Barisan anak seni yang diraikan ( dari kiri) : Dayang Hana, Saddiq Raffali Khairul Rizal, Karl Axthara,Rohaizad, Rozita Rohaizad, Mac Ruhayu dan Rena Tan ketika ditemui pada majlis 8 in 1 Birthday Celebration di Kompleks Beli Belah One Shamelin Mall, Taman Samelin Perkasa.

Oleh: Nafsiah Jani

Foto: Ehsan Khairul Rizal Dari Chinta Event Entertainment.

Menghiburkan dan penuh gilang gemilang…Sesuatu yang luar biasa apabila menggabungkan anak seni tanah air yang lahir dalam bulan Januari disatukan dalam satu majlis “8 in 1 Birthday Celebration” yang telah dianjurkan oleh Chinta Event Entertainment.

Sungguh tidak sia-sia apabila lapan anak seni bergabung tenaga dan telah berjaya menganjurkan majlis tersebut di Kompleks Beli Belah, One Shamelin Mall pada Januari yang lalu.

Paling istimewa barisan artis yang lahir bualan Januari yang diraikan terdiri daripada ( dari kiri) : Rena Tan ( 1 Jan ), Mac Ruhayu (5 Jan ), Rozita Rohaizad ( 6 Jan), Shasha Rohaizat ( 7 Jan), Karl Axthara ( 7 Jan ), Khairul Rizal ( 14 Jan), Saddiq Raffali ( 20 Jan) dan Dayang Hana ( 26 Jan) ketika ditemui pada majlis 8 in 1 Birthday Celebration di Kompleks Beli Belah One Shamelin Mall, Taman Samelin Perkasa.

Mereka yang terlibat terdiri daripada Rena Tan ( Yang lahir pada 1 Januari), Mac Ruhayu ( Yang lahir pada 5 Jan), Rozita Rohaizad ( Yang lahir pada 6 Januari), Shasha Rohaizad ( Yang lahir pada 7 Januari), Karl Axthara ( Yang lahir pada 7 Januari), Khairul Rizal ( Yang lahir pada 14 Januari), Saddiq Raffali ( Yang lahir pada 20 Januari) dan Dayang Hana (Yang lahir pada 26 Januari), malah walaupun atas kelewatan informasi, pelakon Kenji Sawahi ( Yang lahir pada 23 Januari) turut diraikan dengan kek harijadi tajaan daripada rakan baiknya, Rena Tan.

Majlis ini diatur dari awal lagi dan memulakan ‘pra produksi’ pada Ogos tahun lalu dengan berbekalkan kertas kerja, pembentukan krew, mesyuarat, tempahan makanan, penajaan dari pelbagai sektor korporat, bajet serta persembahan pentas dan akhirnya 25 Januari telah menjadi saksi betapa gemilangnya majlis dengan kehadiran lebih 100 tetamu yang dijemput khas.

Walaupun pada awalnya bajet melambung tinggi pada saat akhir, namun pasukan produksi Chinta Event Entertainment berjaya memastikan acara tersebut berjalan dengan lancar dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Barisan yang diraikan ( dari kiri) : Khairul Rizal, Karl Axthara, Rena Tan, Shasha Rohaizad, Rozita Rohaizad, Mac Ruhayu, Saddiq Raffali dan  Dayang Hana  pada acara memotong kek harijadi ketika ditemui pada majlis 8 in 1 Birthday Celebration di Kompleks Beli Belah One Shamelin Mall, Taman Samelin Perkasa.

Menurut Pemilik Chinta Event Entertainment, Khairul Rizal Khalid, objektif utama penganjuran “8 in 1” adalah menyatukan anak seni yang lahir dalam bulan Januari disamping merapatkan ukhwah dan tali persahabatan yang hendak disemai dikalangan golongan yang disasarkan.

Khairul Rizal memberitahu dengan bantuan yang diberi oleh 8 anak seni dari segi kewangan, idea dan tenaga segala-galanya menjadi lebih mudah kerana paling istimewa anak seni ini mempunyai kepakaran masing-masing.

“Misalnya Dayang Hana mempunyai kemahiran memasak, Shahriza Mahmud (isteri Saddiq Raffali) mempunyai kemahiran mengedit poster dan banting, Rena Tan pula merupakan Timbalan Presiden Seniman, kesemuanya membantu untuk bersama-sama menjayakan majlis ini,” katanya ketika ditemui ketika program berlangsung bersungguh-sungguh.

Kenangan indah Rena Tan suapkan kek ke mulut sahabat beliau, Khai.

Jelas Khairul Rizal lagi, program itu diadakan buat kali kedua setelah penganjuran kali pertama pernah diadakan 5 tahun dahulu begitu mendapat sambutan yang diadakan di sebuah restoran terkenal yang melibatkan 7 anak seni namun pada tahun ini jumlahnya bertambah menjadi 8 orang.

“Sebenarnya dalam perancangan 15 anak seni pada awalnya namun akhirnya hanya tinggal 8, biasalah, ada yang menghadapi masalah kesihatan, kekangan kerja dan komitmen shooting, separuh daripada 8 anak seni itu merupakan individu sama yang pernah terlibat ketika penganjuran kali pertama pada tahun 2020,” kata Khairul.

Khairul Rizal amat mengharapkan penganjuran aktiviti itu dapat diteruskan sekiranya mendapat sokongan pelbagai pihak dan lebih ramai anak-anak seni yang lahir pada bulan Januari dapat dikumpulkan sekaligus membentuk komuniti yang mantap di kalangan mereka.

Lebih 100 tetamu turut meraikan anak-anak seni yang lahiir dalam Bulan Januari ketika ditemui pada majlis 8 in 1 Birthday Celebration di Kompleks Beli Belah One Shamelin Mall, Taman Samelin Perkasa.

Acara yang bermula dengan jamuan makan tengahari dengan hidangan lauk pauk menyelerakan diserikan oleh Kahty Azian sebagai pengacara majlis diwarnai dengan persembahan pembukaan oleh kelapan-lapan yang diraikan dengan lagu Aku Penghibur (Rena Tan), Ditakdirkan Kita Bersama ( Mac Ruhayu), Anak Ikan ( Rozita Rohaizad ), Can’t Take My Eyes Off You ( Shasha Rohaizad), Ada Ubi Ada Batas ( Karl Axthara), Ku Keudara Lagi ( Khairul Rizal ), Jangan Khianati Aku (Saddiq Raffali) dan Persembahan Sajak dan Lagu Suci Dalam Debu (Dayang Hana – diwakili persembahan oleh anak-anaknya , Sue dan Anessa).

Sejurus selesai memotong kek Vanilla Mix Fruits Creamy Cheese bernilai RM1000 hasil ciptaan Mr Mir Kitchen disusuli dengan penyampaian hadiah oleh para penaja kepada yang diraikan. Begitu banyak yang diperolehi, bayangkan hingga setiap seorang mengumpul lebih 5 hadiah.

Sejurus selesai doa selamat, kelapan-lapan ‘Birthday Person’ diraikan pula oleh rakan-rakan artis yang turut menghiburkan orang ramai dengan dendangan lagu seperti Adilla Idris (Asmara), Abot ( Camar), Datin Elveena Iris ( Pesta muda mudi, Siapakah gerangan, Aku dalam Teka Teki, Sha La La)Kak Nur Kasih ( My Way), Nana Suzana ( Made it India, Secangkir Madu Merah), Zaiton Sameon ( Menaruh Harapan) serta Naim Fareez, Rina, Queen Nad, Elsa dan Asmida ( Pesta Muda Mudi).

Tokoh wartawan hiburan terkenal tanah air dan juga Editor Ladyboyz, Syed Yusof Wafa Syed Nordin, telah menerima Anugerah Media Legend atas sumbangan 30 tahún dalam industri penulisan hiburan ketika ditemui pada majlis “8 in 1 Birthday Celebration” di Kompleks Beli Belah One Shamelin Mall, Taman Samelin.
Beliau menerima plak penghargaan yang disampaikan Oleh Pemilik Chinta Event Entertainment, Khairul Rizal ( kiri). Turut meraikan, penyanyi Legenda, Zaiton Sameon.

Cabutan bertuah turut diadakan melibatkan pemenang terdiri daripada tetamu yang hadir dan pastinya hadiah RM300 daripada Datuk Noora Kay dan baucer percutian ke Semenyih Eco Venture Resort & Recreation menjadi kenangan terindah buat pemenangnya.

Turut meriah diadakan dan dinantikan, penyampaian khas “Anugerah Media Legend” yang didedikasikan untuk tokoh wartawan hiburan terkenal tanah air dan kini sebagai Editor Portal LadyBoyz iaitu Syed Yusof Wafa Syed Nordin, atas sumbangan 30 tahun beliau dalam dunia penulisan hiburan disamping mengenang jasa beliau yang telah banyak menaikkan nama-nama artis tempatan ke persada seni tanahair.

“Ini adalah sesuatu yang tidak saya jangka, selalunya wartawan daripada meja lain seperti berita, politik dan sukan yang diberi penghormatan, saya amat berterima kasih kepada pemilik Chinta Event Entertainment terutamanya Khai dan Abang Amin kerana menghargai pengorbanan dan penat lelah saya selama ini, saya amat hargainya dan merupakan kenangan yang indah dalam kerjaya saya sebagai wartawan hiburan,” tutur Syed Yusof Wafa dengan ikhlas ketika menyampaikan ucapan setelah menerima plak penghargaan dalam majlis itu yang turut ditemani oleh kakak angkat beliau penyanyi legenda tanah air, Zaiton Sameon.

Tahniah kepada penganjur program dari Chinta Event Entertainment, Khairul Rizal ( kanan) dan Mohd Amin Ismail ketika ditemui pada majlis 8 in 1 Birthday Celebration di Kompleks Beli Belah One Shamelin Mall, Taman Samelin.

Penutup tirai majlis, diadakan joget lambak dengan nyanyian lagu Joget Malam Pertama nyanyian Rozita Rohaizad yang amat menghiburkan apatah lagi kesemua yang terlibat termasuk jawatankuasa di belakang tabir sama-sama mempamerkan bakat tarian masing-masing.

Pihak penganjur ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan “Terima kasih” yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini didedikasikan untuk tenaga kerja dari Chinta Event Entertainment dengan kerjasama Jibam Ramlee Classic Boutique, NurTaj Spa & Beauty, Keena Mentor Channel, Celebriti Bling-Bling, Maju Genius Empire, Dewan Perniagaan Profesional Malaysia, Elveena Resources, Persatuan Seniman Malaysia dan Semenyih Eco Venture Resort & Recreation.

Juga teristimewa untuk yang membantu menjayakan majlis ini, Datuk Noora Kay, Datuk Rayus Rahim, Datin Faridah Zainolabidin, Mohd Amin Ismail, Datin Elveena Iris dan Asmazaina Ahmad.

Semoga “8 in 1 Birthday Celebration” menjadi simbol penyatuan untuk anak-anak seni merapatkan ukhwah disamping medan bagi mereka bertukar-tukar pandangan seterusnya memartabatkan tahap anak seni ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Semoga “8 in 1 Birthday Celebration” menjadi simbol penyatuan untuk anak-anak seni merapatkan ukhwah disamping medan bagi mereka bertukar-tukar pandangan seterusnya memartabatkan tahap anak seni ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Previous articleKenapa Saloma tak suka digelar Marilyn Monroe?
Next articleSelamat Menyambut Hari Thaipusam 2025!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here