Image by freepik

Oleh : Asmat Fikri

Tekanan darah rendah sering dikaitkan dengan wanita mengandung. Ia boleh mengakibatkan seseorang itu pengsan atau pitam dengan kadar segera. Namun, sebenarnya sesiapa sahaja berisiko mendapat tekanan darah rendah. Tidak kira lelaki, wanita, orang tua atau orang muda.

Terdapat beberapa punca dan penyebab yang membolehkan seseorang itu menghidap tekanan darah rendah atau dipanggil juga hypotensi. Antara punca tekanan darah rendah adalah seperti berikut:

• Orang tua lebih cenderung untuk mendapat hipotensi
• Kanak-kanak dan remaja lebih cenderung memiliki tekanan darah rendah ‘neurally mediated’
• Orang-orang yang mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti ubat tekanan darah tinggi – Tekanan darah rendah mungkin berlaku disebabkan pengambilan ubat seperti ubat tekanan darah, ubat antidepresi dan beta blockers iaitu sejenis ubat untuk merawat masalah jantung.
• Orang-orang yang mempunyai gangguan sistem saraf pusat (seperti penyakit Parkinson) – berisiko untuk mengalami masalah tekanan darah yang rendah disebabkan salur darah yang lebih luas daripada biasa. Malah, ubat-ubatan yang dibekalkan untuk pesakit Parkinson juga boleh menyebabkan masalah yang sama.
• Kurang bergerak (contohnya lumpuh) untuk tempoh masa yang lama
• Wanita hamil. Hipotensi semasa mengandung adalah perkara biasa dan akan pulih selepas bersalin
• Masalah jantung – Mereka yang mempunyai kegagalan jantung atau pernah terkena serangan jantung boleh mengalami masalah tekanan darah yang rendah
• Kecederaan yang serius atau kejutan. Semua ini boleh menyebabkan tekanan darah anda jatuh secara mendadak. Kejutan yang berlaku disebabkan alahan atau jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan hipotensi.

Image by mdjaff on Freepik

‘Terkejut’ dalam darah rendah

‘Hypotensive shock’ atau keadaan terkejut ini adalah satu keadaan kecemasan yang memerlukan rawatan dengan segera. Hypotensive shock terdiri daripada:
1. ‘Septic shock’
Ia boleh berlaku apabila bakteria memasuki aliran darah. Bakteria mengeluarkan toksin (racun) yang berbahaya dengan membawa kepada penurunan tekanan darah.

2. Hypovolemic shock
Kehilangan darah atau cecair dari badan boleh berlaku akibat daripada:
o Pendarahan luaran yang teruk (contohnya dari luka parah atau cedera)
o Pendarahan dalaman yang teruk (contohnya dari pembuluh darah yang pecah atau luka yang menyebabkan pendarahan dalam badan)
o Kehilangan cecair badan dari luka terbakar yang teruk
o Keradangan kelenjar pankreas yang teruk (organ yang menghasilkan enzim dan hormon seperti insulin)
o Cirit-birit yang teruk
o Penyakit buah pinggang yang teruk
o Terlalu sering menggunakan diuretik

3. ‘Cardiogenic shock’
Ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah disebabkan oleh serangan jantung, embolisme pulmonari atau aritmia (degupan jantung yang tidak teratur)

4. ‘Vasodilatory shock’
Saluran arteri yang tiba-tiba meregang luas (‘vasodilatation’) sehingga menurunkan tekanan darah. Hal ini terjadi kerana :
o Kecederaan kepala yang teruk
o Tindak balas kepada ubat-ubatan tertentu
o Kegagalan hati
o Keracunan
o Reaksi alergi yang teruk (dipanggil anafilaktik shock)

Cara mengesan sakit tekanan darah rendah

Mungkin masih ramai yang tidak tahu macam mana penyakit tekanan darah rendah ini dapat dikesan? Jawapannya ada ia dapat dikesan berdasarkan sejarah perubatan anda, pemeriksaan fizikal dan keputusan ujian-ujian yang akan dijalankan. Doktor anda perlu mengetahui mengenai dua perkara iaitu:

• Jenis tekanan darah rendah yang anda hidapi dan tahapnya
• Apa keadaan yang menyebabkan tekanan darah rendah

Jika anda disahkan mempunyai penyakit tekanan darah rendah atau hypotensi ini, antara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan penyakit menjadi lebih mudarat adalah seperti mengambil masa untuk bangun daripada posisi tidur bagi mengelakkan risiko hipotensi postural. Malah perlu juga jaga posisi tidur yang betul iaitu ketinggian kepala melebihi daripada badan

Dari sudut pemakanan pula, amalkan pemakanan yang kurang karbohidrat serta memiliki ukuran catuan yang kecil bagi mencegah penurunan tekanan darah dengan mendadak. Tingkatkan juga penggunaan garam dalam masakan berdasarkan kepada nasihat doktor.

Penutup

Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Itu janji Allah kepada kita semua. Jadi, jika anda merasakan ada tanda-tanda seperti yang dinyatakan, teruslah rujuk kepada pakar perubatan di klinik atau hospital. Pastikan mendapat nasihat serta rawatan jika perlu. Di samping itu, jaga pemakanan dengan kurangkan mengambil makanan bergula, berminyak serta makanan segera. Mudah-mudahan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani hari-hari mendatang.

Previous articleGold inspirasi kisah Cheah Liek Hou, jaguh badminton para
Next articleKhasiat dan manfaat lobak merah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here