Oleh: Khadijah Ibrahim
SETIAP daripada kita pasti ada menghadapi masalah rambut gugur. Masalah ini bukan berlaku kepada wanita saja tapi orang lelaki pun turut mengalami masalah ini tanpa kira batasan umur.
Antara punca masalah rambut gugur adalah tekanan fizikal, tekanan emosi, kehamilan, pengambilan ubat vitamin A yang berlebihan, kekurangan protein dan sebagainya.
Bagi yang masih muda, jika menghadapi masalah ini mesti akan rasa rendah diri lebih senang mengambil sikap menyendiri daripada bergaul dengan rakan seangkatan. Pada yang menghadapi masalah ini jangan risau kerana I Care Marketing Sdn. Bhd, ada resolusi untuk mengatasi masalahnya.

Pengarah Komersialnya, Brian Tu berkata, Siri Penjagaan Rambut Premium Adolph yang dipasarkan mereka di rangkaian Gurdian dapat membantu pengguna mengatasi masalah keguguran rambut.
Produk yang didatang khas dari negara China itu dilancarkan secara rasmi di Malaysia dalam satu acara eksklusif yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, di Malaysian Petroleum Club, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Dr. Fuziah Salleh dan barisan selebriti iaitu Azrel Ismail, Risteena Munim, Fyza Kadir dan Mia Nasir.
Jelas Brian, dengan misi untuk mentakrifkan semula penjagaan rambut mewah, Siri Penjagaan Rambut Premium Adolph telah direka dengan teliti untuk individu yang mengutamakan keberkesanan, kemewahan, dan hasil yang tahan lama dalam rutin harian mereka.

Rangkaian berkualiti salon ini disokong oleh sains, didukung oleh teknologi berpaten dan ekstrak semula jadi premium, menawarkan pengalaman transformasi dari penggunaan pertama.
“Siri Penjagaan Rambut Premium Adolph ini sangat popular di China dan turut dipasarkan di beberapa negara lain seperti Rusia dan Thailand. Untuk pasaran di Malaysia berbeza dengan negara lain kerana di sini kami menggunakan berbahasa Inggeris di setiap botol produk.
“Sebenarnya produk Adolph ini antara jenama yang menjadi pilihan ramai di China sejak enam tahun lalu. Untuk menjadi pengedar produk tersebut di Malaysia bukanlah perkara mudah, banyak peraturan yang perlu kami lalui.
“Kami pilih untuk menjadi pengedar produk ini kerana ia sangat
unik terutamanya wangian syampu ini dapat bertahan selama 48 jam di Malaysia tapi di negara empat musim ia boleh bertahan sampai 72 jam,” jelas Brian tentang kelebihan produl Adolph yang dutanya ialah aktor Wang Yibo.

Tambahnya lagi, produk ini mempunyai keunikan tersendiri dalam penjagaan rambut kerana ia menonjol dengan inovasi terkini dan bahan-bahan terpilih yang memberikan hasil yang ketara sambil memanjakan deria.
“Apa yang menarik, selepas kita menggunakan produk ini dalam tempoh 48 jam kita masih dapat menghidu harumannya kerana ia diperkaya dengan minyak pati Bulgarian Rose.
“Sebenarnya kami tak jangka di rangkaian Gurdian, produk Adolph untuk rambut keguguran mendapat permintaan tinggi, hinggakan ada beberapa rangkaian kedai Gurdian kehabisan stok.
“Ini menunjukkan di Malaysia ramai orang yang menghadapi masalah keguguran rambut, cuma mereka tidak dedahkan saja. Dari segi jualan itu kami dapat lihat bahawa ramai pengguna yang mengalami masalah keguguran rambut.

“Produk ini boleh dibeli di semua 700 rangkaian kedai Gurdian yang terdapat di seluruh Semenanjung, termasuk di Sabah dan Sarawak juga. Setakat ini sudah 83 peratus dipasarkan di Guardian. Selepas ini, kami cadang untuk pasarkan produk Adolph ini di Indonesia kerana budaya mereka hampir sama dengan kita,” katanya.
Tambah Brian, kelebihan yang ada pada produk ini iaitu bebas daripada bahan kimia keras serta sesuai untuk semua jenis rambut, termasuk mereka yang mempunyai kulit kepala sensitif, membuatkan ia menjadi pilihan ramai.
Katanya lagi, syampu Anti-Keguguran Rambut yang dihasilkan oleh produk Adolph telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan keguguran rambut sebanyak 34% sambil merangsang pertumbuhan rambut sebanyak 7%, menjadikannya satu kemestian bagi mereka yang menginginkan kulit kepala yang lebih sihat dan helai rambut yang lebih kuat.
Apa yang menarik, produk ini boleh diguna oleh satu keluarga dan secara tak langsung membantu pengguna berbelanja secara berhemah.

Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia serta Berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7.