Lempeng pisang yang lazat

Oleh: Nafsiah Jani

Mereka yang ingin makan secara santai dan berborak mesra bersama rakan-rakan kunjungilah Restoran Rasa Rosz, di IOI City Mall Putrajaya dan Restoran Rasa Rosz, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur kerana terdapat pelbagai makanan pencuci mulut serta hidangan lazat yang boleh dicuba.

Sambil bersembang anda boleh menikmati minum petang seperti suasana di kampung dengan hidangan lempeng bersama kari ayam, lempeng pisang besama kelapa. cucur udang dan cucur kakiage

Cucur kakiage juga terdapat di sini.

Mungkin masih terasa tidak puas atau tidak cukup kenyang, cubalah juga hidangan pencuci mulut pisang goreng bersama ice cream, milky peach ataupun ice sea coconut longan. Hidangan ini sangat enak jika dinikmati bersama teh tarik, matcha latte gula Melaka sejuk dan panas, terdapat juga minuman panas matcha latte dan matcha latte gula Melaka float.

Jika inginkan kelainan ketika menikmati hidangan petang tersebut, cubalah nikmati air terbaru Peach Laici. Gabungan rasa peach dan laici yang unik dan menarik ini turut dimasukkan biji selasih bagi menyegarkan tubuh dan baik untuk kesihatan.

Selain Peach Laici, terdapat juga beberapa lagi pilihan air yang begitu sedap dan menyejukkan antaranya Epal Asam Boi, Sweet Splash, Calamansi Asam Boi, Tembikai Laici, Iced Chocolate, Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan.

Hidangan minum petang lempeng bersama kari ayam.

Restoran Rasa Rosz di IOI City Mall ini juga turut menyediakan lebih 13 jenis menu baru menu pemakanan sihat yang berasaskan sayur-sayuran sesuai untuk mereka yang ingin berdiet. Malah Restoran Rasa Rosz ini memang sesuai untuk hidangan seisi keluarga kerana segala-galanya ada di sini.

Selain rasa yang cukup enak dan menyelerakan, gaya hidangan juga turut membuat anda terpesona untuk terus menikmatinya. Setiap menu pula dijual pada harga yang cukup berpatutan jika dibandingkan dengan restoran lain di IOI City Mall. Harga setiap menu dijual pada harga yang sangat berpatutan, hidangan yang lazat dan makan dalam suasana yang santai.

Goreng pisang bersama ice cream.

Antara makanan sihat yang lain termasuk Asam Pedas Siakap, Laksa Spaghetti Tuna, Ayam Panggang Mushroom, Awesome burger iaitu Burger Ayam Krispy bersama salad dan lain-lain lagi. Menu-menu baru ini juga ada tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam setiap hidangan.

Bagi yang ingin mengetahui setiap hidangan di Restoran Rasa Rosz cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Milky peach yang menyegarkan.

Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto dan Fettucini Rendang Daging yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia.

Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom dan Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Ayam Krispy Buttermilk, Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer,Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.

Ice sea coconut longan.

Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang sedia ada. Antara menunya adalah Mi Racun Tulang, Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

3 perisa ice cream yang begitu enak untuk dinikmati.

Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.

Bagi yang ingin meraikan hari teristimewa bersama tersayang atau datang secara berkumpulan, kunjungilah Restoran Rasa Rosz di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur atau hubungi 013-8082772 (call/ whatsapp). Manakala untuk tempahan Restoran Rasa Rosz, lot L3-210, Level East Wing di IOI City Mall Putrajaya yang dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam bolehlah hubungi 012-8217714.

 

Previous articleRahsia Hati Tenang!
Next articleKepentingan garam pada tubuh badan? (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here