Barisan ahli lembaga pengarah In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd sewaktu majlis sidang akhbar mereka baru- baru ini.

Oleh : Nafsiah Jani

Atas dasar agar semua umat Islam mampu untuk mengerjakan umrah memberi idea kepada In Saff Travel & Tours Sdn Bhd yang diasaskan oleh empat orang lepasan Ummul Qura Universiti di Makkah Al Mukarramah antaranya Ustaz Aswadi Ali, Ustaz Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed, Ustaz Mohd Fahmi Mohd Nawi dan Ustaz Falaahuddin Ahmad Jasni mewujudkan pakej super ekonomi.

Pengarah Urusan In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd., Mohd Fahmi Mohd Nawi berkata, Kami tawarkan pelbagai pakej dan pakej super ekonomi ini bagi membantu mereka yang mempunyai kekangan bajet untuk menunaikan umrah.

“Dengan mengambil kira situasi ekonomi yang semakin mencabar ini, pihak kami sentiasa peka dan mencari jalan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk menjadi Tetamu Allah. Kami yakin bahawa bukan duit yang memberikan peluang umrah, tetapi Allah SWT yang menjemput kita sebagai tetamuNya

Pengarah Urusan In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd, Mohd Fahmi Mohd Nawi ketika memperkatakan tentang Pakej Super Ekonomi Umrah syarikatnya.

“In Saff Travel & Tours menekankan konsep berkongsi rezeki dan matlamat kami ingin membantu lebih ramai Jemaah untuk ke Tanah Suci. Jadi timbullah idea untuk mewujudkan Pakej Super Jimat pada harga RM4970 untuk sembilan hari dan tujuh malam. Pakej ini juga sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai baki cuti yang banyak.

“Pada 2 dan 3 Mei lalu, kami telah berjaya terbangkan 566 jemaah umrah pakej super jimat dengan menaiki dua penerbangan Malaysia Airline (MAS). Tak silap kami, inilah pakej paling murah yang ada di Malaysia. Jemaah akan berada selama empat hari di Mekah dan tiga hari di Madinah. Sebelum ini, trip sulung pakej ini telahpun selamat berlepas pada hujung Februari dengan menaiki AirArabia.”

Mohd Fahmi menambah, syarikat mereka juga pernah dituduh sebagai ‘scammer’ umrah, , gara-gara mereka menjadi pelopor untuk pakej umrah selama 22 hari atau dikenali sebagai umrah 40 waktu solat.

Mohd Fahmi Mohd Nawi (dua dari kanan) bersama barisan ahli lembaga pengarah In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. Ketika pelancaran Pakej Super Ekonomi Umrah serendah RM4970.

“Kerana menawarkan harga umrah yang murah, kami pernah dianggap scammer kerana mewujudkan Pakej Umrah Lama, Harga Jimat. Di waktu pasaran hanya menjual umrah 12hari 10malam, kami mempelopori pakej baru, iaitu umrah 40 waktu solat, dan sekarang dimasyhurkan dengan umrah 22 hari.

“Alhamdulillah, walau pelbagai tohmahan yang kami terima, namun sehingga hari ini, semua Jemaah berjaya diterbangkan. Kami tidak letakkan keuntungan yang tinggi sebagai matlamat, sebaliknya mahu semua Jemaah mampu untuk tunaikan umrah.”

Pakej Super Jimat ini akan terus dilaksanakan sehingga April 2025 dengan pelbagai pilihan penerbangan. In Saff Travel & Tours juga akan meneruskan usaha dengan menyediakan pakej-pakej yang menjimatkan kos dan memberi keselesaan buat semua termasuk mempunyai Group Leader dan Mutawwif yang terlatih serta berpengalaman.

Mensasarkan untuk menerbangkan lebih 10,000 jemaah pada 2024, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1 Disember 2014 ini turut mengintai peluang untuk membuka hampir 30 cawangan di seluruh Malaysia.

Previous articleKasih Adira untuk Memoir Seorang Guru
Next articleMenangguhkan mandi wajib walaupun haid sudah kering (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here