Awie legenda rock Malaysia yang mempunyai suara yang matap dan bertenaga.

Oleh: Syed Wafa

Saat yang ditunggu oleh peminat muzik rock tanah air iaitu buat julung kalinya, legenda rock Malaysia, Datuk Awie yang terkenal dengan vokal hebat dan mantap bakal membuat kemunculan epik dalam sebuah konsert bersejarah iaitu “TRIAD.”

Awie akan tampil sebagai penyanyi utama untuk tiga kumpulan rock ikonik iaitu Wings, Search Kid Din dan juga Dragon Malaya yang kini dianggotai Lan Taro, Eddie Def Gab C, dan Pae. Ditubuhkan pada tahun 1998, Dragon Malaya merupakan kumpulan pengiring untuk persembahan-persembahan solo Awie malah termasuk projek album solo beliau iaitu “Rentap” yang menampilkan dengan lagu hit seperti “Kuda Tiga Kaki” dan “Bumi Kita Ada Naga”.

“Alhamdulillah, ianya akan berlangsung nanti. Saya teruja untuk bersama-sama para penyokong dan rakan-rakan legenda yang lain di atas pentas yang luar biasa ini,” kata Awie penuh semangat.

Konsert yang dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah, yang juga merupakan milik Datuk Awie ini akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Februari 2025 jam 8.30 malam.

Konsert ini bukan sahaja bakal melakar sejarah, tetapi juga bakal mencipta nama dalam “The Malaysian Book of Records”, apabila seorang penyanyi utama mengemudi tiga kumpulan rock besar di satu pentas. Awie bakal membawa para peminat menyelami kembali semangat rock dengan seleksi lagu-lagu nostalgia yang tidak pernah pudar dari ingatan.

Awie akan tampil sebagai penyanyi utama untuk tiga kumpulan rock ikonik iaitu Wings, Search Kid Din dan juga Dragon Malaya yang kini dianggotai Lan Taro, Eddie Def Gab C, dan Pae. Ditubuhkan pada tahun 1998, Dragon Malaya merupakan kumpulan pengiring untuk persembahan-persembahan solo Awie malah termasuk projek album solo beliau iaitu “Rentap” yang menampilkan dengan lagu hit seperti “Kuda Tiga Kaki” dan “Bumi Kita Ada Naga”.

“TRIAD adalah tentang penyatuan atau menyatukan bunyi, tenaga, jiwa, dan semangat rock yang sebenar. Ini bukan sekadar konsert, tetapi satu malam di mana sejarah akan tercipta, dan semangat “ROCK” akan terus hidup.

“Alhamdulillah, ianya akan berlangsung nanti. Saya teruja untuk bersama-sama para penyokong dan rakan-rakan legenda yang lain di atas pentas yang luar biasa ini,” kata Awie penuh semangat.

Tiga legenda rock tanah air.

Awie menambah, konsert ini merupakan satu impian jadi kenyataan di mana ianya juga bakal mencatat nama dalam “The Malaysian Book of Records” iaitu menggabungkan tiga band ikonik dan seorang penyanyi bukan satu tugas yang mudah.

“Ia memerlukan doa, fokus, dedikasi, dan komitmen untuk memastikan kesihatan serta stamina berada di tahap maksima. Semua ini perlu diperhatikan demi memberikan persembahan terbaik untuk para penyokong seni tanah air dengan izin Allah SWT,” tambah beliau lagi.

Konsert ini bukan sahaja bakal melakar sejarah, tetapi juga bakal mencipta nama dalam “The Malaysian Book of Records”, apabila seorang penyanyi utama mengemudi tiga kumpulan rock besar di satu pentas. Awie bakal membawa para peminat menyelami kembali semangat rock dengan seleksi lagu-lagu nostalgia yang tidak pernah pudar dari ingatan.

Konsert “TRIAD” ini juga adalah simbolik kepada kesatuan dan kehebatan muzik rock Malaysia. Gabungan unik ini bukan sahaja bakal menggegarkan malam anda tetapi juga menjadi momen penting dalam sejarah muzik tanah air.

Tiket untuk konsert TRIAD sudah mula dijual 7 Disember lalu dan boleh didapati secara dalam talian menerusi laman web https://rpm.ubertickets.asia/

Dapatkan tiket anda sekarang!
Previous article‘Harum Mekar Di Hati’ Mas Idayu apabila mendapat sentuhan Ajai
Next articleRahsia Kejayaan IMAMPiano 2.0 Yang Luar Biasa Oleh Ismail Izzani Di Aquaria!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here