Masjid asal daerah ini ditimpa bencana gempa bumi 28 September 2018 sebelum dibina semula oleh YAU dan PKIMB.

Oleh: Wawa Najwa

SEJAK penubuhannya pada 22 April 2001 hingga kini Yayasan Ammirul Ummah (YAU) sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah bergiat aktif di dalam dan luar negara.

YAU yang beroperasi di Kuala Terengganu, Terengganu itu mengendalikan program amal di seluruh dunia yang mempunyai impak besar dalam pelbagai bidang termasuk bantuan kemanusiaan, pembangunan ekonomi, kesihatan dan kesejahteraan, pekerjaan, pendidikan dan pembangunan masjid.

Gabenor Sulawesi Tengah (Sulteng), Rusdy Mastura, terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penderma dari Malaysia.

Aktiviti terkini yang dilaksanakan oleh YAU adalah membina Masjid Miftahul Jannah di Desa Batusuya Goo, Kabupaten (daerah) Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia.

Pembangunan masjid tersebut merupakan hasil kerjasama erat antara YAU dengan Persatuan Kakitangan Islamic Malayan Banking (PKIMB) dan majoriti penderma adalah dari Malaysia.

Rizki Mujahidin amat menghargai kerjasama YAU dengan PKIMB.
Johari Ismail hargai semangat ukhuwah Islamiah yang melampaui batas negara.

Pengarah YAU Mohd Kamal Ismail @ Omar walaupun tidak berkesempatan menyaksikan perasmian masjid tersebut tetap gembira kerana objektif dan visi YAU untuk berbakti kepada masyarakat terlaksana.

“Misi dan visi YAU adalah untuk berbakti kepada masyarakat Islam tanpa sempadan. Saya bersyukur kerana wakil YAU di Indonesia sangat aktif dalam melaksanakan tanggungjawab.

Rusdy Mastura harap masjid yang dibina dapat memperkuat iman dan solidariti masyarakat Donggala.

“Selain membina masjid tersebut bersama PKIMB, kami turut mengedarkan al-Quran ke sekolah-sekolah di sana yang memerlukan naskhah tersebut untuk kegunaan pelajarnya.

“Meskipun YAU menjalankan program dan projek dengan bajet dan sumber yang terhad, itu semua tidak melemahkan semangat kami untuk terus berbakti kepada masyarakat sama ada di dalam atau luar negara,” katanya.

Pembinaan masjid antara misi dan visi YAU.

Manakala, Pengerusi PKIMB, Johari Ismail berkata, adalah sangat penting adanya semangat ukhuwah Islamiah yang melampaui batas negara.

“Kami merasa terhormat dapat turut serta dalam pembangunan masjid ini. Kolaborasi ini adalah bukti nyata bagaimana umat Islam di berbagai negara dapat bersatu untuk membantu saudara-saudara kita yang memerlukan tanpa mengira bangsa atau latar belakang,” kata Johari mengenai masjid yang dirasmikan oleh Gabenor Sulawesi Tengah (Sulteng), Rusdy Mastura pada 4 September lalu.

Sementara itu Ketua YAU Indonesia, Rizki Mujahidin amat menghargai kerjasama YAU dengan PKIMB dan terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penderma dari Malaysia.

Masjid yang dibina atas sumbangan orang ramai memudahkan masyarakat setempat untuk beribadat.

“Mereka yang menghulur sumbangan dan bantuan untuk masjid ini, rata-rata adalah orang yang tidak kita kenali. Namun mereka ikhlas untuk membantu dengan menghulurkan sedikit harta untuk pembangunan masjid ini.

“Ini adalah bentuk nyata ukhuwah Islamiah antarbangsa yang kita harapkan terus terjalin tanpa batasan. Semoga segala sumbangan yang disalurkan untuk pembangunan masjid ini turut memberi impak positif kepada penderma,” kata Rizki.

Bagi Rusdy, beliau amat menghargai sumbangan yang diberikan oleh YAU dan PKIMB dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka kepada penduduk setempat.

Antara misi dan visi YAU adalah membantu komuniti membina masjid dan menderma al-Quran.

“Masjid ini adalah simbol persaudaraan dan semangat gotong royong yang kuat, terutama pasca bencana. Semoga kehadiran masjid ini memperkuat iman dan solidariti masyarakat Donggala.

“Saya harap semoga Masjid Miftahul Jannah dapat dimanfaatkan bukan hanya sebagai pusat beribadah umat Islam saja tapi juga berdampak sosial ekonomi bagi masyarakat Desa Batusuya Goo.

“Terimakasih saudara-saudaraku serumpun dari Malaysia yang sudah memberi perhatian dan bantuan kepada Sulawesi Tengah dan semoga hubungan kita semakin akrab.

Bantuan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia kepada penduduk Desa Batusuya Goo, Kabupaten (daerah) Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia amat dihargai.

“Kebaikan hati dari Bangsa Malaysia bukan hanya ditunjukkan kali ini saja, akan tetapi saat daerah ini ditimpa bencana gempa bumi 28 September 2018, ada banyak sekali bantuan dari kerajaan Malaysia untuk menolong saudaranya rakyat Sulteng”, ujarnya yang berharap hubungan kedua bangsa tidak pernah putus.

Salah seorang jemaah Masjid Miftahul Jannah, Fandi melahirkan rasa syukur kerana pembinaan masjid tersebut memudahkan komuniti setempat untuk beribadat.

“Alhamdulillah, selama ini warga hanya memiliki masjid sementara dari papan-papan seadanya. Kini, kami akhirnya memiliki tempat ibadah yang layak dan nyaman. Mimpi kami untuk punya masjid baharu yang lebih baik akhirnya terwujud,” kata Fandi ceria.

Mohd Kamal Ismail mengalu-alukan sesiapa saja yang mahu bekerjasama dengan YAU.

Jika ada yang ingin bekerjasama dengan YAU untuk menyantuni pihak asnaf atau sesiapa saja yang memerlukan bantuan boleh hubungi Ain Syafiqah wakil yayasan di talian 017-3163106 untuk maklumat lanjut.

Sementara itu, bagi yang ingin menderma kepada YAU boleh disalurkan ke akaun May Bank (5630 1927 1201) atau CIMB (8603 3382 18).

Previous articleApa Yang Kita Tahu Tentang Azan? (Bahagian 1)
Next articleEh! biar betul minuman berkafein sebabkan badan berbau? (Bahagian 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here