Image by stockking on Freepik

Oleh : Nafsiah Jani

Dalam banyak-banyak sakit, sakit gigi paling ditakuti ramai orang kerana sakitnya amat menyeksakan. Setiap kali sakit gigi menyerang ia bukan saja sakit di dalam mulut dan rahang, sebaliknya sakit tersebut berdenyut hingga ke kepala.

Sakit gigi membuatkan seseorang itu tidak tenteram hidupnya. Malah sakit ini turut mengganggu tidur dan segalanya serba-serbi tidak kena untuk dilakukan kerana sakitnya cukup menyakitkan. Bermacam-macam ikhtiar dilakukan seperti makan ubat, berkumur malah pergi ke klinik untuk mencabut atau menampal gigi yang sakit berlubang.

Sebenarnya, masalah sakit gigi disebabkan salah satu saraf paling sensitif yang terdapat dalam tubuh. Sakit gigi ini boleh terjadi akibat beberapa faktor. Salah satunya adalah gigi yang berlubang dan terdapatnya jangkitan bakteria.

Untuk mengelakkan gigi rosak atau bermasalah rajin-rajinlah berjumpa doktor gigi untuk membuat pemeriksaan bulanan. Selepas makan, rajin-rajinlah menggosok gigi agar tidak terselit lebihan makanan yang boleh mengakibatkan gigi rosak. Untuk lebih mudah, selain memberus gigi, berkumurlah dengan bahan kumur iaitu Listerine supaya dapat menghilangkan plak pada gigi. Amalkannya sekurang-kurangkan 3 kali sehari selepas menggosok gigi.

Image by bearfotos on Freepik

Ada pelbagai cara bagi mengubati sakit gigi. Diharapkan antara petua hilangkan sakit gigi yang dikongsi pada kali ini dapat membantu mengurangkan, menghilangkan atau mengatasi masalah sakit gigi anda. Semoga anda semua dapat manfaat dari perkongsian ini. Selamat mencuba:-

1. Ambil satu sudu garam kasar atau halus. Masukkan ke dalam gelas yang berisi air suam dan kacau. Kemudian berkumur-kumur hingga air tersebut habis. Insya-Allah rasa sakit gigi akan berkurangan.

2. Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit. InsyaAllah sakit gigi akan berkurangan.

3. Ambil lima helai daun sirih tua dan rebus dengan air sebanyak lima gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi anda akan hilang.

4. Ambil seulas bawang putih dan hancurkannya. Kemudian sapu pada bahagian gigi yang sakit. Biarkan selama sejam dan jangan risau kalau rasa panas kerana bawang putih tengah bertindakbalas dengan enzim gigi yang sakit. InsyaAllah sakit gigi akan reda.

5. Daun jambu batu memiliki sifat antimikroba yang dapat membantu melindungi gigi, mulut dan mengatasi saraf gigi yang sakit. Caranya hancurkan daun jambu batu dan masukkan ke dalam gigi yang berlubang atau berkumur-kumur dengan rebusan daun jambu batu dan, biar seketika kerana ia mampu meredakan sakit gigi dan menghalang pembengkakan. Bila dah reda baru dibuang daun tersebut.

6. Gigit enam kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan masukkan ke tempat yang berlubang dan tutup dengan kapas. Akan terasa sedikit pedih tapi jangan risau ia amat mujarab.

7. Ambil sebiji buah tomato muda dan hiris halus. Kemudian letakkan tomato tadi ke tempat yang sakit. Andaikata dalam lubang gigi terdapat ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya. Setelah itu, kesakitan pada gigi tadi akan beransur hilang, barulah anda berkumur dengan air.

8. Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Selepas itu, tumbuk gambir sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit atau berlubang. Biarkan selama sejam. Kemudian berkumur-kumur. Anda pasti gembira dengan hasilnya.

9. Cara lain dan paling mudah, ambil minyak gamat dengan putik kapas dan masukkan atau sapu pada bahagian gigi yang sikit InsyaAllah. Cuba jangan tak cuba.

10. Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan seketika. Kemudian berkumur-kumur dengan air bagi membersihkannya. Selamat mencuba.

Previous articleKolesterol tinggi penyebab kematian (Bahagian 2)
Next articleSantesh, Black Mentor & Aisha Retno bakal meriahkan sambutan ulang tahun Majlis Bandaraya Petaling Jaya , Sabtu ini!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here