5% discount sempena pembukaan rasa rosz resto IOI Mall Putrajaya.

Oleh : Nafsiah Jani

Anda nak makan sedap. Tempat mewah tapi harga `Rahmah’. Jadi jangan lepaskan peluang menikmati makanan yang enak lagi sedap Restoran Rasa Rosz terletak ditingkat tiga berdekatan panggung wayang di IOI City Mall Putrajaya yang menawarkan potongan sebanyak 5% sempena pembukaan cawangan keduanya ini sehingga 30 Disember ini

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, tak sabar rasanya nak tengok sambutan cawangan kedua Restoran Rasarosz di IOI Mall Putrajaya ini.

Awesome beef burger yang sungguh enak.

“Sempena pembukaan restoran kedua saya ini, saya nak bagi potongan harga sebanyak 5 %. Di IOI City Mall Putrajaya ini, kami lebih tekankan kepada pemakanan sihat dan berasaskan sayuran. Disini juga ada tambahan lebih 13 jenis menu baru iaitu makanan sihat yang sesuai untuk mereka yang nak berdiet. Hidangan ini sedap dan berkhasiat sepertimana yang saya amalkan dirumah.

“Antara makanan sihat yang lain termasuk Asam Pedas Siakap, Laksa Spaghetti Tuna, Ayam Panggang Mushroom, Awesome burger iaitu Burger Ayam Krispy bersama salad dan lain-lain lagi. Ada rezeki, outlet ketiga mungkin di KLCC dan keempat juga akan menyusul selepas ini.”

Chicken chop bbq yang lazat.

Rozita Ramelan menambah, dia bertuah kerana bisnesnya dapat bertahan seperti sekarang ini.

“Syukur pada Allah kerana permudahkan segala urusan saya dalam dunia perniagaan termasuk bidang makanan ini. Bukan mudah untuk bertahan seperti sekarang ini. Semuanya bukan pasal ekonomi sahaja, tapi juga kita kena fikirkan membuka restoran di tempat yang ada banyak permintaan, cabaran operasi dan adakah kutipan akan dapat cover semula untuk bayar segala kos-kos.

Wow, jangan lepaskan peluang mencuba Seabass and cauliflower rice yang sungguh enak.

“Saya juga bertuah kerana sudah ada pelanggan tetap yang sentiasa menyokong bisnes kami. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak makan ditempat kami termasuk dari Singapura. Itu sebabnya dengan adanya cawangan baru memudahkan pelanggan untuk datang ke Restoran Rasa Rosz.

“Buka restoran ini memang mudah. Tapi nak kekal lama itu yang memerlukan banyak pengorbanan dan usaha. Tak ada jalan singkat dalam perniagaan ini dan kalau nak jadi usahawan macam saya. Mula-mula berniaga, memang kita akan alami kerugian…itu sebabnya nak meniaga ini kena ada dana yang boleh membuatkan seseorang itu bertahan dalam tempoh yang lama sebelum berjaya. Harapan saya dalam masa lima tahun restoran ini akan berkembang dengan pesat dan saya juga dikenali sebagai pengilang dan peruncit produk-produk muslim.”

Nasi goreng nusantara yang menyelerakan.

Sementara itu, Cef Bob Azran yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai Cef turut menambah, “Menu-menu baru yang saya ketengahkan ini ada tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam hidangan. Selain hidangan biasa, kami juga tampilkan hidangan barat dan citarasa Malaysia.”

Bagi yang ingin mengetahui hidangan sedap dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Spaghetti tuna laksa yang enak turut terdapat di sini.

Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Mi Racun Tulang, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia

Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom dan Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.

Spaghetti itik salai shitake yang lazat.

Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Selain Calamansi Asam Boi, terdapat juga beberapa lagi pilihan air yang begitu sedap dan menyejukkan. Iaitu Tembikai Lychee, Iced Chocolate, Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Fish n chips juga terdapat di sini.

Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.

Bagi yang ingin menikmati hidangan ini, silalah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, dan Restoran Rasa Rosz IOI City Mall yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).

Previous articlePengalaman mengajar Yusni Hamid menjadi penyanyi serba boleh
Next article‘This is Johan: A BikinSampaiJadi Story’ angkat nama Joe Flizzow

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here