Dari Hati Ladybosz
Selamat Hari Wesak 2025
Selamat Hari Wesak 2025 Hari Wesak disambut penganut Buddha sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia. Kami di Ladybosz memgucapkan "Selamat Hari Wesak", semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Buddha di Malaysia.
Selamat Hari Ibu!
Selamat Hari Ibu! Kami di Ladybosz mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada semua insan bergelar ibu, mama, emak, umi, bonda, mummy atau apa sahaja panggilan manja kita buat mereka! Tarikh 11 Mei 2025 ini (ya, hari ini!) sekali lagi kita raikan insan paling istimewa dalam hidup kita. Kadang-kadang, dalam kesibukan harian, kita mungkin terlupa atau tak sempat nak luahkan rasa sayang...
Selamat Hari Pekerja 2025
Hari Pekerja atau juga dikenali sebagai "Hari Buruh" disambut di seluruh dunia pada 1 Mei setiap tahun. Di Malaysia, tarikh ini diisytiharkan sebagai tarikh kelepasan am di seluruh negeri. Setiap tahun, terdapat satu tema istimewa yang dipilih bagi menyemarakkan sambutan Hari Pekerja di Malaysia. Bagi tahun 2025, tema yang dikekalkan adalah “Pekerja KESUMA Bangsa”, sama seperti tema yang digunakan pada tahun...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025. Yang jauh itu Waktu, Yang dekat itu Mati, Yang besar itu Nafsu, Yang berat itu Amanah, Yang mudah itu Berbuat Dosa, Yang panjang itu Amal Soleh, Yang indah itu Saling Memaafkan. Kami di Ladybosz mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati di jalan raya.
Salam Nuzul Al-Quran 2025/1446H!
Salam Nuzul Al-Quran 2025/1446H! Kami di Ladybosz mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran 1446H! Semoga kita semua terus mendapat keberkatan dan hidayah yang berkekalan daripada kitab suci Al-Quran dan Selamat Beramal!
Selamat Hari Wanita 2025
Selamat Hari Wanita 2025 Tanggal 8 Mac setiap tahun, kita akan meraikan Hari Wanita Sedunia. Di Malaysia, tema bagi sambutan Hari Wanita 2025 adalah “Wanita Beraspirasi Membina Legasi”. Tema Hari Wanita ini dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia (KPWKM) mencerminkan peranan penting wanita dalam pembangunan negara dan pembinaan legasi masa depan. Bagi menghargai pengorbanan para wanita, marilah sama-sama kita memberi...
Perut Sarang Penyakit? (Bahagian 1)
Oleh : Asmat Puasa mestilah kena makan. Makan, makan dan makan lagi. Waktu berbuka itu masanya singkat untuk makan dan solat Maghrib, namun ramai yang terleka sekejap di meja makan menikmati makanan hingga waktu untuk solat Maghrib sampai penghujungnya. Itu cerita berbuka, kalau cerita pergi bazar, pendek kata hampir setiap gerai makanan nak dibeli. Terliur. Memang betul, bila puasa nafsu makan...
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Yang Mulia 2025!
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Yang Mulia 2025! Ramadan yang indah datang lagi. Ramadan adalah merupakan bulan suci dalam agama Islam yang kita cintai. Ini adalah merupakan bulan kesembilan dalam kalender Islam. Pada bulan ini, umat Islam akan berpuasa bermula daripada fajar sehinggalah matahari terbenam setiap hari, selama satu bulan penuh. Berpuasa di bulan Ramadan adalah salah satu daripada rukun Islam yang...
Selamat Menyambut Nisfu Syaaban 2025/1446H
Kami di Ladybosz mengucap Selamat Menyambut Nisfu Syaaban, Semoga malam yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan, dan petunjuk daripada Allah SWT. Mari kita perbanyakkan istighfar, doa, dan amal kebajikan. Semoga kita semua dilindungi dan diberkati dalam kehidupan dunia dan akhirat... Amin.
Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2025!
Kami di Ladybosz mengucapkan Selamat Hari Thaipusam Kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu, semoga perayaan ini terus mempereratkan hubungan sesama, sambil menghormati dan merayakan keindahan tradisi serta budaya yang ada di negara tercinta ini.
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2025
"Tahun Baru Cina" adalah lebih daripada sekadar sambutan, ia adalah refleksi tentang masa lalu dan harapan untuk masa depan. Dalam semangat perpaduan, masyarakat Malaysia yang berbilang kaum turut sama meraikan perayaan ini, menunjukkan betapa indahnya hidup dalam keharmonian. Kami di Ladybosz mengucapkan "Selamat Tahun Baru Cina" dan berhati-hati di jalan raya.
Salam Israk Mikraj 1446H
Israk Mikraj merupakan perjalanan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dalam satu malam. Ia melibatkan dua peristiwa besar: Israk, iaitu perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, dan Mikraj, perjalanan dari bumi ke langit ketujuh hingga Sidratul Muntaha. Peristiwa ini bukan sekadar perjalanan fizikal tetapi simbol keimanan yang mendalam. Kami di Ladybosz mengucapkan “Salam Israk Mikraj 1446H", Semoga peristiwa agung...
Selamat Tahun Baru 2025
Selamat Tahun Baru 2025! Sedarlah... Tahun baru bukan hanya tentang waktu yang berlalu, Tetapi kesempatan baru untuk menjadi versi terbaik dari diri kita! Kami di Ladybosz mengucapkan, "Selamat Tahun Baru 2025" Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah SWT...Amin.
Selamat Hari Natal 2024!
Selamat Hari Natal 2024! Kami di Ladybosz mengucapkan "Selamat Hari Natal" kepada semua penganut agama Kristian di seluruh negara. Walaupun Hari Natal merupakan hari kegembiraan namun jangan lupa kepada keluarga Malaysia yang sedang ditimpa musibah banjir dan sebagainya. Selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya!
Selamat Menyambut Hari Deepavali 2024!
Selamat Menyambut Hari Deepavali 2024! Kemi di Ladybosz mengucapkan "Selamat Menyambut Deepavali" kepada semua yang beragama Hindu di Malaysia. Semoga perayaan festival cahaya ini akan menerangi kehidupan anda dengan kesihatan dan kegembiraan. Selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya.
Berita Baik…Jawatan Kosong Menanti Anda!
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera! Berita baik bagi mereka yang masih mencari peluang pekerjaan di syarikat yang sedang berkembang maju dan terus melebarkan sayapnya! Jom sertai kami "TEMUDUGA TERBUKA" dan lihat info paling bawah! Rebut peluang anda sekarang! Sementara masih ada kekosongan! Keluarga Rasa Rosz semakin membesar dengan pembukaan Restoran Rasa Rosz di IOI City Mall Putrajaya. Samada yang berpengalaman atau juga yang mahu mencari pengalaman dengan...
Selamat Hari Malaysia!
Selamat Hari Malaysia! "Hari Malaysia" disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua...
Salam Maulidur Rasul!
Salam Maulidur Rasul! Ucapan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan suri tauladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi pedoman buat kita semua. Kami di Ladybosz mengucapkan "Salam Maulidur Rasul" buat semua umat Islam di Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-67!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-67! Hari Merdeka, atau Hari Kebangsaan, yang mana ianya disambut setiap tahun pada 31 Ogos untuk memperingati hari kemerdekaan Malaysia bebas daripada penjajahan British pada tahun 1957. Ia adalah satu hari yang dipenuhi dengan semangat patriotik dalam diri setiap rakyat Malaysia, tidak kira dari pelbagai latar belakang dan budaya berkumpul untuk meraikan hari yang bersejarah ini. Kami di...
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 17 Pada 20 Julai 2024 Sembah takzim daripada seluruh warga Ladybosz