Image by jcomp on Freepik

Oleh : Asmat Fikri

Punca

Ini adalah antara punca penyakit De Quervain’s Tenosynovitis yang biasanya disebabkan oleh kehamilan. Mungkin juga faktor hormon semasa kehamilan tersebut. Selain itu ia juga boleh jadi disebabkan hentakan yang kuat pada ibu jari. Selain itu ia boleh juga jadi disebabkan terlalu kerap bermain permainan video terutamanya yang menggunakan joystick

Antara sebab lain adalah terlalu kerap bermain sukan yang menggunakan raket dan hobi seperti berkebun juga berisiko dapat penyakit ini. Ini kerana hobi dan sukan ini banyak menggunakan kekuatan bahagian tangan dan ibu jari untuk menyempurnakannya. Contoh kalau berkebun, sudah semestinya alatan seperti cangkul dan sabit akan kerap digunakan. Ianya memerlukan tenaga di bahagian tangan untuk menghayun cangkul itu pada tanah.

Selain itu, ia juga boleh jadi disebabkan aktiviti pekerjaan yang terlalu kerap terutamanya yang menggunakan komputer atau komputer riba.

Di sini kita senaraikan juga simptom-simptom penyakit De Quervain’s Tenosynovitis ini. Jika anda mengalami salah satu dari simptom ini dan merasa tidak tahan untuk menanggungnya, dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor dalam kadar segera.

Simptom itu adalah seperti berikut:

• Sakit dan kelembutan pada sendi pergelangan tangan berhampiran pangkal ibu jari (gejala utama).
• Sakit yang menjadi lebih teruk selepas peningkatan aktiviti yang melibatkan pergelangan tangan, ibu jari dan tangan.
• Kesakitan yang bermula sebagai rasa sakit dan berkembang ke satu tahap apabila sebarang pergerakan pergelangan tangan atau ibu jari menghasilkan sakit yang tajam di kawasan yang terjejas.
• Bengkak berhampiran pangkal ibu jari.
• Kebas di bahagian belakang ibu jari dan jari telunjuk.

Paling teruk, ia mungkin akan merebakkan kesakitan sehingga ke bahagian lengan. Disebabkan itu, anda disarankan untuk tidak menggerakkan kawasan yang sakit bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk. Letakkan tapak tangan kiri diatas tangan kanan yang dibengkokkan tadi. Tahan selama 15 saat. Kemudian ulangi proses tersebut sebanyak 5 kali.

Image by tonodiaz on Freepik

Rawatan tanpa pembedahan

Menurut seperti yang dikongsi oleh pakar dari Hospital Pantai, antara rawatan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

• Pakai ‘splint’ iaitu sejenis alat yang digunakan untuk menyokong pergelangan bagi mengurangkan pergerakan tangan.

• Elakkan pergerakan ibu jari yang berulang.

• Ubat-ubatan seperti ubat penahan sakit atau Ubat Anti-Radang Bukan Steroid (NSAID) boleh melegakan kesakitan dan bengkak.

•Suntikan steroid
Jika anda tidak bertindak balas dengan baik terhadap rawatan di atas, doktor anda mungkin mengesyorkan suntikan kortikosteroid untuk mengurangkan keradangan.

Prosedur pembedahan

Jika simptom berterusan tanpa penambahbaikan, pembedahan sehari mungkin ditawarkan. Pembedahan hampir selalu berjaya dan anda akan kembali menggunakan tangan anda secara normal selepas pulih.

Selain itu, doktor juga akan mengajar anda bagaimana untuk mengelakkan pergerakan yang berulang-ulang pada ibu jari atau pergelangan tangan atau penggunaan tenaga yang terlalu kuat dan meletakkan tangan pada kedudukan yang salah. Jika kondisi ini berlarutan menjadi lebih teruk, anda mungkin akan memerlukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan tendon pada ibu jari dan pergelangan tangan anda.

Penutup

Dengan rawatan fisioterapi yang sesuai sakit De Quervain’s Tenosynovitis ini biasanya boleh pulih dalam masa beberapa minggu. Manakala kes kronik pula akan mengambil masa selama enam bulan.

Walau bagaimanapun, jika sakit di bahagian ibu jari itu ia tidak semestinya penyakit De Quervain’s Tenosynovitis. Boleh jadi juga ia merupakan beberapa penyakit lain yang lebih bahaya. Antara penyakit yang boleh menyebabkan tangan berasa kebas adalah:

• Kencing manis
• Kecederaan pada ‘brachial plexus’
• Aliran darah yang tidak mencukupi
• Carpal Tunnel Syndrome
• Trauma pada tulang belakang
• Penyakit autoimmune
• “Ganglion cyst” menghimpit saraf
• Strok

Rawatan juga boleh dirujuk bersama pakar di Hospital Pantai Cheras, Hospital Gleneagles dan lain-lain yang mempunyai pakar Ortopedik.

Previous articleElla Menyokong Pengikftirafan Skyhill Clinic Oleh “Malaysia Book of Records”
Next articleSenyawa, kisah ibu tumpang yang mahu anak!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here