Ini barisan artis untuk fasa pertama, akan ada lagi artis lain yang bakal diumumkan nanti.

Oleh: Wawa Najwa

SELEPAS melihat pelumba beraksi untuk Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang, penonton akan dihiburkan pula dengan After Race Fest.

Penganjuran After Race Fest adalah signifikan dengan penganjuran MotoGP™️ yang bersifat energatik semperna ulang tahun ke-25 PETRONAS Sepang International Circuit (SIC).

Rapper Macklemore yang berani menghasilkan single “Hinds Hall” sebagai tanda sokongan kepada Palestine.

Justeru itu, HIFIVE Entertainment selaku penganjur dan rakan strategik PETRONAS Sepang International Circuit telah memilih barisan penghibur antarabangsa dan tempatan yang mempunyai piawaian seiring dengan klimaks menutup MotoGP™️.

Festival yang dijadual berlangsung pada 3 November depan bermula jam 4 petang hingga tengah malam di Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit itu akan menampilkan kira-kira 10 penghibur mengikut genre termasuk rap, rock, pop dan disko.

Smash Mouth, band yang cukup terkenal pada lewat tahun 90-an.Penganjur yakin artis pilihan mereka untuk After Race Fest seperti kumpulan Smash Mouth, Mecklemore, Nidji, Feel Koplo, 6ixth Sense dan De Fam bagi fasa pertama, mampu memenuhi cita rasa penggemar muzik dunia dan tempatan.

Pengarah Urusan HiFive Entertainment, Sean Pereira berkata, seperti tidak lengkap jika perlumbaan MotoGP™️diakhiri tanpa keraian dalam kalangan pengunjung.

Kumpulan 6ixth Sense juga bakal menunjukkan kehebatan mereka.“Maka kami di HiFive Entertainment dengan bangga menganjurkan After Race Fest bukan semata-mata bersifat hiburan sebaliknya meraikan pengunjung dari seluruh dunia ke MotoGP™️dengan pelbagai aktiviti lain termasuk pertunjukan drone dan persembahan bunga api sebagai signifikan penganjuran acara yang sukses,” katanya.

Ujar Sean Pereira, beliau sedar pengunjung MotoGP™️ terdiri daripada pelbagai golongan dan usia yang hadir dari seluruh pelosok dunia, sebab itulah HiFive Entertainment dengan bangga membawa band yang cukup terkenal pada lewat tahun 90-an iaitu Smash Mouth.

Nidji dari Indonesia juga diundang menjayakan After Race Fest.

Mempunyai banyak hit yang cukup digemari, band dengan enam anggota kumpulan ini dijangka menyampaikan lagu popular mereka termasuk “All Star” dan “Walkin’ On The Sun” serta “So Insane”.

Jika Smash Mouth belum cukup membuat penonton teruja, nantikan persembahan rapper Macklemore yang dengan berani menghasilkan single “Hinds Hall” sebagai tanda sokongan kepada Palestine.

Pasti DeFam pun tidak mahu kalah dengan kumpulan lain.

Untuk fasa kedua, senarai artis akan diumumkan pada Septemberi ini dan yang pasti pilihan penganjur adalah yang terbaik. Tiket-tiket untuk menonton After Race Fest dan MotoGP™️ sudahpun dijual.

Feel Koplo juga dari Indonesia.
Previous articleShowcase Panggung Malam Minggu tampilkan Masdo, Gerhana Ska Cinta
Next articleNorman KRU rasa masih baru, walaupun dah 32 tahun dalam industri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here