Warna-warna yang dipilih untuk koleksi tudung tersebut adalah warna-warna Jalur Gemilang.

Oleh: Wawa Najwa

SEMPENA sambutan Hari Kebangsaan ke-67 tahun ini, Nur Fazura Sharifuddin mengambil pendekatan menjalin kerjasama dengan kelab PROSPEC Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA.

Pelakon, penyanyi dan ushawan itu memperkenalkan koleksi khas tudung FAZURA Purple Label sebagai salah satu program istimewa dalam memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ini.

Jelas Fazura, 41, koleksi Merdeka 2024 menampilkan 12 rekaan unik beraneka warna selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, iaitu ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’.

Fazura dan Fadhlina pada majlis pelancaran Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA, baru-baru ini.

“Warna-warna yang dipilih untuk koleksi tudung ini adalah warna-warna bertenaga Jalur Gemilang, lakaran landskap ikonik tempatan dan kemeriahan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Setiap rekaan ditampilkan khusus untuk mengungkapkan semangat serta pengisian kebebasan negara melalui pencapaian dinamik rakyat yang berjiwa merdeka.

“Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA adalah kerjasama pertama seumpamanya melibatkan jenama FAZURA dengan kelab penjawat awam khusus untuk sambutan Hari Kebangsaan,” katanya sewaktu majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di sebuah hotel di Kuala Lumpur, 22 Julai, baru-baru ini.

Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA merupakan kerjasama pertama jenama tudung tersebut.

Turut hadir memeriahkan pelancaran tudung tersebut ialah Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM, Dato’ Sri Noorhuda Alias, Penasihat Kelab PROSPEC KPM, Dato’ Ahmad Firdaus Baharuddin, Setiausaha Bahagian KPM dan hampir 300 orang tetamu jemputan.

Disasarkan lebih banyak kerjasama sedemikian akan diteroka untuk kepentingan bersama terutama dalam konteks kerjasama awam-swasta yang memberikan faedah kepada masyarakat.

Organisasi awam dan swasta yang berminat untuk mendapatkan koleksi khas ini dengan harga korporat boleh menghubungi wakil PROSPEC KPM melalui WhatsApp di 017-4469726 untuk maklumat lanjut berkenaan kaedah perolehan.

Manakala, pembelian secara dalam talian boleh dibuat terus di laman sawang rasmi www.fazura.com, FAZURA Apps dan ShopeeMall FAZURA Official Store.

Previous articleNancy Shukri Kagum Dengan Putri Ariani!
Next articleJuicy Luicy bergabung dengan band tempatan jayakan Malam Galau Kuala Lumpur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here