Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 yang bertemakan “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni”
ini adalah peluang terbaik untuk kita semua merenung dan menghayati makna sebenar kemerdekaan. Ia satu usaha berterusan untuk memperkukuhkan semangat patriotisme, perpaduan dan identiti bangsa. Dalam dunia penuh cabaran dan perubahan ini, kita harus sedar bahawa kemerdekaan adalah anugerah dan tanggungjawab bersama.
Dengan penuh rasa syukur kepada Allah SWT, kita semua harus berterima kasih kerana dikurniakan kehidupan yang aman dan harmoni di tanah air tercinta, Malaysia.
Seiring semangat patriotisme yang membara, kami di Ladybosz ingin mengajak semua untuk terus memelihara dan menyemarakkan keamanan serta perpaduan yang kita nikmati hari ini.
Bersama-sama, marilah kita berusaha memartabatkan negara dan meneruskan usaha membina masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia tercinta.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2025! Merdeka! Merdeka! Merdeka!










