"Ulang" adalah single duet Kay Khydir bersama Shiha Zikir.

Oleh: Khadijah Ibrahim

PASTI ada yang tertanya, siapa itu Kay Khydir? Penyanyi atau pelakon? Maklumlah sekarang ini ramai sangat bakat baharu yang muncul di media sosial dan mendakwa yang mereka adalah artis, pada hal setakat buat konten apa-apa tah!

Meskipun nama Kay Khydir kedengaran tidak mesra di pendengaran peminat muzik, namun kehadiran beliau dalam bidang seni bukan sekadar menempel. Sebaliknya, Kay Khydir atau nama sebenarnya Nur Khaidir Muhid, 37, bermula dalam bidang seni sebagai peserta Akademi Fantasia musim kesembilan pada 2011.

Kay Khydir terharu dapat berlakon dalam video muzik “Ulang” Shiha Zikir Empire (SZE).

Bagaimanapun rezeki anak kepada penyanyi veteran Kamariah Ahmad itu hanya mampu bertahan sampai minggu keenam sahaja dalam program tersebut.

Namun nama Kay tetap menyerlah apabila lakonannya sebagai antagonis dalam drama ‘Memori Cinta Suraya’ sebagai Naufal dan ‘Dendam Aurora’ menerusi watak Philip mendapat perhatian.

Kay Khydir kembali dengan single baharu, “Ulang”.

Selain drama, anak kelahiran Pasir Gudang, Johor ini juga pernah berlakon filem, ‘O.M.K (Oh Mak Kau)’ dan ‘Gila-Gila Remaja 2’ pada 2013 di mana beliau turut berduet dengan Ayda Jebat untuk “Cinta Lara” yang merupakan runut bunyi filem arahan V.Nagaraj itu.

Sebelum berduet dengan Ayda, Kay terlebih dahulu berkolaborasi dengan abangnya, Diddy Hirdy menerusi lagu “Berjuang Sampai Akhir” pada 2011.

Kay Khydir pernah menjadi peserta Akademi Fantasia sebelum ini.

Kini Kay tampil dengan single baharu berjudul “Ulang” duet bersama Shiha Zikir, juara program ‘Famili Duo’ musim keempat. “Ulang” adalah lagu gubahan serta ditulis sepenuhnya oleh Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan John Jeeves.

“Sebenarnya sudah lama saya tertunggu-tunggu untuk menyanyikan lagu genre sebegini dalam kerjaya muzik saya. Saya memang suka muzik ala pop Latin. Menambah lagi keistimewaan, saya diberi pula peluang untuk berduet dengan sahabat saya Shiha Zikir yang sangat saya kagumi.

Lagu “Ulang” menampilkan genre pop Latin.

“Memang seronok rasanya dapat bekerjasama dengan insan-insan hebat seperti Shiha, Firdaus, Iqie dan John. Hasil kerja mereka pun sudah kerap mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu,” kata Kay berkongsi pandangannya mengenai pembikinan lagu yang diadun dengan elemen muzik berinspirasikan Pop Latin yang sesuai dengan selera pendengar di Malaysia.

Selain berpadu suara dengan Shiha, beliau juga berpeluang beraksi dalam video muzik “Ulang” yang diterbitkan oleh Shiha Zikir Empire (SZE). Secara peribadi, kata Kay, beliau menyukai konsep dan kualiti video muzik hasil idea daripada Shiha sendiri bersama Arul Arifin Baharun itu.

“Ulang” adalah ciptaan sepenuhnya oleh Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan John Jeeves.

“Proses menyiapkan video muzik lagu ini adalah kenangan indah yang tak dapat saya lupakan. Kerjasama dengan warga kerja SZE memang seperti sebuah keluarga,” akuinya.

Previous articleAzrel Ismail dan Fyza Kadir bersama Adolph bantu atasi masalah rambut keguguran!
Next articleBufet “Bergema Sepanjang Malam”, Concorde Hotel, KL Paling Dirindu Oleh Pengunjung Sepanjang Ramadan!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here