Oleh: Wawa Najwa
PEMINAT setia Kim Sung-kyu, 35, pasti teruja untuk bertemu dengan ketua dan vokalis utama dari kumpulan Infinite itu. Kehadirannya kali ini tidak bersama anggota Infinite.
Kim Sung-kyu atau Sungkyu bakal menghibur peminatnya menerusi konsert jelajah solonya iaitu “Let’s Vacay” yang akan berlangsung pada 10 Ogos, 8 malam dan Ahad, 11 Ogos, 4 petang di Zepp Kuala Lumpur.
Ini merupakan konsert solo pertama Sungkyu di Malaysia dan sudah pasti, dia tidak sabar untuk beraksi di hadapan penyokongnya di sini selepas menghibur peminat di Seoul, baru-baru ini.
Selain menyanyi, Kim Sung-kyu juga adalah seorang pelakon yang hebat. Dia pernah berlakon dalam muzikal Red Book sebagai Brown pada 2023 dan tahun ini diberi peluang melakonkan watak Evan Hansen dalam Dear Evan Hansen Musical.
Peminat yang hadir menonton konsertnya itu bukan saja dihiburkan dengan nyanyiannya, malah berpeluang menyanyi bersama-sama serta turut mendapat pelbagai faedah lain.
Untuk pemegang tiket pada hari pertama, khususnya pemilik tiket VIP anda berkesempatan untuk mendapat kad foto bertandatangan, manakala pembeli tiket VIP hari kedua berpeluang menerima Polaroid bertandatangan.
Bagi yang belum memiliki tiket untuk Konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur boleh didapati di laman web www.etix.my dengan harga RM788 (VIP), RM728 (VIP BOX), RM688 (CAT 1) dan RM588 (CAT 2), tertakluk kepada bayaran pemprosesan RM4 dan transaksi RM10.
Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur untuk dua malam itu, sila dapatkan maklumat di platform media sosial rasmi: Promoter FB: 43 www.facebook.com/43ent Promoter IG: 43 www.instagram.com/43_ent
Wawa Najwa adalah seorang wartawan hiburan dan kini penulis undangan di Ladybosz.