Pengarah YAU, Mohd Kamal Ismail berharap program yang dilancarkan iaitu Sayangi Al-Quran dan Satu Juta Bisa Baca Al-Quran berjalan lancar dan  disokong ramai.

Oleh: Khadijah Ibrahim
Foto: Afhzahafiez Kamaruddin

SELEPAS kejayaan beberapa program yang dianjurkan sebelum ini, kini Yayasan Ammirul Ummah (YAU) melancarkan pula Program Sayangi Al-Quran dan Program Satu Juta Bisa Baca Al-Quran (SAQURA).

Menerusi program itu juga, pihak YAU turut menyasarkan seramai sejuta orang mampu membaca Al Quran menerusi program Satu Juta Bisa Baca Al-Quran (SAQURA).

Pengarah YAU, Mohd Kamal Ismail, berkata pengagihan itu akan dilakukan di Indonesia, Selatan Thailand dan juga Malaysia dan kesinambungan daripada itu juga akan diadakan program SAQURA.

Bersama para wakil dari Indonesia dan Thailand yang bekerjasama dengan YAU.

“Kedua-dua program itu diperkenalkan bagi memupuk masyarakat supaya menyayangi al-Quran.

“Kami juga merancang untuk mengadakan majlis bacaan al-Quran secara serentak membabitkan peserta dari Indonesia, Thailand dan Malaysia melalui Zoom dan mereka akan khatam bersama-sama pada Ramadan nanti.

“Kami juga baru saja melancarkan lima program di bawah Ikon Inspirasi yang melibatkan penyertaan artis secara sukarela untuk program di bawah YAU.

“Kebanyakkan artis yang menyertai program ini akan membantu mempromosikan naskah al-Quran secara sukarela,” katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Program Sayangi Al-Quran Mencintai dan Menyebarkan Cahaya Al-Quran ke Seluruh Alam di Hotel Grand Barakah, Ampang, baru-baru ini.

Penyampaian anugerah kepada individu dan organisasi yang menyokong inisiatif YAU.

Turut hadir, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang juga merasmikan program tersebut, wakil Menteri Agama Republik Indonesia, wakil Ketua Dewan Pertimbangan Majlis Ulama Indonesia Jawa Barat, Koodinator Nasional TPQ Indonesia, serta wakil Thailand dan penaja utama program, Iman Care.

Antara selebriti yang hadir ialah Datuk Fauziah Nawawi, Que Haider, Fazlina Ahmad Daud, Erma Fatima dan ramai lagi.

Sementara itu, Mohd Kamal menjelaskan bahawa di bawah program Ikon Inspirasi, artis yang menyertai tidak dibayar tapi mereka menyertainya dengan rela hati untuk membantu YAU.

“Kebanyakan artis yang sertai itu adalah sukarela dan bukannya kita bayar. Mereka yang sukarela membuat promosi untuk kempen bersama. Mereka sukarela dan menganggap itulah sumbangan mereka untuk kerja kebajikan. Itu yang tercetusnya untuk wujudkan program Ikon Inspirasi dan kita nak ajak lebih ramai bersama kita.

Sebanyak satu juta al-Quran bakal diagihkan pada tahun 2025.

“Lepas artis kongsi buat promosi di media sosial masing-masing, kita beri peluang kepada artis berkenaan untuk agihkan al-Quran ke Indonesia dan dengan cara itu, dia akan merasai suasana bagaimana keperluan al-Quran itu sendiri. Itu peringkat awal dan kedua untuk program Satu Juta Bisa Baca Al-Quran untuk galakkan orang ramai membaca dan menjadikan al-Quran sebagai teman,” jelasnya tentang perancangan YAU.

Sementara itu Sukarelawan Premium YAU, pelakon versatil, Fauziah Ahmad Daud, berkata beliau sudah empat tahun menyertai misi bersama yayasan berkenaan.

Jelas Fauziah atau Ogy, beliau bukanlah duta sebaliknya hanyalah sukarelawan yang diminta untuk membantu mempelawa rakan artis lain untuk menyokong misi yang baik ini.

“Saya telah bersama yayasan ini sejak empat tahun lalu dan amat bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini. Saya menyaksikan sendiri program yang dijalankan bawa perubahan besar bukan saja kepada kehiduapn saya tetapi ramai insan di luar sana.

“Insyallah saya akan mengajak lebih ramai lagi golongan artis untuk turut serta agar kami dapat berdakwah dan mengumpul pahala melalui memupuk rasa cinta terhadap al-Quran,” katanya.

Fauziah Ahmad Daud yang merupakan premium volunteer YAU gembira dengan tugasan yang dilakukan.

Berkongsi pengalamannya bersama YAU dua tahun lalu, Ogy berkata, beliau berpeluang untuk mengagihkan 10,000 naskhah al-Quran kepada penerima di sekitar Bandung, Indonesia.

“Saya diizinkan Allah untuk bersama YAU dan Iman Care, kami ke Bandung untuk mengagihan 10,000 naskhah al-Quran. Pertama yang terlintas di pemikiran saya adalah aturan Allah kerana 35 tahun dahulu saya pertama kali menjejak kaki ke Jakarta, Indonesia sebagai seorang pelakon.

“Saya berlakon di sana selama tiga tahun bersama-sama Deddy Mizwar, Lydia Kandou, Allahyarham Mieke Widjaya, Allahyarham Zainal Abidin dan ramai lagi. Saya tidak pernah menjangkakan pada usia 60 tahun Allah mengizinkan saya untuk menjejakkan kaki saya ke tanah Bandung untuk usaha yang begitu murni kerana saya terpilih untuk pengagihan 10,000 naskhah al-Quran.

“Ketika itu apa yang bermain di minda saya adalah, pasti arwah mak dan ayah akan tersenyum kerana apa yang saya lakukan adalah untuk mereka. Saya sebagai anak ingin juga mengumpul saham akhirat bukan saja untuk diri saya tapi untuk adik-beradik dan ahli keluarga yang masih ada dan yang telah pulang ke negeri abadi,” kongsinya tentang pengalaman indah sewaktu turun padang mengagihkan kitab suci al-Quran itu.

Previous articleROCKQUEEN Ella ada jenama baju sendiri
Next article“Apa Ertinya Aku” terbaru dari Epik Yovie Widianto Bersama Tiga Diva Muda!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here