Oleh: Nafsiah Jani
Bagi mereka yang peka terhadap kesihatan cubalah nikmati air terbaru Peach Laici yang merupakan signature drink Restoran Rasa Rosz, di IOI City Mall Putrajaya dan Restoran Rasa Rosz, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang turut mendapat sambutan hangat.
Gabungan rasa peach dan laici yang unik dan menarik ini turut dimasukkan biji selasih bagi menyegarkan tubuh setelah menikmatinya. Seperti yang kita tahu biji selasih mempunyai banyak khasiat antaranya mengawal paras gula dalam darah, baik untuk sistem penghadaman, menurunkan kadar kolesterol, sumber Vitamin C yang baik, bagus untuk kulit dan tulang.
Selain Peach Laici, Epal Asam Boi dan Sweet Splash juga turut terdapat dikedua-dua Restoran Rasa Rosz. Begitu juga dengan matcha latte gula Melaka sejuk dan panas, terdapat juga minuman panas matcha latte dan matcha latte gula Melaka float. Minuman ini turut mendapat sambutan hangat kerana tekstur matcha latte gula melaka panas dan sejuk yang gebu ini memberikan rasa, aroma serta warna hijau yang unik.
Selain Peach Laici, terdapat juga beberapa lagi pilihan air yang begitu sedap dan menyejukkan antaranya Calamansi Asam Boi, Tembikai Laici, Iced Chocolate, Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan.
Restoran Rasa Rosz di IOI City Mall ini juga turut menyediakan lebih 13 jenis menu baru menu pemakanan sihat yang berasaskan sayur-sayuran sesuai untuk mereka yang ingin berdiet. Malah Restoran Rasa Rosz ini memang sesuai untuk hidangan seisi keluarga kerana segala-galanya ada di sini.
Selain rasa yang cukup enak dan menyelerakan, gaya hidangan juga turut membuat anda terpesona untuk terus menikmatinya. Setiap menu pula dijual pada harga yang cukup berpatutan jika dibandingkan dengan restoran lain di IOI City Mall. Harga setiap menu dijual pada harga yang sangat berpatutan, hidangan yang lazat dan makan dalam suasana yang santai.
Antara makanan sihat yang lain termasuk Asam Pedas Siakap, Laksa Spaghetti Tuna, Ayam Panggang Mushroom, Awesome burger iaitu Burger Ayam Krispy bersama salad dan lain-lain lagi. Menu-menu baru ini juga ada tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam setiap hidangan.
Bagi yang ingin mengetahui setiap hidangan di Restoran Rasa Rosz cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.
Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia.
Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom dan Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Ayam Krispy Buttermilk, Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer,Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.
Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang sedia ada. Antara menunya adalah Mi Racun Tulang, Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.
Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.
Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.
Bagi yang ingin meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan, sila berkunjung ke Restoran Rasa Rosz di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur atau hubungi 013-8082772 (call/ whatsapp). Manakala untuk tempahan Restoran Rasa Rosz, lot L3-210, Level East Wing di IOI City Mall Putrajaya yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam bolehlah hubungi 012-8217714.
View this post on Instagram
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.