Oleh: Syed Wafa
Inilah saat yang ditunggu oleh peminat setia filem Melayu, konsert “LEGASI LAYAR PERAK” yang dianjurkan oleh Ukhti Aminah dari Wadah Seni Entertainment
adalah sebuah konsert yang penuh “magis” dan membawa nostalgia zaman kegemilangan perfileman Melayu.
Konsert untuk sebuah penghormatan ini meraikan legasi empat ikon yang meninggalkan kesan mendalam dalam industri perfileman Melayu antaranya Seniman Agong Allahyarham Tan Sri P. Ramlee , Allahyarham Seniwati Normadiah, Allahyarham Seniwati Datin Saadiah dan Allahyarham Seniwati Norsiah Yem.
Konsert hebat ini adalah bagi menjunjung budi dan mengenang empat ikon perfileman Melayu terutamanya P. Ramlee.

Amat sukar membayangkan kehebatan karya muzikal Filem Melayu tanpa penguasaan seorang tokoh yang pengaruhnya amat kuat dirasai di Singapura, Malaysia, Brunei dan Indonesia. Adalah peling penting untuk memahami kepentingan kejayaan P. Ramlee di Singapura.
Semasa zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura kekal sebagai pusat budaya popular dan kehidupan intelektual Melayu sehingga 1960-an.
P. Ramlee yang datang ke Singapura pada 6 Ogos 1948, agak bertuah kerana tiba di infrastruktur yang telah pun dibangunkan oleh Malay Film Productions di bawah kelolaan Shaw Brothers. Banyak karya agung beliau dihasilkan di Singapura terutamanya di Jalan Ampas.

Nama hebat legenda Normadiah merupakan seniwati filem Melayu dari era Bangsawan dan penyanyi lagu Melayu klasik yang masih popular sehingga kini. Anak-anaknya iaitu Sharifah Hasnor, Syed Ekzan,Azlina Aziz dan Liza Aziz meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka.
Azlina Aziz, penyanyi dan pelakon era 1970-an yang masih aktif dalam bidang nyanyian, bakal menjadi tunjang konsert ini dan menyerikan majlis itu dengan rangkaian lagu ibunya dan akan berkongsi kisah suka duka di studio Jalan Ampas dan perkampungan artis. di Boon Teck Road.
Pastinya nama legenda Primadona Saadiah yang mula meminati filem selepas mengikuti kakaknya, Mariam Baharum (Mariam Tahi Lalat), ke Malay Film Productions. Pada suatu hari, pengarah BS Rajhans menawarkannya peluang untuk menerajui watak kecil dalam filem Rachun Dunia, yang dibintangi oleh Osman Gumanti, Kasma Booty, dan P. Ramlee.

Saadiah menyertai filem bersama P. Ramlee, antaranya Juwita, Anjoran Nasib, Sedarah, Penarek Becha, Hang Tuah, Semerah Padi, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut, dan Antara Dua Darjat. Dengan filem “Ceritaku Ceritamu”, Saadiah menjadi pengarah wanita Melayu pertama.
Bagaimanapun, itu adalah satu-satunya filem arahannya. Filem terakhirnya ialah Matinya Seorang Patriot, arahan Datuk Rahim Razali pada 1984 bersama Eman Manan, Noor Kumalasari, Yusof Wahab, dan Zulkifli Zain. Legasinya diteruskan oleh anak-anaknya, Fauziah dan Fazlina Dato’ Ahmad Daud, yang masing-masing mempunyai minat yang sama dalam bidang nyanyian dan lakonan.
Inilah seniwati yang kiam dilupakan iaitu Norsiah Yem, sejak kecil didedahkan dengan dunia opera pentas Bangsawan kerana ibunya Minah Yem dan juga bapanya Yem Jaafar merupakan antara pelopor pelakon Bangsawan. Disebabkan minatnya dalam tarian dan nyanyian, Norsiah Yem sering diberikan peranan pembantu pelakon dan Koreografi untuk filem yang diterbitkan oleh MFP dan Cathay Keris.

Penglibatannya dalam persada seni menjadikan dia antara pelakon dan penyanyi yang berbakat besar sehingga legasinya diwarisi kepada anak-anaknya iaitu Eddy Ali, Ebby Saiful dan Eddynor Ali.
Dengan barisan artis yang hebat dan persembahan yang menghargai seni penceritaan melalui muzik dan filem, LEGASI LAYAR PERAK akan menyentuh hati para penonton.

dirindui.
Konsert hebat ini juga akan diadakan “Cabutan Bertuah.”
Setiap tiket yang dibeli memberikan peluang untuk memenangi hadiah berikut:
1. Wisata fullboard untuk 2 orang ke Bali
2. Wisata fullboard untuk 1 orang ke Lombok
3. Wisata fullboard untuk 1 orang ke Surabaya
Hadiah ditaja oleh Na’am Travel and Tours.
Konsert hebat ini akan diadakan pada
30 April ini iaitu bermula pukul 8:00 malam
Bertempat di Capitol Theatre, Singapura.
Harga Tiket:
– $198 (Termasuk T-shirt eksklusif)
– $168 / $148 / $128 / $108 / $88
Tiket boleh dibeli di laman web sistic.com.
Penaja utama konsert ini ditaja oleh Majlis Seni Kebangsaan Singapura, The Malayan Council, Na’am Travel and Tours dan Unico Delice’s by Chef Haikel.
Bagi peminat filem Melayu rugi lepaskan peluang keemasan menyaksikan konsert hebat ini dan penuh nostalgia. Konsert ini turut dijayakan barisan artis lama dan baru antaranya Azlina Aziz, Eddy Ali, Fazlina Dato Ahmad Daud, Dato Yusni Hamid, Milah Hussein, P. Radhi, Haziq Rosebi, Rojer Kajol, Hafiz Hamzah dan Rabiatul Ahmad.

SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.