SELBIZ 2024 terbuka juga kepada usahawan tempatan yang berminat.

Oleh: Wawa Najwa
Foto: Afhzahafiez Kamaruddin

MANA-MANA usahawan tempatan yang berminat untuk menyertai Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) 2024 amat dialu-alukan dan bukan sahaja tertumpu kepada usahawan-usahawan di bawah bimbingan Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS semata-mata.

Ekspo Usahawan Selangor yang sudah memasuki tahun ketiga itu dan dibawa khas oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam pada 4 hingga 6 Oktober ini.

Pameran kerjaya di Selbiz 2024 membantu mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan.

Program yang dimulakan sejak tahun 2022 dengan tagline Melangkah Lebih Jauh untuk edisi tahun ini, selaras dengan matlamat PKNS dalam membantu usahawan memperluaskan perniagaan mereka, bukan sahaja di pasaran tempatan, malah ke peringkat antarabangsa.

PKNS juga menjangkakan lebih ramai kehadiran pengunjung berbanding tahun lepas dengan menghimpunkan 200 reruai usahawan yang terdiri daripada pelbagai sektor perniagaan seperti produk makanan, minuman, produk kecantikan, pakaian, peralatan sukan, perkhidmatan dan lain-lain.

SELBIZ 2024 menyediakan kaunter info keusahawan kepada mereka yang berminat.

Bukan itu sahaja, SELBIZ 2024 juga menyediakan ruangan Fiesta Coffee dengan menawarkan sembilan reruai usahawan kepada orang ramai terutamanya pencinta kopi beserta 20 reruai makanan dan minuman viral untuk dinikmati oleh pengunjung.

Program selama tiga hari ini bermatlamat menjadi platform kepada orang ramai terutama usahawan untuk mendapatkan info keusahawan bukan sahaja daripada agensi yang terlibat tetapi juga daripada syarikat-syarikat utama di bawah segmen pemadanan perniagaan.

Terdapat juga persembahan daripada artis tanah air jika anda berkunjung ke Selbiz 2024.

Selain itu, terdapat juga perkhidmatan Klinik Usahawan Selangor di mana usahawan atau orang ramai boleh mendapatkan sesi bimbingan atau kaunseling mengenai perniagaan secara percuma.

Bagi memeriahkan lagi acara tahunan ini, PKNS dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan menyediakan kaunter jualan produk PKPS serta Jualan Ehsan Rahmah dengan harga yang lebih rendah.

Klinik Usahawan Selangor membolehkan orang ramai mendapatkan sesi bimbingan mengenai perniagaan secara percuma.

Manakala bagi yang berkeluarga pula, pelbagai aktiviti yang disediakan seperti SELBIZ Obstacle Run, Magic Show, Petting Zoo dan Family Mini Game.

Menariknya, terdapat juga pameran kereta berjenama terkenal, BYD di mana sebanyak tiga jenis kereta keluaran baharu akan dipamerkan dan pengunjung juga akan berpeluang untuk sesi pandu uji percuma sepanjang ekspo ini berlangsung.

Nak memborong barangan keperluan harian lebih murahpun terdapat di sini.

Bukan sekadar memberi tumpuan kepada usahawan, SELBIZ kali ini juga menyediakan halwa telinga bagi pengunjung yang akan hadir iaitu Selawat @SELBIZ bersama beberapa tokoh-tokoh agama selain perkongsian secara interaktif berkaitan konsep perniagaan dalam Islam dan diiringi dengan persembahan daripada Kumpulan Hijjaz dan Selawat Taranum Voices.

Bagi menambahkan kemeriahan, pengunjung akan disajikan dengan Konsert Gempak yang menampilkan beberapa nama selebriti tanah air terkenal seperti Akim & The Majistret, Sarah Suhairi, Hael Husaini, 6ixth Sense, Syamel dan tidak dilupakan busking daripada kumpulan Karyara.

Ada banyak gerai jualan daripada usahawan dan selebriti.

Jadi boleh datang beramai-ramai untuk merasainya sendiri atau mendapatkan maklumat lanjut di selbiz.my. Anda juga berpeluang membuat pendaftaran awal di pautan https://ticket.selbiz.my/

Previous articleLegenda Pop Yeh Yeh Bakal Gegarkan Miri!
Next articleLuahan Hati Lana Nordin bersikap terbuka dalam rumah tangga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here