Oleh : Nafsiah Jani
Populariti lagu viral “Cinta Setandan Pisang” (Bey Sobar Bey) nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo nampaknya menarik minat syarikat Minyak Masak Kijang Gold untuk bekerjasama dengan Kijang Music bagi menganjurkan pertandingan cabaran ‘Bey Sobar Bey’ Freestyle Dance di platform TikTok.
Dengan tawaran hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, ini adalah peluang yang sangat istimewa dan menarik untuk diraih peminat lagu viral “Cinta Setandan Pisang” (Bey Sobar Bey) nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo ini.
Lagu ini sudah pun meraih lebih daripada 10 juta tontonan di YouTube dan baru-baru ini bertakhta sebagai lagu paling popular di TikTok! Bukan itu sahaja, lagu ini juga telah menduduki tangga ke-4 dalam carta RIM.
Juara pertandingan cabaran ‘Bey Sobar Bey’ Freestyle Dance akan menerima hadiah wang tunai RM2,500, tempat kedua pula RM1,000 dan pemenang tempat ketiga akan mnerima RM500. Manakala 10 pemenang saguhati turut menerima RM100 setiap seorang.
Dengan ganjaran disediakan, sudah tentu ia akan menarik minat ramai peserta untuk beraksi dan mempersembahkan bakat tarian ‘freestyle’ mereka yang tersendiri.
Berikut adalah terma dan syarat pertandingan;
1. Pastikan anda ‘follow’ akaun TikTok @kijangmusic dan @minyakmasakkijanggold1
2. Rakam video anda secara individu atau berkumpulan berlatarbelakangkan lagu, ‘Cinta Setandan Pisang’ (Bey Sobar Bey) nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo dengan durasi maksima 1 minit.
3. Muat naik video anda di akaun TikTok anda dan pastikan ‘mention’ @kijangmusic dan @minyakmasakkijanggold1
4. Pastikan profil akaun TikTok anda pada tetapan ‘PUBLIC’.
5. Pertandingan ini terbuka dari 18 Mei sehingga tarikh tutup pada 18 Jun 2024.
6. Pemenang akan ditentukan oleh panel juri dari Kijang Gold dan Kijang Music berdasarkan kreativiti tarian dan jumlah tontonan video di TikTok.
7. Semua keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pertikaian keputusan tidak akan dilayan.
8. Senarai nama pemenang akan diumumkan dalam akaun TikTok Minyak Masak Kijang Gold & Kijang Music pada 21 Jun 2024
9. Pekerja syarikat, pembekal dan syarikat sekutu yang berkaitan dengan Kijang Gold & Kijang Music tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.
Jadi, apa tunggu lagi! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ‘Bey Sobar Bey’ Freestyle Dance di platform TikTok anjuran Kijang Gold dan Kijang Music! Untuk mendapat inspirasi gaya tarian, peserta boleh menonton video muzik rasmi “Cinta Setandan Pisang” nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo di pautan ini https://youtu.be/pBjHSguTk5s?si=Owd8uPdolC1IRRUB
Penulis, Nafsiah Jani adalah penyumbang tetap Lady Bosz. Beliau juga adalah juga bekas wartawan hiburan Utusan Malaysia.