Image by nikitabuida on Freepik

Oleh : Nafsiah Jani

Ramai di luar sana yang menganggap penjagaan kuku tidak sepenting menjaga kulit wajah agar bersih dan cantik berseri. Kuku yang sihat dan terjaga bukan sahaja memberi penampilan yang menarik tetapi juga mencerminkan tahap kebersihan, kesihatan kuku dan diri seseorang.

Penjagaan kuku adalah penting untuk mengelakkan masalah seperti kuku rapuh, jangkitan, dan tidak terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku, seperti kuku berwarna kuning, haruslah diambil peduli dan tidak memandang ia sebagai satu perkara remeh. Perubahan warna plat kuku berkemungkinan menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan yang lain.

Rajin-rajinlah merendam kuku tangan anda dalam air hangat yang dicampur dengan bahan-bahan yang boleh didapati di dapur seperti garam, lemon, minyak zaitun, sabun ataupun minyak bayi bagi mendapatkan hasil kuku yang bersih, lembut dan berkilat.

Lakukan pembersihan dengan menggunakan berus lembut di sekitar kawasan kuku. Lalu, bilas dengan air bersih dan keringkan. Memotong kuku sebaiknya dalam keadaan kuku selepas tangan dicuci terlebih dulu.

Dibawah ini kami paparkan beberapa tips agar kuku anda sentiasa sihat, cantik, bersih dan berkilat.

1. Kuku yang kuat dan sihat bermula dari dalam. Pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral dapat menyokong kesihatan kuku. Anda boleh mendapatkan zat-zat ini melalui makanan seperti telur, kekacang, ikan, sayur-sayuran hijau, dan bijirin penuh.

2. Jangan suka mengigit kuku kerana tabiat buruk ini boleh merosakkan kuku dan kulit sekitar kuku. Untuk atasi tabiat buruk ini gunakan pelindung kuku atau produk yang boleh mengelak dari mengigit kuku seperti memakai inai atau pengilat kuku yang breathable.

3. Pastikan kuku dipotong dengan baik untuk mengelakkan kuku tumbuh ke dalam. Elakkan daripada memotong kuku terlalu pendek, kerana ini boleh menyebabkan jangkitan kuman. Gunakan pemotong kuku yang tajam dan bersih untuk hasil yang lebih baik.


4. Penggunaan pelembap pada kuku dapat meningkatkan penampilan di samping mengelak kuku daripada menjadi rapuh disebabkan kurang hidrat. Bagi mengekalkan kelembapan kuku, sapu vaseline yang mengandungi petroleum jelly atau minyak zaitun pada kuku dan kulit disekelilingnya.

5. Belah dua limau nipis dan gosok-gosokkan pada kuku. Biarkan seketika dan barulah di cuci. Kemudian rendam tangan dalam air hangat dan hasilnya cukup menakjubkan kerana kuku anda kelihatan cantik.

6. Bagi mereka yang ada masalah kuku mudah patah, cuba ambil bawang putih dan gosokkan pada kuku pada setiap hari. Selain dapat membantu menguatkan struktur kuku anda, ia juga boleh mengilatkan kuku anda agar kelihatan cantik dan berkilat.

7. Untuk dapatkan kuku yang cantik, rendam tangan di dalam air lemon selama beberapa minit. Kemudian gosok kuku dengan hampas kelapa bagi membuang sel-sel mati yang terdapat pada kuku. Akhir sekali sapukan minyak kelapa atau minyak terapi bagi mendapatkan kuku yang bersinar, kilat dan putih.

8. Bagi mereka yang menghadapi masalah kuku mencengkam, amalkan merebus pokok semalu. Rebus pokok ini hingga mendidih dan bila sudah suam-suam kuku, bolehlah rendamkan tangan dan kaki bagi mengatasi masalah kuku cengkam.

9. Manicure dan pedicure secara berkala bukan sahaja buat kuku nampak cantik dan berkilat, tetapi juga memberi peluang untuk memeriksa keadaan kuku secara teliti. Melalui rawatan kuku ini, pakar kecantikan dapat memberi nasihat tentang cara penjagaan kuku yang betul dan memberikan rawatan yang sesuai untuk kuku yang sihat.

10. Bahan kimia yang terdapat dalam produk pembersih atau pengilat kuku boleh merosakkan kuku jika digunakan secara berlebihan. Untuk selamat, gunakan pengilat kuku yang bebas daripada bahan kimia. Pastikan juga kuku diberi masa untuk “bernafas” dengan tidak memakai pengilat kuku secara berterusan.

 

Previous articleBahayanya Tekanan Darah Rendah! (Bahagian 2)
Next articleRumah Terbuka Aidilfitri, “Bergema Senandung Raya” Anjuran Concorde Hotel KL Paling Meriah!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here