Oleh : Syed Wafa
Foto : Khairul Rizal Khalid
Tahniah!…Dua Ikon Pasar Saloma, Keena Mentor dan Jibam Ramlee dianugerahkan Tokoh Usahawan Negara 2024 selaku Ahli Kehormat VIP oleh Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia dalam majlis penganugerahan di Hotel Concorde baru-baru ini.
Keena atau nama sebenarnya Suriana Wahab dan Jibam Ramlee atau nama sebenarnya Mohd Irwan Zakaria dianugerahkan gelaran terbabit pada 21 November lalu atas penglibatan mereka di dalam bidang perniagaan disamping bergiat aktif dalam kegiatan seni budaya.
Keena yang merupakan Duta Pasar Saloma menjalankan perniagaan jualan baju-baju trend masa kini, pemasangan manik-manik pada pakaian, losyen pemutih, beg tangan dan aksesori dan Jibam dari Duta yang sama menjalankan perniagaan baju-baju melayu klasik dan barangan kristal.
Menurut Jibam, anugerah yang diterima merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul dan dia dapat menggalakkan lebih ramai masyarakat khususnya anak seni menceburi bidang perniagaan.
“ Dengan anugerah ini apabila menjalankan aktiviti perniagaan ianya menjadi lebih mudah ketika berurusan dengan pelbagai pihak, saya juga bertanggungjawab untuk menerangkan kepada masyarakat tentang kewujudan Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia dan peranannya kepada masyarakat,”kata Jibam ketika dihubungi.
Jibam juga berharap rangkaian perniagaan yang dijalankan akan dapat diperbesarkan dengan produk-produk jualannya disamping terus menjadi ‘P.Ramlee’ yang merupakan identity dirinya selama ini.
“Oleh itu saya merancang mengeluarkan produk minyak wangi yang terkini dan berjenama dengan nama-nama lagu P. Ramlee dan mungkin nama-nama wanita di dalam filem-filem P. Ramlee seperti Sabariah, Cik Salmah, Cikgu Ros dan Cikgu Murni,” cerita Jibam penuh semangat.
Bercerita tentang imejnya sebagai P. Ramlee, Jibam menegaskan pada mulanya dia dihantui perasaan bimbang untuk menjadi P. Ramlee kerana allahyarham merupakan seniman Lagenda namun atas galakkan P.Ramlee Klon yang lain akhirnya dia mengalah dan terus mengekalkan kelebihan yang ada pada dirinya.
“Secara jujur, saya memang minat P. Ramlee, tetapi bimbang kalau ada kesalahan yang dilakukan akan mengaibkan arwah, saya pernah bermimpi bertemu arwah, Dalam mimpi itu, saya menyanyikan lagu arwah di pentas. Dikalangan penonton , saya nampak arwah. Arwah duduk melihat saya menyanyi dan mengangkat tangan sebelum hilang,”katanya.
Jibam turut membeitahu, dia mendapat galakkan sepenuhnya daripada Legasi P.Ramlee dan Saloma iaitu Najua Nasir, Rozita Rohaizat dan Shasha Hamid untuk menjadi P.Ramlee dan sebaik mungkin akan menjaga nama baik seniman negara tersebut agar terus dikenang seumur hidup.
Sementara itu Keena ketika menerima anugerah merasa dirinya dihargai setelah sebelum ini ramai yang mencemuhnya mengatakan dirinya artis sendu dan tidak popular.
“Keena sudah 15 tahun dalam bidang seni, pelbagai kata-kata negatif dilemparkan. Keena berterima kasih pada Boss Keena Dan Jibam Keyden Project serta Puan Yana Yusoff Dan juga Datuk Seri Hassanal Hashmi serta Amai. ”
“Keena berharap anak-anak muda memilih bidang perniagaan sebagai punca pendapatan. Biar bersusah payah dahulu, jadi teruskan sahaja jangan berhenti,” tutur Keena memberikan nasihat.
Selain melunaskan tanggungjawab selaku Duta Pasar Saloma dan Ikon Anti Dadah, Keena teruja menyampaikan perkembangan terkini beliau yang bakal mengeluarkan dua single baharu pada tahun hadapan.
“2025, Keena merancang mengeluarkan single baharu iaitu lagu Klasik dan Lagu-Lagu di era 60an dan 70an. Tajuknya Terpikat ciptaan S. Azlee dan Lagu Rock yang diberi nafas baharu, Jadi dua single ini Keena nak pertaruhkan tahun hadapan,”katanya.
Berkongsi mengenai dirinya berperwatakkan Saloma atau Cik Salmah yang menjadi identiti dirinya sejak beberapa tahun lalu, Keena berhajat untuk membuat persembahan di Istana atau majlis-majlis berprotokol agar dirinya lebih dikenali oleh segenap lapisan masyarakat.
“Sekarang Keena target karnival dulu. Ada juga penganjur yang panggil untuk Dinner Show, Secreatary Day, semunya nak penampilan Keena sebagai Saloma, lagipun Keena suka berpenampilan Saloma kerana gayanya yang sopan dan kemelayuan,”katanya.
Keena tidak menafikan untuk mengekalkan gaya Saloma, kosnya agak tinggi namun Keena beruntung kerana dikelilingi insan-insan yang sudi membantunya.
“Macam Rambut misalnya, ,Keena beli di Jakarta Bandung. Nasib baik boleh didapati kerana kakak ipar orang di negara itu. Jadi Keena order dengan mereka. Baju memang Keena ada jual kerana busana gaya Saloma banyak terdapat di Kedai pakaian Keena.Tampal manik-manik kat baju tu. Nampak cantik,” jelasnya.
SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.