Mak Engku (Duduk paling tengah) begitu gembira dan sebak dengan kehadiran Presiden DPDDM, Datuk Seri Nor Hasnal Hashmi (duduk paling kiri), Isteri, Datin Seri Juliah Haji Hanafi (Duduk paling kanan) serta Timbalan Presiden DPDDM, Datuk Sazelan Arbi Bashah ((Berdiri paling belakang) ketika berkunjung di rumah beliau di Rawang, baru-baru ini.

Oleh : Syed Wafa
Foto : Ehsan Khairul Rizal Dari Chinta Event Entertainment.

Suasana sebak, mata suram pelakon veteran Ku Fridah Ku Shafie, 72 bertukar ceria ketika menerima rombongan daripada orang kuat Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM), Ladybosz, Wafa TV dan penyanyi yang juga usahawan terkenal Datin Elveena Iris ke rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang baru-baru ini.

Ku Fridah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Engku kini dalam keuzuran setelah mengalami kecederaan patah pada bahagian tulang leher selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya, tahun lepas.

“Alhamdulillah masih ada yang mengingati saya dalam keadaan sebegini, Lebih-lebih lagi kita nak sambut Ramadan tak lama lagi, Saya amat merindui bidang lakonan tapi apa nak buat, buat masa ni saya tak mampu.

Mak Engku (Duduk paling tengah) berlinang air mata meluahkan perasaan mengenai kesakitan yang beliau alami kepada Presiden DPDDM, Datuk Seri Nor Hasnal Hashmi (duduk paling kiri) dan Timbalan Presiden DPDDM, Datuk Sazelan Arbi Bashah ((Duduk paling kanan).

“Walaupun saya dalam keuzuran, ada juga pengarah yang ajak berlakon tapi saya tak nak menyusahkan produksi dalam keadaan saya sebegini, tunggulah untuk dua ke tiga bulan lagi ”katanya ketika ditemui.

Mengulas mengenai keadaan dirinya setelah mengalami kecederaan patah pada bahagian tulang leher akibat terjatuh, Mak Engku memberitahu pada April tahun ini dia akan sekali lagi menjalani Pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI).

“Doktor nak tahu punca tulang leher saya patah akibat saya terjatuh atau ada penyakit lain, pada mulanya Mak Engku tidak mahu, tetapi akhirnya Mak Engku Mengalah,”katanya sayu.

Presiden DPDDM, Datuk Seri Nor Hasnal Hashmi (duduk, kiri), Isteri, Datin Seri Juliah Haji Hanafi (belakang, dua, kiri ) Timbalan Presiden DPDDM, Datuk Sazelan Arbi Bashah ((duduk, kanan), Editor Ladyboyz dan WafaTV, Syed Yusof Wafa Syed Nordin (belakang, kiri), Penyanyi dan usahawan , Datin Elveena Iris (belakang, dua, kanan) menyantuni Artis veteran, Ku Fridah Ku Shafie dan menyampaikan sumbangan wang dan bakul makanan pada kunjungan amal di rumahnya di Rawang, baru-baru ini.

Mengulas mengenai artis-artis generasi baharu yang ada atau tidak menyantuni beliau disaar beliau dalam keuzuran, ini jawapan Mak Engku.

“Ramai kenalan-kenalan artis yang mengenali ada melawat di hospital, termasuk pengarah, yang saya tak kenal pun ada datang menziarah, bagi saya mereka datang bawa seribu rahmat untuk saya dan Mek Engku terharu sangat,”jelas Mak Engku.

“Paling mengecewakan Mak Engku persatuan yang sepatutnya menjaga seniman dan seniwati tanah air langsung tidak datang ziarah Mak Engku malah tidak bertanya khabar,” kata Mak Engku kecewa.

Sementara itu, Timbalan Presiden DPDDM, Datuk Sazelan Arbi Bashah menyatakan perasaan gembira dan terharu kerana dapar menyantuni pelakon hebat terbabit setelah sekian lama menyaksikannya di kaca televisyen.

Penuh kasih sayang…Penyanyi dan usahawan terkenal , Datin Elveena Iris menyampaikan sumbangan kepeeluan harian serta sambal hijau hasil air tangannya pada kunjungan amal ke rumah Mak Engku di Rawang, baru-baru ini.

“Merekalah yang membawa corak dalam dunia seni sebagai tunggak utama. Harapan saya golongan ini akan terus berjuang dalam bidang seni,”katanya.

Dalam kunjungan ziarah itu, Mak Engku menerima sumbangan wang yang diberi oleh DPDDM yang disampaikan oleh Presiden DPDDM, Datuk Seri Nor Hasnal Hashmi selain bakul makanan yang disumbangkan oleh penyanyi Datin Elveena Iris.

Menurut Presiden DPDDM, Nor Hasnal Hashmi aktiviti ziarah insan seni akan berterusan tidak kira masa, antara artis veteran yang telah disantuni antaranya Sahara Yaacob, Zaiton Sameon, Sofia Ibrahim, Fatimah Razak dan ramai lagi.

Ku Fridah Ku Shafie merupakan seorang pelakon yang banyak membintangi drama dan filem tempatan tanahair sejak dari era 90an hingga kini dan antara filem tempatan yang dibintangi seperti Gila-Giila Pengantin, Santau, Damping Malam, KL Gangster, KL Gangster 2 dan banyak lagi.

Previous articleBolehkah berpuasa dengan niat untuk sihat?
Next articleRisiko bayi tersedak susu, jangan dibuat main! (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here