Malek Noor yang kini menjalani rutin tetap secara bergilir iaitu setiap dua bulan di Kuala Lumpur kerana tugasannya di YAKEB dan dua bulan bersama isteri tercinta di Kelantan.

Kenangan Syed Wafa (tengah) bersama Malek Noor dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini di Istana Anak Bukit,Alor Setar,Kedah pada tahun 2001

Pengalaman indah yang saya tidak dapat lupakan bersama ikon sukan ini serta bersama Allahyarham Datuk Sharihaf Aini iaitu menerima penghargaan dan anugerah dalam bidang yang kami ceburi dari Tuanku Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
di lstana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah pada tahun 2001.

Malek Noor bahagia dengan kehidupannya kini

Ladybosz doakan semoga Malek Noor sentiasa dirahmati Allah..Amin.

Previous articleRosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru
Next articleCara Siti Nurhaliza kawal perbelanjaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here