Wanita hebat, Dr. Linda Mat Hassin, doktor hormon yang menerajui Skyhill Clinic bersama Ratu Rock Negara Ella.

Oleh : Syed Wafa

Luar biasa, Skyhill Clinic mencipta sejarah apabila diiktiraf oleh “Malaysia Book of Records” sebagai klinik yang paling banyak melakukan pemeriksaan hormon di Malaysia. Pengiktirafan ini diumumkan dalam satu sidang media yang berlangsung di Skyhill Clinic, Denai Alam.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dr. Linda Mat Hassin, doktor hormon yang menerajui Skyhill Clinic, serta selebriti terkenal, Ratu Rock Negara Ella yang merupakan pendokong dan ikon kesihatan hormon Skyhill Clinic.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Pegawai dan Wakil “Malaysia Book of Records”, Puan Siti Hajar Johor (Berdiri dua dari kiri) dan Mr. Aaron Bong Keng Jin (Berdiri paling kiri) yang
bertanggungjawab menyampaikan sijil pengiktirafan berprestij tersebut kepada Skyhill Clinic.

Ella, yang dikenali sebagai salah seorang selebriti berpengaruh di negara ini, sering menjalani pemeriksaan kesihatan hormon di Skyhill Clinic dan sentiasa memberi sokongan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan hormon bagi wanita. Kehadirannya di sidang media ini menambahkan lagi kemeriahan majlis, beliau berkongsi pengalaman tentang bagaimana perjalanan penuaan sihat dengan rawatan kesejahteraan hormon di Skyhill Clinic telah membantu mengekalkan keseimbangan emosi, bertenaga dan rahsia dirinya untuk sentiasa kekal muda daripada usia sebenar.

“Kesihatan hormon amatlah penting untuk kita para wanita. Saya sendiri merasai perbezaan selepas menjalani rawatan hormon di Skyhill Clinic. Saya berharap lebih ramai wanita akan tampil menjalani saringan dan pemeriksaan kesejahteraan hormon supaya mereka kekal sihat meniti usia seperti saya,” ujar Ella kepada para media.

“Kesihatan hormon amatlah penting untuk kita para wanita. Saya sendiri
merasai perbezaan selepas menjalani rawatan hormon di Skyhill Clinic. Saya
berharap lebih ramai wanita akan tampil menjalani saringan dan
pemeriksaan kesejahteraan hormon supaya mereka kekal sihat meniti usia
seperti saya,” ujar Ella kepada para media

Perjuangan Skyhill Clinic dalam Memperkasakan Kesihatan Hormon Wanita Dr. Linda Mat Hassin, dalam ucapannya, menyatakan komitmen Skyhill Clinic dalam memperkasakan kesihatan wanita melalui pendekatan alami dan penjagaan hormon yang menyeluruh. “Pengiktirafan ini bukan hanya tentang jumlah pemeriksaan yang telah kami lakukan, tetapi ia adalah tanda perjuangan kami untuk menyediakan penjagaan kesihatan hormon berkualiti kepada wanita Malaysia khususnya. Kami percaya bahawa penjagaan hormon yang betul adalah kunci kepada kesihatan wanita yang lebih baik,” ujar Dr. Linda.

Beliau turut menekankan bahawa pendekatan Skyhill Clinic yang menitikberatkan penjagaan kesihatan secara holistik membantu wanita
mengatasi masalah kesihatan hormon seperti ketidakseimbangan hormon, keletihan melampau, dan isu kesihatan lain yang sering dialami oleh wanita dalam pelbagai peringkat kehidupan.

“Pengiktirafan ini bukan hanya tentang
jumlah pemeriksaan yang telah kami lakukan, tetapi ia adalah tanda perjuangan kami untuk menyediakan penjagaan kesihatan hormon berkualiti kepada wanita Malaysia khususnya. Kami percaya bahawa penjagaan
hormon yang betul adalah kunci kepada kesihatan wanita yang lebih baik,” ujar Dr. Linda.

Peneraju Penjagaan Hormon Di Malaysia

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Pegawai dan Wakil “Malaysia Book of Records”, Puan Siti Hajar Binti Johor dan Mr. Aaron Bong Keng Jin, yang bertanggungjawab menyampaikan sijil pengiktirafan berprestij tersebut kepada Skyhill Clinic. Kehadiran mereka menandakan kepentingan pengiktirafan ini menjadikan Skyhill Clinic sebagai peneraju dalam bidang pemeriksaan dan penjagaan hormon di Malaysia

Dengan sokongan daripada selebriti seperti Ella dan dedikasi Dr. Linda, Skyhill Clinic terus komited dalam memberikan servis penjagaan hormon yang terbaik kepada semua wanita. Ella, satu satunya artis wanita yang menjadi inspirasi kepada ramai wanita, turut menyeru lebih ramai wanita tinggi kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan hormon.

Skyhill Clinic bangga dengan kejayaan ini!

Skyhill Clinic Terus Komited Untuk Membantu Kesihatan Hormon Wanita

Dengan pengiktirafan ini, Skyhill Clinic mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pusat rujukan utama dalam penjagaan kesihatan hormon wanita di Malaysia. Dr. Linda mengakhiri ucapan dengan harapan agar pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus memberi keutamaan kepada kesihatan dan kesejahteraan hormon diri.

“Ini hanyalah permulaan. Kami akan terus berusaha untuk membawa perubahan positif dalam kehidupan wanita Malaysia melalui penjagaan kesihatan hormon yang berkualiti dan pendekatan yang prihatin,” kata Dr. Linda.

Pengiktirafan Malaysia Book of Records ini sekaligus menjadikan Skyhill Clinic sebagai simbol kepercayaan bagi wanita yang ingin menjalani pemeriksaan hormon dan mendapatkan penjagaan kesihatan berkaitan hormon di negara ini.

Previous articleCNBlue bakal hibur Boice di Genting Highlands
Next articlePunca berlakunya kebas dan sakit ibu jari selepas bersalin? (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here