Sungguh enak …hidangan Nasi Gulai Kawah Tulang bersama Daging Skewer dan Ayam Skew yang begitu mendapat sambutan.

Oleh: Nafsiah Jani
Foto: Emil Ismail

Sempena sambutan Hari Malaysia 16 September ini, Restoran Rasa Rosz juga turut meraikan hari bersejarah ini dengan memberikan diskaun sebanyak 10 peratus untuk setiap hidangan di sini.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk bersantai bersama keluarga, rakan-rakan atau orang tersayang sambil menikmati hidangan enak dan lazat di Restoran Rasa Rosz di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Restoran dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Eksekutif Pemasaran Restoran Rasa Rosz, Mohammad Faris Firdaus Sabri berkata, diskaun ini hanya diberikan pada 16 September ini sahaja.

“Diskaun 10 % ini kami berikan selama satu hari sahaja iaitu pada 16 September ini sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan menu-menu special kami.

“Selain menu yang enak, kami juga tampilkan tiga menu air mengikut citarasa rakyat Malaysia. Jenis air yang kami sediakan ialah Calamansi Asam Boi, Tembikai Lychee dan Iced Chocolate. Menu-menu enak dan sedap ini semuanya disediakan cef yang berpengalaman iaitu Cef Bob Azran bersama pembantunya Cef Maher.”

Eksekutif Pemasaran Restoran Rasa Rosz, Mohammad Faris Firdaus bersama antara menu yang mendapat sambutan di Restoran Rasa Rosz.

Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Mi Racun Tulang, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia

Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Basil Pesto dan Fettucini Rendang Daging. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.

Disamping menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.

Mungkin anda juga ingin mengetahui bagaimana cef di Restoran Rasa Rosz menyediakan hidangan-hidangan yang begitu enak dan lazat sekali. Untuk melihatnya sila layari dan ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz untuk melihat sendiri cara setiap hidangan disediakan.

Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Mereka yang ingin membuat tempahan dan mengambil kesempatan diskaun ini bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).

 

Previous articleLiza Hanim ada “Perisai Cinta”
Next articleHarris Baba bawa Akon ke Malaysia, Singapura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here