Selamat Hari Guru 2025
Hari Guru disambut setiap tahun pada 16 Mei di seluruh Malaysia. Tarikh ini dipilih kerana ia bersempena pengumuman Laporan Razak pada tahun 1956 — asas kepada sistem pendidikan negara.
Istimewanya, tahun ini, sambutan akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 14–16 Mei 2025.
Tema Hari Guru 2025
Untuk tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan tema rasmi iaitu “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”. Ia mengangkat guru sebagai ejen utama pembaharuan dalam sistem pendidikan, bukan sekadar penyampai ilmu tetapi pembentuk masa depan negara yang lebih cemerlang!
Kami di Ladybosz mengucapkan “Selamat Hari Guru” buat semua insan yang bergelar guru dan semoga anda sentiasa dirahmati Allah SWT…Amin.
