Oh kome,deghoyan dah berbunge,
Mari kita minang anak dare,
Anak dare, anak dare kote,
Teman jumpa di Padang Tenggale.

Musim durian datang lagi …dan pastinya lagu dialek negeri Perak nyanyian Allahyarham Mr Os akan menjadi siulan kita.

Datin Faridah Zainol Abidin (Tudung Biru) gembira dapat menjamu buah durian buat rakan-rakan selebriti.

Baru-baru ini bertempat di Restoran Tanjung Puteri, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur, selebriti terkenal tanah air telah dijamukan dengan buah durian yang  didatangkan khas dari Hulu Langat.

Datin Faridah Zainol Abidin yang tidak asing dalam kalangan insan seni berbesar hati menjamu rakan-rakan selebriti menjamu buah durian. Lebih dari dua ratus biji durian yang dibawa khas untuk dijamukan pada tetamu malam itu.

Bukan sahaja terdapat buah durian malah buah rambutan, buah mata kucing serta hidangan makanan yang enak antaranya lontong, pulut dan lain-lain lagi.

“Sudah lama saya tidak bertemu kawan-kawan artis yang begitu rapat dengan saya,” kata Datin Faridah terharu.

“Kebetulan kawan baik saya mempunyai kebun buah durian di Hulu Langat dan saya meminta beliau untuk membawanya ke sini untuk menjamu kawan-kawan yang amat saya rindui,”jelas Datin Faridah lagi.

Datin Faridah sungguh gembira kerana rakan-rakan selebriti sudi meluangkan masa untuk sama-sama berkumpul walaupun masing-masing sibuk dengan urusan kerjaya seni mereka.

“Saya rasa malam ini sesuatu yang bermakna bagi saya kerana dapat merapatkan lagi sillatulrrahim antara selebriti tanah air,” kata Datin Faridah gembira.

Pada malam tersebut juga diadakan tahlil bagi mereka yang telah tiada terutamanya artis-artis yang telah pergi meninggalkan kita.

Datin Faridah juga turut membuat kejutan sambutan hari jadi Cef Yang Jamil yang merupakan cef selebriti terkenal tanah air.

“Saya terharu dengan kejutan sambutan hari jadi saya dan terima kasih Datin Faridah yang selalu menggembirakan kami semua,” kata Cef Yang Jamil.

Ramai selebriti terkenal yang hadir pada malam tersebut antaranya Salamiah Hassan, Datuk Siti Fairuz, Kathy Azean, Ayati Tasriq, Mubarak Majid, Raftah Bachik, Kismah Johar, Rozita Rohaizad, AzuraAziz, Salimah Mahmood, Abass Bakar, Cef Zainal,Syed Aziz dan ramai lagi.

Datin Faridah berharap pertemuan malam ini dapat diadakan lagi bagi menghilangkan rindu pada rakan-rakan artis beliau.

Previous articleConnie Sedang menjalani Rawatan Buah Pinggang
Next articleAznah Hamid nyaris jadi Nun (Biarawati)?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here