Oleh Nafsiah Jani

PENYAMPAI buletin berita Nightline TV3, Raymond Goh atau nama sebenarnya, Mohd Zaman Goh dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar.

Raymond dimasukkan ke Hospital Assunta di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu dan kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Goh dikenali sebagai penyampai berita bersuara ’emas’ dengan pengalaman lebih tiga dekad dalam dunia penyiaran, Goh memulakan kerjaya sebagai penyampai berita buletin 7 O’clock News dan kemudian beralih ke Nightline  TV3.

Isteri Goh, Faridah Teh dan keluarganya menerusi satu kenyataan berkata, Goh dan keluarganya kini memerlukan ruang untuk menguruskan perkara tersebut dan memohon pemahaman dan kerjasama orang ramai untuk menghormati privasi mereka.

Faridah dan keluarganya turut meluahkan penghargaan kepada ramai pihak yang peka dengan kesihatan Goh termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dalam kenyataan itu, Faridah juga memaklumkan bahawa mereka sekeluarga akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai Goh dari semasa ke semasa.

Raymond Goh berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan.

Previous articleDatuk Sri Maria Menado Terkenal Kerana ‘Pontianak’
Next articleMBPJ anjur 1st Asia Pacific Youth Foklore Festival 2023

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here