YUSOF Wahab yang hebat dalam dunia persilatan Melayu telah dipilih sebagai hero iaitu watak Kelana dalam filem “Sumpahan Mahsuri", 1989.

Oleh : SYED WAFA
Foto : Ehsan Yusof Wahab/ KOLEKSI SYED WAFA

APABILA sebut nama Yusof Wahab tidak boleh tidak pasti akan mengingatkan kita kepada sosok tubuh aktor yang diberi watak sebagai ‘hero Malaya’ dalam tiga daripada enam filem lakonannya dengan mempamerkan kehebatan dan kemahirannya dalam dunia persilatan tetapi tidak mahu menonjolkan diri.

AYAH dan ibu tercinta Yusof Wahab.
Sheikh Abdul Wahab Aljunied dan Sierra alias Majenah.
PADA usianya lima tahun…Yusof Wahab sudah pandai bergaya.

Bermula sebagai Salman anak pejuang ahli politik, Haji Shahban dalam filem “Matinya Seorang Patriot” (1984) diikuti dengan “Puteri” sebagai Jay/ Jalal (1987) namun filem ketiga lakonannya sebagai Johan dalam “Anak Sarawak”(1988) memberi impak yang besar kepada kariernya sebagai aktor yang tidak boleh dipisahkan dengan persilatan.

YUSOF Wahab ketika berusia 12 tahun.
YUSOF Wahab ketika di darjah Enam di Sekolah Kebangsaan Bukit China, Melaka.

Titik tolak daripada lakonannya dalam filem berkenaan sebagai Johan anak kepada Haji Sapawi (Seniman Ahmad Yatim) bukan sahaja telah melahirkan aktor yang hebat bersilat seperti Allahyarham Seniman Nordin Ahmad, Allahyarham Seniman Datuk Mahmud June, Allahyarham Seniman M. Amin, Allahyarham Seniman S. Kadarisman, Allahyarham Seniman A. Rahim dan Allahyarhan Seniman Salleh Kamil malah filem itu telah meletakkan beliau dikelasnya yang tersendiri apabila dianugerahkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-8 (1989) dan Pelakon Pembantu Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun 1989.

YUSOF Wahab pada usia 15 tahun.
YUSOF Wahab ketika berusia 17 tahun.
DARI kanan: Yusof Wahab, Mokhtar dan Syed Nasir rakan sekelas ketika Tingkatan 5.

Menjiwai watak Johan, anak muda yang mahir bersilat dan ‘memberontak’ dalam diam demi membela Pegawai Daerah yang pada mulanya dibenci (lakonan Datuk Ahmad Tamimi Siregar) adalah abang kandungnya, akhirnya Yusof Wahab berjaya menarik hati Pengarah Filem “Sumpahan Mahsuri” Allahyarham Datuk Jamil Sulong terbitan Mahsuri Filem Sdn. Bhd. milik Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga penulis skrip filem berkenaan, untuk menjiwai watak Kelana (1989) diikuti “Syahadat” sebagai Ahmad Solihin (1992). Apa yang nyata dalam filem berkenaan beliau bukan sahaja berjaya mempamerkan lakonannya yang berkesan malah kehebatannya dalam persilatan amat menyerlah!

RUTIN harian Yusof Wahab ketika di Kompleks Budaya Negara.
YUSOF Wahab bersama rakan berlatih silat di Kompleks Budaya Negara.

Tetapi entah di mana silapnya, aktor yang dikagumi dengan kehebatan bersilat pada era filem 1980-an sehingga 1990-an, tiba-tiba menjauhkan diri dari dunia filem yang telah memperkenalkannya sebagai aktor yang dikagumi.

Bagaimanapun beliau yang ketika itu dilabelkan sebagai ‘aktor yang tidak mesra media’ tidak pernah menganggap ia menjejaskan kariernya sebaliknya dalam diam bekas penari profesional tarian tradisional termasuk tari silat Melayu dari Kompleks Budaya Negara berjaya melebarkan sayapnya dalam bidang pengarahan drama untuk RTM, TV3 dan Astro.

YUSOF Wahab ketika bercuti di Paris.
YUSOF Wahab memetik gitar dalam lagu “Fur Elise” di Aviano, Itali.

Yusof Wahab yang ditemui baru-baru ini ketika sambutan hari jadi beliau yang cuma dihadiri kenalan rapat ditanya kehilangannya dari dunia lakonan dan pengarahan berkata;

“Saya memang tidak banyak berlakon kerana saya seorang yang memilih. Saya menerima tawaran berlakon kerana watak yang diberikan kemudian baru menyentuh soal bayaran.

“MATINYA Seorang Patriot” 1984, arahan Datuk Rahim Razali walaupun filem pertama lakonan Yusof Wahab sebagai pelakon tambahan tetapi ia menjadi titik tolak beliau terkenal sebagai pelakon yang berkaliber.
YUSOF Wahab sebagai Salman dalam filem “Matinya Seorang Patriot.”
YUSOF Wahab turut berlakon dalam filem “Puteri” 1987, arahan Datuk Rahim Razali dengan bintang utamanya, Fauziah Ahmad Daud, Eman Manan, Ahmad Tamimi Siregar.

“Tetapi sayangnya, kebanyakan penerbit drama ketika itu mahukan kita berada di set mereka pada waktu yang dimahukan. Kadangkala shooting melebihi 12 jam sehari tetapi saya terkilan bayarannya terlalu ‘ciput’ (kecil) macam harga ‘roti canai’ tidak berbaloi dengan komitmen yang kita berikan.

YUSOF Wahab sebagai Jay dan Erma Fatima dalam satu babak filem “Puteri.”
“ANAK Sarawak” 1988, arahan Datuk Rahim Razali telah ‘melahirkan’ Yuaof Wahab, seorang aktor berbakat dalam bidang lakonan dan persilatan.
LAKONANNYA sebagai Johan dalam filem “Anak Sarawak” telah melayakkan Yusof Wahab menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun 1989.

“Bagaimanapun saya hormati Pengarah dan Penerbit Nur TV, Allahyarham Nurhalim Ismail yang tahu menilai kredibiliti saya sebagai aktor. Banyak drama terbitan Nur TV saya melakonkan watak utama. Tetapi apabila Allahyarham menyedari saya berbakat sebagai pengarah, beliau menggalakkan saya menjadi ahli FDAM (Persatuan Pengarah Filem Malaysia) untuk melebarkan bakat saya,” kata Yusof Wahab yang banyak berlakon drama Nur TV antaranya “ISA, Dr. Sim dan Farah Al-Mansoor.”

YUSOF Wahab dianugerahkan Pelakon Pembantu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun 1989.
Turut menerima Anugerah Penyanyi Lelaki Popular, Sudirman Haji Arshad, Penyanyi Wanita Popular, Ramlah Ram, Pelakon Wanita Popular, Norlida Ahmad, Pelakon Lelaki Popular, AR Badul dan Penyanyi Kumpulan Popular, Search.
YUSOF Wahab dianugerahkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-8 (1989) kerana lakonannya sebagai Johan dalam filem “Anak Sarawak.”

Sebelum mengarah drama, Yusof Wahab memulakan kerjayanya sebagai pengarah klip video untuk artis syarikat rakaman EMI, Warner Muzik dan SRC. Hampir 20 video klip telah diarahkan yang mana untuk sebuah klip video/lagu beliau dibayar antara RM10,000 hingga RM15,000 dan antara video klip yang dihasilkan ialah lagu “Asli” (Nash), “Eva Natasha” (Febian) dan “Pelamin Anganku Musnah” (Azie).

YUSOF Wahab dianugerah sebagai Ikon Kampung Pengkalan Rama pada tahun 1980-an.
YUSOF Wahab dalam satu langkah silat yang gagah berani dan gmbar ini dipilih menjadi ‘cover’ Majalah Pendekar.

Dalam bidang pengarahan drama, Yusof Wahab telah mengarah hampir 200 drama dengan yang pertama “Menantuku Datuk Bhg: 2” dengan Produsernya, Allahyarham Datuk Jaafar Onn diikuti “Di Seberang Sungai” dengan Produsernya, Allahyarham YB Kadri. Diikuti “Mary Jane Mardiana, Bujang Senang, Misteri Long Piah, Bomoh Temberang, Tetamu Rindu dan Tersungkur Di Pintu Syurga, Alahai Cucu Atok, Alahai Cicit Atok” dan dokumentari “Kembara Iman” yang mana semuanya untuk siaran RTM, TV3, Astro Ria dan Astro Prima.

YUSOF Wahab dan Norlida Ahmad pelakon utama filem “Sumpahan Mahsuri” (1989) arahan Datuk Jamil Sulong terbitan Mahsuri Filem Sdn. Bhd. dengan Produsernya, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
PELAKON utama filem “Sumpahan Mahsuri” Yusof Wahab dan Norlida Ahmad.

Mungkin ramai peminat yang tertanya-tanya mengapa beliau lebih berminat berlakon filem berunsur silat dan jika anda menelusuri karier Yusof Wahab semuanya bermula tatkala beliau begitu asyik belajar silat dengan pemuzik KBN, Pak Ku Ahmad setiap petang sebagai memenuhi waktu terluangnya.

YUSOF Wahab merafak sembah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika menghadiri Tayangan Perdana filem “Sumpahan Mahsuri” di Pawagam di Kuala Lumpur.
Turut kelihatan (dari kiri): Siti Rohani, Norlida Ahmad dan Herdawatie.
“ADIK” 1990, filem kelima lakonan Yusof Wahab dengan pelakon utama Os, Mustaffa Kamal, Acappan, Nor Albaniah dan Din Glamour diterbitkan pada tahun 1990 arahan Datuk Aziz Sattar terbitan SV Production.

Setelah lapan bulan belajar silat dan ketika sedang asyik mengatur langkah dengan tunjuk ajar Pak Ku, Datuk Rahim Razali yang terpandang akan langkah dan ketangkasan dalam bersilat telah menawarkan beliau berlakon dalam filem “Matinya Seorang Patriot”

“Saya ditawarkan sebagai pelakon tambahan sahaja dalam filem berkenaan. Tetapi saya tidak pernah menyesal kerana bermula dari itu saya ditawarkan berlakon drama enam episod “Hambali Seorang Jeneral.”

YUSOF Wahab mempamerkan kehebatannya dalam persilatan melalui filem “Syahadat” 1992 yang turut dilakonkan Eman Manan, Erma Fatima, Shukery Hashim, Mohamad Abdullah dan Hamidah Wahab.
AHMAD Solihin ( Yusof Wahab) dalam satu babak filem “Syahadat.”
DARI kanan: Yusof Wahab sebagai Ahmad Solihin dan Eman Manan (kiri) dalam satu babak filem “Syahadat.”

“Semenjak itu saya tidak menoleh ke belakang lagi sebaliknya terus melangkah demi membina kerjaya dan impian saya sebagai pelakon kerana latarbelakang saya yang teguh membuatkan saya mampu menjiwai dan mewarnai setiap watak yang diberikan, “kata Yusof Wahab.

Beliau mula mengenali silat pada usia lapan tahun apabila ada majlis kahwin di kampungnya. Kemudian beliau mengukuhkan kemahirannya dengan mempelajari silat sendeng yang diajar oleh Pak Idrus
yang mana rumahnya lima pintu dari rumah beliau.

BABAK pertarungan antara Ahmad Solihin (Yusof Wahab) dengan Farouk (Eman Manan).
YUSOF Wahab dan Sofia Jane…pelakon utama drama “Sepuluh Tahun Berbeza” arahan Baharudin Kader.
YUSOF Wahab pada usia awal 30 tahun.

“Sejak itu saya minat dengan tari silat yang mana permainannya cantik yang berbentuk dua kalimah iaitu tepis dan tumbuk, lompat dan tepisnya cantik.

“Tetapi pada usia 13 tahun apabila saya kena lanyak dengan beberapa orang budak kampung sebelah, saya diselamatkan oleh ‘orang gila’ yang dipanggil Mbah Keliwon. Beliau mencapai kayu dan belasah budak-budak tu. Akhirnya saya bergurukan beliau.

YUSOF Wahab bersama Allahyarham Seniman Datuk Aziz Singah dan Allahyarham Tony Kassim yang turut berlakon dalam drama arahannya, “Dilambong Ombak.”
YUSOF Wahab sebagai Isa dalam drama “ISA” arahah Allahyarham Nurhalim Ismail terbitan Nur TV Production.
YUSOF Wahab diraikan pada Majlis Hari Lahir yang ke-28 pada 22 Oktober 1989, di Hotel PJ Hilton, Petaling Jaya.
Turut isterinya, Muzlina Abu Bakar.

“Selama enam bulan saya kecewa kerana menyangkakan Mbah hanya mengajar tari sahaja tetapi akhirnya saya tahu rupanya semua itu adalah buah pukul bukan tari silat,” cerita Yusof Wahab yang merantau ke Kuala Lumpur pada usia 18 tahun dan menyertai KBN.

PELAKON dan kru drama rantaian “Bujang Senang” untuk TV3.
DUDUK dari kanan: Yusof Wahab, Datuk Aziz Sattar, GG dan Zul Yahya.
BERDIRI dari kiri: Nuri, Nor Hashim Suanti dan Harris Fadhillah.
SETELAH filem “Syahadat,” Yusof Wahab aktif sebagai Pengarah Drama untuk siaran RTM, TV3 dan Astro.
YUSOF Wahab dan isteri, Muzlina Abu Bakar ketika menunaikan Haji pada tahun 2008.

“Dalam melayari kerjaya saya dalam bidang lakonan dan persilatan saya tidak akan melupakan Datuk Zulkifli Zain, orang yang bertanggungjawab membawa saya dalam bidang senitari setelah saya melalui interbiu dan beliau tertarik melihat saya bersilat,” kata Yusof Wahab yang terlibat dengan teater “Jangan Bunuh Rama-Rama” Noordin Hassan yang dipentaskan di Panggung Eksperimen Universiti Malaya.

MENGABADIKAN kenangan…Yusof Wahab tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama Datuk Seri Maria Menado pada pelancaran Buku Filem karya Mustafa AR yang berlangsung di Istana Budaya pada tahun 2014.
YUSOF Wahab bersama isteri, Muzlina Abu Bakar dan cucu mereka, Muhammad Irfan.
PASANGAN bahagia Yusof Wahab dan isteri tercinta Muzlina Abu Bakar, kenangan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Tetapi sampai saat ini, saya tidak akan lupa guru teater saya seorang yang popular dan berkaliber dan sampai hari ini saya tak jumpa guru teater sehebat beliau iaitu Allahyarham Mustapha Noor. Teori dan praktikal yang diajar amat bagus!

“Kalau setakat pementasan di Istana Budaya para pelakon tidak perlu mikrofon sebab beliau mengajar bagaimana lontara suara agar semua penonton boleh mendengar dengan jelas,” kata Yusof Wahab.

MINYAK Pendekar…salah satu buah tangan Yusof Wahab untuk luka-luka dan kesembuhan penyakit angin dan boleh didapati melalui Facebook Muzlina Abu Bakar.
YUSOF Wahab bersama adik beradiknya.
DARI kiri: Shamsuri (no.3), Yunos (no: 2), Kamsiah (no: 5/bungsu), Yusof (no: 1) dan Surah (no: 4).
KELUARGA bahagia Yusof Wahab:
Duduk dari kiri: Khairun Khalik, Yusof Wahab, Khabib, Muzlina Abu Bakar dan Dr. Haslina Nor.

Yusof Wahab yang kini bahagia kehidupannya sekarang bersama isteri tercinta seorang wartawan tersohor tanah air iaitu Muzlina Abu Bakar atau mesra dipanggil Kak Lin.

Kami di Ladybosz mendoakan semoga seniman legenda Yusof Wahab sentiasa dirahmati Allah…Amin.

DARI kiri: Penulis, Syed Wafa di majlis Hari Lahir Yusof Wahab pada 22 Oktober yang lalu.
Duduk dari kanan: Yasmin, Datin Hashimah, Yusof Wahab, Datuk Juhari@ Abang Joe, Saharuddin Musthafa dan Muzlina Abu Bakar.
SYED Wafa (Penulis) bergambar kenangan bersama seniman legenda Yusof Wahab.
Previous articleKonsert Megahitz kumpul artis legenda
Next articleWajah Yang Ikhlas!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here