Tetamu kehormat,TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam tiba di Concorde Hotel Kuala Lumpur untuk menghadiri Majlis Hari Raya anjuran hotel baru-baru ini.

Oleh: Syed Wafa
Foto: Ehsan Concorde Hotel, Kuala Lumpur

Setelah bulan Ramadan berlabuh pastinya Syawal datang penuh dengan kemenangan. Kemeriahan Syawal begitu disambut dengan penuh harmoni dan warna warni dengan banyaknya jemputan rumah terbuka sana sini.

Pastinya jemputan rumah terbuka Concorde Hotel Kuala Lumpur menjadi perhatian tetamu kerana keunikan hiasan bertemakan suasan kampung yang mengamit memori anak rantau serta hadirin yang hadir, bertemakan “Bergema Senandung Raya”.

Antara VIP yang turut hadir termasuklah, YAM Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman
Shah (Paling Kiri).
Pengarah Ampang Hotel Sdn Bhd, YBhg Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir (Berdiri Paling Kiri) selaku tuan rumah
bergambar bersama Gabenor Melaka dan isteri, YABhg Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah
Asmah Binti Ab Rahman.

Sungguh luar biasa seramai 800 jemputan hadir ke majlis Hari Raya hotel tersebut pada 15 April yang lalu dan berlangsung di Concorde Ballroom dengan penuh meriah.

Seperti setiap tahun, Hotel Concorde, Kuala Lumpur menganjurkan majlis rumah terbuka ini menjemput ahli-ahli korporat, agensi-agensi pelancongan, badan-badan Kerajaan dan tetamu hotel sebagai penghormatan buat mereka.

Pengerusi Ampang Hotel Sdn Bhd, YBhg Tan Sri Sallehuddin Mohamad (Paling Tengah) bersama warga kerja
Concorde Hotel Kuala Lumpur.
Berdiri paling kiri, Noordin Ismail, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Raja Arshad Tun Uda, Pengerusi
Kumpulan PNB dan Badrul Hisham.

Penuh kemesraaan, Pengerusi Ampang Hotel Sdn Bhd , Tan Sri Sallehuddin Mohamad, Pengarah, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir dan Datuk Hassan Abas, selaku tuan rumah menyambut kedatangan tetamu yang hadir. Pengurus Besar Hotel, Aarron Nelson dan barisan
ketua-ketua jabatan Hotel berbaju raya, cantik dan segak bergaya, kelihatan beramah mesra sibuk melayan tetamu.

Majlis yang sungguh meriah bukan sahaja meraikan sambutan Syawal, malah menjadi wadah mengukuhkan siratulrahim antara tenaga kerja hotel bersama tetamu yang hadir.

Pengurus Besar Concorde Hotel Kuala Lumpur, Aarron Nelson (Berdiri Dua Dari Kanan) bersama penyanyi, Yazmin Aziz
(dua dari kiri) serta tenaga kerja hotel.
Kelihatan mantan Gabenor Melaka, YBhg Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil bin Yaakob ( Duduk Paling Kiri)
turut terhibur dengan hiburan dari Kumpulan Beat Culture.

Antara hidangan lazat yang disajikan dan menjadi kegemaran tetamu adalah kambing panggang, ayam rendang bersama lemang, ketupat, nasi impit dan kuah kacang. Tetamu turut berselera dengan hidangan istimewa popiah basah, mee goreng kawah, laksa Penang, bihun sup utara, sayur lodeh, cheese wheel pasta dan satay.

Sudut ala kawah tidak kurang sambutannya, tetamu dapat merasa udang sambal petai, kari ikan, gulai tunjang, kambing varuval dan banyak lagi.

Turut hadir tokoh usahawan wanita terkenal Datuk Seri Rozita Ramelan (Tengah) bersama suami Datuk
Omar Mustapha Ong (Paling Kanan) bersama Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir(Paling Kiri).
Pihak Concorde Hotel Kuala Lumpur iaitu Raja Jurina Raja Ahmad Sufian, Pengarah Jualan (tiga dari kiri) dan Kean Tee Lee (kanan) sibuk melayan tetamu yang hadir di majlis Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Ballroom.

Hotel Concorde, Kuala Lumpur yang begitu terkenal dengan keenakkan menu makanan kepelbagaian masakan yang tidak pernah mengecewakan.

Tetamu juga dihiburkan dengan persembahan hiburan ‘live bands’ yang menyegarkan. Jelas kelihatan kesemua tetamu yang hadir terasa terhibur dengan persembahan Bergema 5 strollers, True Colours dan Beat Culture. Dendangan lagu-lagu klasik raya lama serta baru, lagu-lagu “malar segar” memeriahkan lagi sambutan hari raya aidilftri di hotel tersebut.

Warna warni di Aidilfitri. Warga kerja Concorde Hotel Kuala Lumpur menyambut tetamu yang datang ke Majlis Korporat Hari Raya Korporat di Concorde Hotel Kuala Lumpur.
Previous articlePenjagaan kuku agar cantik, bersih dan berkilat
Next articleEja masih dicari walaupun sudah lama tidak berlakon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here