Image by freepik

Oleh : Nafsiah Jani

Resdung atau alergi rhinitis merupakan satu penyakit yang sering berlaku kepada rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, pasti ramai yang mencari cara untuk merawat dan menghilangkan resdung yang dialami kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada si penghidapnya.

Selalunya resdung berlaku disebabkan seseorang itu alahan terhadap habuk, makanan, minuman, debunga, kulat, atau haiwan peliharaan tertentu.Penyakit resdung boleh membuat anda rasa tidak selesa.

Namun, itu tidak bermakna tidak ada cara hilangkan resdung atau merawat resdung yang anda alami. Kebanyakan pesakit yang mempunyai resdung boleh hidup seperti biasa dengan syarat mereka melakukan beberapa perubahan dari segi gaya hidup dan mengambil ubat seperti yang disarankan para doktor.

Ada beberapa cara yang berkesan untuk merawat dan menghilangkan resdung. Pertama adalah dengan menjauhkan diri daripada benda-benda yang membuat seseorang itu alahan. Kedua, mengambil ubat-ubatan untuk mengurangkan simptom, ketiga, mengambil suntikan immunoterapi dan juga mengamalkan petua tradisional bagi mengurangkan dan menghilangkan resdung.

Untuk menghilangkan resdung cuba minum sebanyak mungkin air suam atau hangat untuk mengurangkan hidung tersumbat dan lendir menjadi tebal. Elakkan juga makan nasi, makanan dan minuman yang sejuk atau berkarbonat atau buah-buahan pada waktu malam atau sebelum tidur.

Disini kami sertakan beberapa cara untuk menghilangkan atau mengurangkan penyakit resdung yang dialami. Selamat mencuba dan jika tidak berjaya kunjungilah doktor berdekatan untuk mendapatkan pandangan dan bantuan.

1. Ambil tiga ulas bawang merah dan dihiris halus, dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam mangkuk dan tuangkan air panas yang sedang mendidih. Wapkan muka anda dengan air rendaman tersebut serta amalkan dengan kerap. InsyaAllah resdung anda akan berkurangan. Selamat mencuba.

2. Bakar sebatang kulit kayu manis dan sedut asap yang keluar darinya melalui hidung. Kulit kayu manis bertindak sebagai antiseptik yang mampu membunuh kuman, mengeringkan lendir dan bengkak resdung di dalam rongga sinus. Cara ini agak pedih tetapi ia sangat berkesan sekali. Hidung akan berasa lega dan anda akan dapat bernafas dengan lebih mudah dan selesa.

3. Dapatkan rehat yang secukupnya serta dapatkan antibiotik sekiranya punca utama kegatalan hidung adalah disebabkan oleh bakteria

4. Semburan hidung kortikosteroid juga amat berkesan untuk mengurangkan simptom alahan rhinitis. Malah, ia juga selamat untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

5. Sediakan air sebanyak lima gelas dan masukkan satu inci halia dan sedikit lada hitam ke dalam periuk. Rebus kesemua bahan sehingga mendidih dan sejukkan. Bila dah suam bolehlah berkumur-kumur sebanyak tiga kali. Amalkan setiap hari pagi, petang dan malam untuk menghilangkan kegatalan resdung.

6. Selain disedut asap kulit kayu manis, ambil empat batang kulit kayu manis dan secebis kain putih yang bersih. Kisar atau tumbuk kayu manis sehingga menjadi serbuk. Masukkan serbuk tersebut ke dalam kain putih dan ikat seperti sup bunjut. Gosokkan bunjut tersebut di bahagian muka, hidung dan kawasan yang gatal. Sebaik-baiknya hidu bunjut tersebut melalui hidung.

7. Ambil teh uncang yang telah digunakan dan sapukan di muka. Sebaiknya dilakukan sebelum mandi. Biarkan seberapa lama supaya intipati teh terus meresap ke dalam rongga muka bagi membantu mengurangkan resdung.

8. Jika anda kerap mengalami alergi rhinitis, doktor mungkin akan memberikan ubat-ubatan sebagai satu cara untuk merawat atau hilangkan resdung tersebut. Ubat yang diberikan mungkin berbeza mengikut keseriusan resdung antaranya Antihistamin berfungsi menghalang histamin, sejenis protein yang dirembeskan oleh badan ketika mengalami reaksi alahan atau Ubat hidung tersumbat (decongestant).

9. Ambil setengah sudu madu dan setengah sudu cuka. Gaulkan kedua-duanya dan tuangkan ke atas tapak tangan. Hidu madu yang bercampur dengan cuka tersebut dimulai dengan hidung kanan sambil membaca Bismillah dan selawat. Mungkin hidung akan terasa pedih seketika sehingga keluar air mata tetapi anda akan terasa lega dan InsyaAllah hidung tidak gatal lagi.

10. Jika alahan atau simptom yang dialami adalah serius, doktor mungkin akan mencadangkan suntikan immunoterapi. Setiap kali mengambil suntikan, jumlah alergen akan ditingkatkan hinggalah sistem imun badan anda mampu bertahan terhadap alergen tersebut. Selain suntikan, doktor juga boleh memberi immunoterapi dalam bentuk pil yang boleh diletakkan di bawah lidah pesakit.

Previous articleSingle “Tondu” uji kebolehan kumpulan pelawak Zero sebagai penyanyi
Next articlePerut buncit? Ini 1001 cara mudah nak kempiskan! (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here