Iman Care dan Yayasan Ammirul Ummah mendapatkan kerjasama TLDM untuk menghantar naskhah al-Quran ke Sabah, baru-baru ini.

Oleh: Khadijah Ibrahim

BUAT pertama kalinya, Iman Care dengan kerjasama Yayasan Ammirul Ummah telah berkolaborasi dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjayakan misi kemanusiaan dan pembangunan sosial negara.

Untuk julung kalinya, Iman Care dan Yayasan Ammirul Ummah mendapatkan perkhidmatan TLDM bagi penghantaran naskhah al-Quran ke Sabah khususnya kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Misi kemajuan dan prmbangunan sosial yang dilakukan Iman Care dan Yayasan Ammirul Ummah bukan sekadar dalam negeri sahaja tetapi juga di luar negara.

Kapal milik TLDM itu telah ditugaskan bagi menyempurnakan penghantaran 25,000 naskah al-Quran kepada JHEAINS yang akan disalurkan bagi memenuhi keperluan kepada 2,540 institusi di bawah kelolaan JHEAINS meliputi masjid, surau, sekolah menengah agama negeri, sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat sekitar Sabah.

Majlis penerimaan naskah al-Quran telah diadakan di KD MAHAWANGSA dan disempurnakan oleh Pengarah Operasi MPA Barat.

KD MAHAWANGSA digunakan untuk melaksanakan program yang mengeratkan hubungan kemasyarakatan dan silaturahim antara warga The Navy People dengan orang awam.

Turut hadir, Pengerusi Iman Care, Wan Mohd Ikhwan Wan Ariff bersama delegasi dan Pengarah Agama Markas Tentera Laut, Kol Ahmad Kamil Abdullah.

Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, KDR Nasrul Hadi Abdul Rahman TLDM, berbesar hati dapat melaksanakan program seumpama itu bagi mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan serta silaturahim antara warga The Navy People dengan masyarakat awam.

Sebanyak 25,000 naskhah al-Quran dihantar kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sabah untuk diagihkan ke masjid, surau dan sekolah agama di sana.

“Misi penghantaran ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerjasama antara TLDM bersama Agensi Kerajaan yang lain tidak terkecuali badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha memperkasa program pemerkasaan rohani.

“Komitmen TLDM dalam menyokong usaha pembangunan rohani seiring dengan tanggungjawab sosial yang sentiasa menjadi sebahagian daripada identiti perkhidmatan,” kata KDR Nasrul Hadi Abdul Rahman.

Previous articleAaron Aziz keluarkan wang sendiri, supaya jemaah dapat pergi umrah
Next article“Radar” catat perjalanan seni Tunku Ines

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here