Azura rasa tak salah untuknya berangan-angan lagunya menang Anugerah Juara Lagu (AJL).

Oleh: Nafsiah Jani
Fito: Ehsan Azura Aziz/ Yan Fariz/Koleksi Syed Wafa

Seperti kebanyakan artis, penyanyi dan usahawan Nor Azura Aziz,52, juga menyimpan hasrat tersendiri untuk bertanding dalam Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Semua orang ada impian dan rasanya tak salah kalau Zura berangan-angan nak cipta pencapaian atau sejarah sendiri. Alangkah bestnya kalau Zura dapat masuk AJL. Bila masuk bertanding menang pula AJL dan dapat pula vokal terbaik. Zura tak pernah masuk AJL dan kini hanya mampu berangan-angan saja. Kalau ada rezeki, mungkin Allah akan makbulkan doa Zura,” kata Azura yang mesra dengan panggilan Zura.

Album terawal Azura Aziz

Bagi mencapai impian tersebut, kini Azura bersama suaminya menggunakan modalnya sendiri bagi menerbitkan mini album terbarunya yang mengandungi enam buah lagu.

“Buat masa ini kami dah siapkan rakamkan empat buah lagu duet Arab mengunakan arranger dari Egypt. Lagu dan liriknya, Zura dan suami yang buat sendiri. Tinggal dua buah lagu saja lagi nak masuk vokal dan lepas itu bolehlah kami promosi mini album berkonsepkan Arab Melayu tersebut. Suami Zura buat buat lirik Arab dan Zura buat lirik Melayu.

Sewaktu zaman kegemilangannya, Azura (tengah) pernah menjadi penghias kulit wajah majalah Hai bergandingan dengan Haliza Misbun dan Zahida.
Album kedua Azura Aziz

“Dua lagu lagi adalah lagu solo Zura, Di Setiap Mahumu, lirik oleh Andy Sulaiman dan lagu ciptaan Rosli Ahmad. Zura suka mencabar diri…itu sebabnya kami terbitkan album campur begini. Zura suka buat konsep campur ini kerana tidak ada lagi artis yang buat macam kami.

“Setakat ini kami dah perdengarkan lagu tersebut pada kawan-kawan dan semuanya kata lagu ini boleh `meletup’.Zura dan suami buat album ini saja untuk suka-suka dan kami harap peminat dapat menyokong hasrat murni kami ini,’’ kata penyanyi yang popular dengan lagu Demam Cinta ini.

Kenangan lalu sewaktu Azura (dua dari kiri) bersama Liza Aziz membuat persembahan untuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

Ditanya sehingga bila dia akan terus menyanyi, tambah Azura lagi, dia masih aktif menyanyi disebabkan minatnya kepada bidang seni sangat tinggi.

“Menyanyi ini buat Zura happy, rasa tenang dan seronok. Tambahan pula Zura berasal dari keluarga seni dan darah seni yang mengalir itu tak boleh nak dielakkan lagi. Arwah ayah Zura dulu pun pemuzik …main gitar dan ada juga menyanyi sekali sekala. Dua lagi adik Zura juga terbabit dengan industri muzik

Azura bersama rakan artis Datuk Sri Siti Nurhaliza.
Azura bersama Ziana Zain

“Ditambah dengan galakkan kawan-kawan yang buat Zura dan suami muncul dengan mini album ini. Zura boleh menyanyi dan suka semua genre muzik termasuklah irama jazz, asli dan rock pun Zura boleh, kalau diberi peluang,” katanya ketawa.

Kini Azura Aziz dan suaminya sentiasa berdua-duaan bagi mempromosikan diri mereka. Jika tidak sibuk dengan undangan persembahan pentas, Azura masih aktif menyanyi di majlis-majlis makan malam orang ataupun majlis orang kahwin.

Azura dihari bahagianya bersama Cheb Ali pada 2003.
Azura bersama suami tercinta, Cheb Ali.

“Zura juga ada menyanyi suka-suka buat live dalam tik tok. Sambutannya cukup menggalakkan dan masa menyanyi tu ada juga peminat yang suruh Zura masuk pertandingan realiti Gegar Vaganza. Kalau ada rezeki adalah, Zura pun tak tahu. Kalau pihak Astro undang masuk Gegar Vaganza, memang Zura tak akan tolak tawaran tersebut kerana inilah peluang dan pentas untuk Zura tonjolkan bakat Zura,’’ kata Azura yang kini sibuk meniaga booth di Odeon Kuala Lumpur.

Azura menambah, mereka akan meniaga di situ sehingga pada malam Hari raya.

Nyanyian adalah jiwa dan minat Azura teruskan legasi keluarga.

“Sesiapa nak jumpa dan tengok produk yang Zura jual, marilah singgah kat booth yang Zura usahakan ini. Selain tulisan khat kaligrafi, kami juga ada jual sejadah Madinah yang boleh diletakkan nama pemiliknya dan macam-macamlagu dibawah Vipe Production House milik kami.”

Azura yang melangsungkan perkahwinannya dengan lelaki Arab dari Kaherah, Mesir, Chebb Ali Masrawi yang dikahwininya 23 April 2003 kini bahagia dengan kehidupannya.

Kelurga bahagia Azura Aziz
Romantiknya Azura Aziz bersama suami.

“Dah 22 tahun kai kahwin dan dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Seifulislam Ali, 21, Safiyurrahman Ali ,19, dan Nusratuddin Ali 10 tahun. Zura bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang terlalu baik dan ibaratnya suai `custome made’ untuk Zura.

“Chebb adalah seorang suami yang terlalu mementingkan kebahagian isterinya dan keluarga. Chebb tak boleh lihat usterinya sedih dan akan sedaya upaya membuat Zura bahagia dan Zura bersyukur memilikinya. Dialah imam saya dan banyak membmbing saya dalam bab agama dan harapan Zura agar rumah tangga kami berkekalan hingga ke Jannah,” kata Azura penuh harapan.

Pasangan dua sejoli, Azura dan suami tercinta.

Sepanjang karier nyanyiannya, Azura pernah tampil dengan album pertamanya, Rindumu Memanggilku pada tahun 1992 da album keduanya pula, Demam Cinta (1996).

Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, Azura Pernah menyertai program Hiburan Minggu Ini, Senandung Muhibbah, Bintang Asli dan banyak lagi.

Azura tetap anggun dan cantik dalam meniti usia 52.

Lagu “Bukan Ku Tak Sayang Lagi” juga memasuki Semi Final Juara Lagu 1992 dan begitu juga lagu “Demam Cinta” final Juara Lagu 1996. Azura juga pernah membintangi drama Rebut dan Pindah. Selain itu bakatnya yang menyerlah dan hebat membuatkan Azura dipilih mewakili Malaysia ke luar negara anjuran Kementerian Kebudayaan ke Afrika Selatan, Filipina and United Kingdom.

 

Previous article“Oohaa Raya” gandingan Sharifah Zarina dan anak
Next articleIndahnya Malam Lalilatul Qadar!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here