Oleh Nafsiah Jani

PATUTLAH sudah lama tidak melihat pelakon Norlida Ahmad, 63, atau nama glamournya, Connie dipersada seni. Rupanya kini, Connie pelakon era-80an, insan cantik dan baik budi bahasa ini sedang diuji dengan penyakit.

Bermula daripada demam yang tidak kebah sejak 9 Ogos lalu, akhirnya Connie disahkan ada jangkitan kuman pada paru-paru, darah serta menghidap buah pinggang bernanah atau CRE Bacterial Infection.

Kini Connie sedang menjalani rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, Negeri Sembilan.

Berita ini dikongsi anak tunggalnya, Ally Marisha Afrina Abddullah, 24, untuk pihak media dan peminat yang sentiasa bertanyakan perkembangan terbaru ibunya.

Khabarnya, Connie juga sudah menjalani prosedur Peripherally Inserted Central Catheter (PICC), di mana satu saluran dipasang ke urat jantung bagi memasukkan antibiotik dan ubat untuk penggunaan jangka masa panjang.

Connie juga telah menjalani pembedahan untuk membuang nanah sebesar lapan sentimeter yang terdapat disekeliling buah pinggangnya.

Ally juga memohon doa semua orang agar dipermudahkan segala urusan rawatan ibunya dan diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.

Empat tahun yang lalu, Connie pernah lumpuh separuh badan hingga mengambil masa dua tahun untuk berjalan semula.

Selepas sembuh Connie hanya memilih penggambaran yang tidak terlalu lama kerana sibuk menguruskan perniagaan catering miliknya.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini mula berlakon pada tahun 1984 dan pernah memenangi trofi Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 1989 dan Pelakon Pembantu Filem Popular di ABPBH 1990.

Selain drama, Connie juga banyak membintangi filem, antaranya Tujuh Biang Keladi, Bujang Lapok Kembali Daa, Suara Kekasih, Guru Badul dan Sumpahan Mahsuri.

Previous articleTips Cara Tangani Stres
Next articleMeriahnya Datin Faridah Raikan Selebriti Terkenal Makan Durian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here