Nancy Shukri (Paling Kanan) begitu mengagumi Putri Ariani.

Oleh : Syed Wafa
Foto : Afhzahafiez Kamaruddin / Ehsan Family Of Charity (FOC)

Sejak penyanyi berbakat besar dari Indonesia, Putri Ariani muncul sebagai peserta di America’s Got Talant musim ke-18, hampir semua penonton di seluruh dunia yang menonton program tersebut mengalirkan air mata.

Mereka amat kagum seorang remaja perempuan yang kurang daya penglihatan boleh bermain piano dengan baik sambil menyanyikan lagu ciptaan beliau sendiri iaitu “Loneliness” dengan suara yang begitu merdu dan mantap sehingga dapat “Standing Ovation” serta paling menakjubkan ketua juri pertandinagm tersebut, Simon Cowell memberi “Golden Buzzer”.

Pengasas FOC, Shariffah Maznee Al-Attas Haji Syed Noor Osman mengiringi ketibaan Nancy Shukri.
Nancy Shukri menyampaikan cenderahati kepada Putri Ariani.

Sejak itu juga nama Putri Ariani terus gah dan menjadi sebutan di seluruh dunia dan berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa. Malah beliau dijemput oleh pemuzik antarabangsa terkenal, Alan Walker untuk bersama merakamkan lagu “Who I Am” bersama Peder Elias.

Putri Ariani juga seorang yang berhati mulia, ini terbukti walaupun beliau seorang yang kurang upaya dan begitu sibuk dengan kerjaya seninya tetapi tetap meluangkan masa berkunjung ke Malaysia bagi menjayakan majlis amal yang dianjurkan oleh Family Of Charity (FOC) bersama Megatix Malaysia. Dalam majlis amal tersebut, FOC dan Megatix Malaysia telah menyampaikan sumbangan sebanyak sepuluh ribu ringgit kepada Yang Berhormat Datuk Sri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara.

Pengasas FOC, Datuk Shariffah Maznee Al-Attas Haji Syed Noor Osman (Berdiri Paling Kanan), Pengarah Megatic Malaysia, Ridzuan Mohammad ( Berdiri Paling Kiri) menyampaikan sumbangan sebanyak sepuluh ribu ringgit kepada Nancy Shukri (Dua dari kanan) untuk disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara
Putri Ariani bersama bonda tercinta, Reni Alfianty begitu gembira berada di Malaysia dalam melakukan kerja amal.

“Saya amat kagum dengan Putri Ariani kerana walaupun dia sibuk dengan aktiviti seninya namun tetap luangkan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis amal pada hari ini.

“Saya juga amat berminat untuk melakukan kerja amal bersama beliau dan kementerian pada masa akan datang,” kata Nancy Shukri bersungguh-sungguh.

Nancy Shukri menerima cenderahati daripada FOC dan Megatix Malaysia.
Putri Ariani Bergambar Kenangan Bersama VIP.

Menurut Datuk Shariffah Maznee Al-Attas Haji Syed Noor Osman, Pengerusi Bukan Eksekutif Magatix Malaysia dan merupakan pengasas NGO Family of Charity (FOC) amat berbesar hati kerana Putri Ariani sudi memeriahkan majlis amal pada hari tersebut.

“Kami juga berharap dapat lagi bekerjasama dengan artis berbakat besar dan beliau seorang yang begitu merendah diri,” ujar Sharifah.

Nancy Shukri turut bergambar kenangan bersama Datuk Sri Rozita Ramelan (Paling Kiri) yang juga merupakan tokoh usahawan berjaya.
Kenangan Indah…Putri Ariani Bergambar Kenangan Bersama Tetamu Yang Hadir.

Dalam majlis tersebut juga Putri Ariani luangkan masa bersama-sama tetamu dan tidak keberatan untuk bergambar dengan mesra.

Bagi mereka yang ingin menyalur sumbangan dalam bersama-sama membantu FOC bolehlah salurkan di akaun,

Maybank Atas Nama
Persatuan Sinaran Hidup
No akaun 562777251495

Previous articleKelebihan Puasa Asyura (Bahagian 2)
Next articleFazura lancar tudung koleksi merdeka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here