Ella bangga dengan jenama ROCKQUEEN.

Oleh: Khadijah Ibrahim

BOLEH dikatakan kebanyakan pakaian yang dijual di bawah jenama ROCKQUEEN adalah baju-baju kegemaran penyanyi Ella sendiri. Ratu Rock Malaysia itu mahu sesiapa yang memakai baju daripada jenama miliknya sentiasa merasa selesa dan di waktu yang sama tetap tampak bergaya.

Sebagai penyanyi tidak dinafikan setiap pakaian yang dipakai sama ada sewaktu persembahan atau muncul di acara tertentu pasti menjadi perhatian ramai. Justeru itu, penyanyi lagu “Layar Impian” berkenaan mahua pa yang dipakainya boleh juga dipakai oleh orang lain.

Para model memperagakan pakaian koleksi ROCKQUEEN.

Ini kerana pakaian jenama ROCKQUEEN memberikan keseimbangan antara fesyen berani yang penuh gaya fesyen sederhana tampak elegan, direka untuk memperkasa wanita agar dapat menerima keunikan diri mereka dengan penuh yakin.

Pembabitan Ella dalam bidang fesyen ini adalah untuk memastikan jenama ROCKQUEEN yang ditubuhkan pada 2021 mampu memberi inspirasi kepada perubahan positif, dan budaya ekspresi diri kepada si pemakai.

Ella pada majlis pelancaran rasmi ROCKQUEEN di Program Muslimah Fest 2024, di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), baru-baru ini.

“Jenama ini diinspirasikan oleh gaya urban dengan sentuhan kesederhanaan, direka untuk keselesaan dalam pergerakan. Setiap rekaan menggabung elemen elegan minimalis dengan perincian berani, meraikan keunikan individu sambil tetap berpegang pada nilai tatasusila.

“ROCKQUEEN bukan sekadar jenama, ia adalah satu pernyataan. Ia tentang memperkasakan wanita untuk merasa yakin, kuat, dan menjadi diri mereka tanpa rasa ragu. Kami menjenamakan semula maksud kesopanan tanpa mengabaikan gaya,” jelas Ella sewaktu ditemui pada majlis pelancaran rasmi ROCKQUEEN pada 21 Disember lalu di Program Muslimah Fest 2024, di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC).

Ella turut menghibur pengunjung yang hadir dengan sebuah lagu selain memperkenalkan jenamanya.

Pada majlis itu juga turut menampilkan pertunjukan fesyen koleksi sulung ROCKQUEEN diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Ella.

Setakat ini koleksi pakaian jenama ROCKQUEEN rata-rata berwarna putih dan hitam kerana itu adalah warna kegemaran Ella. Namun untuk masa mendatang terutama untuk koleksi raya yang bakal tiba, warna akan dipelbagaikan.

Kaka Azraff sentiasa menyokong Ella.

Koleksi pakaian ROCKQUEEN adalah pakaian serbaguna yang boleh digayakan untuk apa-apa majlis hingga keperluan harian yang santai dan bergaya. Pakaian yang dihasilkan memenuhi keperluan wanita yang ingin mengekspresi keperibadian mereka sambil mengekalkan elemen keanggunan dan keselesaan.

Direka selari seimbang untuk pergerakan dan fleksibiliti, rekaan ROCKQUEEN sangat sesuai untuk wanita moden yang mengimbangi pelbagai peranan dalam kehidupan kerana misi ROCKQUEEN melangkaui fesyen.

Bersama suami, Azhar Husaini Ghazali, kakak (Jojie) dan anak saudara (Kaka Azraff).

Tegas Ella, penghasilan pakaian jenamanya itu adalah bertujuan untuk mencipta komuniti wanita yang berdaya maju, saling menyokong dan menjadi teladan. Jenama ini bercita-cita menjadi simbol perpaduan, positif, dan kekuatan dalam kepelbagaian cita rasa.

Previous articleIfa Raziah dan Roslan Shah Berdamai Sekadar Gimik?
Next articleYAU mahu agih sejuta al-Quran, agar ramai boleh baca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here