Oleh : Nafsiah Jani

Daun kemangi (Ocimum basilicum) adalah sejenis tanaman herba yang memiliki aroma yang khas dan rasa sedikit manis. Tanaman ini kaya akan senyawa aktif, termasuk minyak essential, antioksidan, vitamin, dan mineral. Selain menyedapkan masakan ia juga bagus untuk kesihatan para wanita termasuk kaum lelaki.

Daun ini juga mengandungi minyak essential dengan pelbagai kandungan antaranya linalool, alpha-humulene, pinene, terpinene, terpineol, sabinene, ocimene, geraniol-acetate, eugenol, camphor dan camphene.

Daun ini kaya dengan antioksidan dan air rebusan daun kemangi juga mempunyai sejumlah khasiat dan manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh dan wajah. Kandungan vitamin A, vitamin C dan vitamin K juga membantu untuk menyihatkan tubuh seseorang.

Dibawah ini kami paparkan beberapa khasiat dan manfaat yang boleh didapati apabila anda mengamalkan pengambilan daun kemangi dalam kehidupan seharian anda sehari-hari.

1. Daun kemangi bersifat karminatif dan digestif yang dapat membantu mereka yang menghadapi masalah pencernaan seperti mual dan perut kembung.

2. Ia juga mengandungi senyawa antioksidan seperti eugenol dan linalool. Zat-zat ini dapat membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas.

3. Kandungan saponin, flavonoid dan triterpenoid dan tanin didalam daun kemangi juga dapat menghilangkan bakteria yang terdapat pada gigi dan air liur. Daun kemangi yang dikunyah secara mentah sebagai ulam atau dijadikan air rebusan daun kemangi dan diminum selepas makan Secara tidak langsung ini dapat menyegarkan bau nafas.


4. Kandungan Flavonoid yang terdapat pada daun kemangi bersifat antioksidan dan dapat membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

5. Daun ini juga mengandungi zat gizi yang penting untuk menjaga fungsi dan pertumbuhan sel-sel imun seperti vitamin C dan zat besi. Zat besi dan vitamin C dapat meningkatkan kemampuan tubuh badan untuk melawan sebarang jangkitan dan membantu tubuh untuk kebal daripada penyakit.

6. Air rebusan daun kemangi memiliki sifat hipoglikemik yang dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan sesuai untuk mereka terutamanya yang menghidap penyakit diabetes.

7. Eugenol dalam daun kemangi juga berperanan dalam menghalang saluran kalsium dan membantu menurunkan tekanan darah, sehingga menurunkan risiko penyakit jantung. Kandungan magnesium yang terdapat dalam daun ini juga dapat membantu meningkatkan aliran darah dan membuat otot serta pembuluh darah menjadi lebih rileks.

8. Air rebusan daun kemangi dapat membantu untuk menenangkan fikiran dan membantu mengurangkan rasa stres.

9. Ekstrak daun kemangi juga baik untuk kulit yang berminyak dan berjerawat. Campuran daun ini bersama air mawar mampu menghilangkan kotoran dan mencegah pori-pori yang tersumbat serta menghalang tumbuhnya jerawat. Malah kulit wajah menjadi semakin bersih dan halus.

10. Daun ini juga bagus untuk meredakan batuk. Ambil lapan helai daun kemangi dan rebus bersama sedikit bunga cengkih. Biarkan mendidih dan letakkan sedikit garam kasar. Biarkan suam seketika dan bolehlah diminum. Lakukan minum air rebusan ini sehingga batuk anda hilang. Selamat mencuba.

Previous articleSenyawa, kisah ibu tumpang yang mahu anak!
Next articleSyura tetap mahu perjuang Irama Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here