Maiya Melati Omar bagaikan seorang Puteri di majlis ulang tahun beliau yang keenam.

Oleh : Syed Wafa
Foto Ehsan: Datuk Sri Rozita Ramelan

Saat indah dan berharga bagi seorang anak adalah kasih sayang sepenuhnya yang diberi oleh kedua ibu bapa mereka. Paling anak tidak lupa dan tunggu bila tibanya hari ulang tahun mereka disambut dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapa tercinta.

Inilah saat indah bagi seorang anak yang comel dan bijak iaitu Maiya Melati Omar meraikan majlis ulang tahun yang keenam dengan penuh kasih sayang dan gilang- gemilang yang diatur ibu tercinta, Datuk Sri Rozita Ramelan yang juga usahawan berjaya dan juga pengarah Ladybosz bersama suami Datuk Omar Mustapha Ong.

Maiya bersama kedua ibu bapa tercinta Datuk Sri Rozita Ramalan dan Datuk Omar Mustapha Ong.
Keluarga bahagia Maiya Melati..Berdiri Paling Belakang Dari Kiri Ziad Imran (Abang), Datuk Sri Rozita Ramelan (Ibu), Datuk Omar Mustapha (Ayah), Berdiri paling hadapan dari kiri Muhammad Fayyadh Ajmal (Abang), Maiya Melati Mawar Milaila (Kakak) dan
Iman Fatimah (Kakak).
Maiya Melati bersama kakak-kakak tercinta Iman Fatimah dan
Mawar Mikaila.

Majlis yang diadakan di penginapan eksklusif di Bukit Damansara begitu meriah dengan kehadiran kawan-kawan rapat Maiya serta tetamu jemputan khas. Pada hari bersejarah tersebut, Maiya bagaikan seorang Puteri, sentiasa tersenyum dengan penuh kegembiraan.

Tetamu yang hadir di majlis penuh warna warni ini turut dihidangkan dengan pelbagai juadah yang begitu enak dan menyelerakan. Antaranya kambing bakar, mee kari kerang, laksa dan banyak lagi.

Antara tetamu VIP yang hadir Tan Sri Tony Fernandes (Berdiri paling kanan) dan isteri Puan Sri Chloe Kim ( Duduk paling kanan), Tan Sri Mohamed Nazir Razak (Duduk paling kiri) dan isteri, Puan Sri Yati Zainuddin (Duduk paling tengah).
Maiya Melati begitu gembira dengan kehadiran teman-teman rapat.

Pada hari tersebut, Maiya kelihatan sangat ceria dan gembira ketika menyambut hari kelahirannya yang keenam di samping keluarga tersayang. Kehadiran kawan-kawan rapat juga menjadikan majlis tersebut sungguh bermakna bagi Maiya.

Majlis tersebut juga turut dihadiri tetamu VIP yang merupakan sahabat rapat ibu ayah, Maiya antaranya Tan Sri Tony Fernandes dan isteri Puan Sri Chloe Kim, Tan Sri Mohamed Nazir Razak dan isteri, Puan Sri Yati Zainuddin dan ramai lagi.

Acara memotong kek sempena ulang tahun keenam Maiya Melati.
Maiya Melati juga gembira dengan kehadiran makcik-makcik beliau serta teman rapat ibu tercinta

Pelbagai aktiviti juga diadakan bersama teman-teman Maiya serta ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis sambutan ulang tahun Maiya. Aktviti air juga diadakan di kolam renang berhampiran dengan penginapan mewah ini.

“Saya amat berharap besar nanti Maiya akan jadi seorang anak yang solehah dan berjaya,” kata Rozita bersungguh-sungguh buat anak tercinta.

Saudara terdekat serta tetamu yang hadir bergambar kenangan di majlis ulang tahun keenam Maiya Melati.

Kami di Ladybosz juga mendoakan semoga Maiya Melati akan sentiasa dirahmati Allah SWT…Aamin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Sri Rozita Ramelan (@ds.rosz)

Previous articleHebatnya…ikan pun ada nama Uji Rashid!
Next articleSebaknya…Pertemuan Air Mata Antara Rozita Dan Putri Ariani.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here