Photo by Alex Green: https://www.pexels.com/photo/asian-kids-playing-with-tablet-5692262/

Oleh Nafsiah Jani

Ibu bapa moden zaman sekarang mengambil kira semua perkara secara mudah tanpa memikirkan risikonya. Jika anak menangis akan diberikan telefon bimbit agar mereka diam dan tidak mengganggu ibu bapa yang sedang makan atau berbual.

Bagi memastikan anak kecil diam ditempat duduk, telefon bimbit juga turut diberikan agar mereka seronok melayan cerita yang dipaparkan. Namun tahukah ibu bapa sebenarnya mereka membahayakan sel-sel otak dan mengganggu tumbesaran anak mereka, apatah lagi jika anak tersebut belum mencapai usia 12 tahun.

Akademi Doktor Anak Amerka dan Perhimpunan Dokter Anak Kanada menegaskan, anak-anak yang dibawah umur 2 tahun tidak boleh didedahkan dengan sebarang teknologi. Manakala anak-anak yang berumur diantara 3-5 tahun hanya boleh menggunakan bahan teknologi satu jam sehari. Anak-anak berumur 6-18 pula hanya terbatas dua jam sahaja.

Dikhuatiri anak-anak atau remaja yang berlebihan menggunakan teknologi melebihi waktu yang disarankan berkemungkinan besar akan menghadapi masalah kesihatan yang serius sehingga boleh mengakibatkan maut.

Disini kami nyatakan bahayanya penggunaan alat gadget pada anak-anak:-

1. Mengganggu pertumbuhan otak Anak

Pada umur 2 tahun, perkembangan otak anak kecil sedang membentuk sehingga usianya mencapai 21 tahun. Jika terlalu banyak terdedah dengan pengunaan gadget ia mungkin akan mengganggu otak anak yang sedang berkembang. Penggunaan telefon bimbit, internet, ipad, televisyen yang tidak dikawal boleh menyebabkan gangguan dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Mereka tidak mampu berfikir, bertindak ikut kehendak hati serta menurunkan kemampuan kanak-kanak untuk berdikari.

2. Obesiti

Terlalu banyak bermain game atau menonton televisyen juga boleh menyebabkan risiko obesiti sebanyak 30 peratus bagi sesetengah kanak-kanak. Kanak-kanak obesiti juga boleh mengalami diabetes, serangan stroke dan serangan jantung.

3. Kurang tidur

Anak-anak diusia 9-10 tahun seronok bermain dan ada waktunya kanak-kanak yang tidak dikawal akan terus bermain gadget hingga lupa waktu tidur. Sedangkan waktu tidur yang mencukupi diperlukan tubuh badan kanak-kanak yang sedang membesar agar otaknya dapat berfungsi dengan baik.

4. Perkembangan yang lambat

Jika terlalu obses dengan gadget, anak-anak sanggup menghabiskan masa berjam-jam duduk menghadapnya tanpa melakukan sebarang aktiviti. Secara tidak langsung, tiada sebarang aktiviti gerakan tubuh badan yang boleh membantu perkembangan mental dan fizikal mereka. Disebabkan ini akan melambatkan perkembangan otak mereka untuk bertindak.

Photo by Ron Lach : https://www.pexels.com/photo/a-girl-in-white-long-sleeves-using-a-smartphone-9785027/

5. Kelainan mental

Jika kerap didedahkan dengan gadget pada waktu yang lama, ia boleh menyebabkan risiko depresi, autisme, psikosis, kurang memberi perhatian dalam pelajaran dan masalah perilaku. Bukan itu saja, ia juga boleh membuatkan mata anak-anak menjadi juling air.

6. Proses belajar mencari jalan pintas

Disebabkan teknologi terkini, semua info boleh didapati hanya dihujung jari. Secara tidak langsung ini membuatkan otak kanak-kanak kurang digunakan untuk berfikir hingga menjadikan mereka sentiasa mencari jalan pintas dan mudah mencari jawapan.

7. Mudah mendapat kanser

Anak-anak kecil lebih sensitif terhadap radiasi jika dibandingkan dengan orang dewasa kerana otak dan sistem imun mereka sedang berkembang. Disebabkan radiasi emisi yang dikeluarkan gadget tersebut ia boleh menjadi penyebab kemungkinan kanser.

8. Maklumat berlebihan

Maklumat yang berlebihan dan terlampau laju membuatkan kanak-kanak tidak dapat memberi sepenuh perhatian terhadap info kerana ia silih berganti dengan cepatnya. Hal ini akan membuatkan konsentrasi dan memori kanak-kanak cepat menurun sehingga menyukarkan mereka untuk fokus.

9. Ketagih bermain gadget

Ibu bapa yang tidak mahu diganggu sering menjadikan gadget untuk melepaskan diri daripada mengawal anak-anak. Namun tindakan tersebut ternyata silap kerana ia mendorong anak mereka ketagih untuk bermain gajet hingga lupa segalanya yang berlaku di persekitaran mereka. Malah sikecil juga akan memberontak jika cuba disuruh untuk berhenti bermain.

10. Sikap agresif

Jika ibu bapa tidak mengawal pengisian konten di media sosial yang anak mereka layari sedikit sebanyak konten ini akan mempengaruhi minda kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak suka mencuba sesuatu yang mereka pelajari dari internet atau gadget. Jalan paling selamat belikan buku dan asah minda mereka untuk membaca.

Jika sayangkan anak anda, jauhi mereka daripada penggunaan gadget yang berlebihan. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian anak-anak. Biar menyesal sekarang dan bukan dikemudian hari.

Previous articleMajlis doa selamat restoran Rasa Rosz penuh barakah
Next articleIslam ajar cara bebaskan emas daripada riba (Bahagian 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here