Image by katemangostar on Freepik

Oleh Nafsiah Jani

Ketika usia mencecah 50-an, tubuh badan seseorang itu mudah mengalami masalah kesihatan. Di usia ini pelbagai jenis penyakit bakal menyerang disebabkan faktor pemakanan yang kita amalkan sewaktu zaman remaja.

Apabila umur meningkat, tubuh badan akan berubah, terutamanya kulit, tulang dan otak akan mengalami perubahan fizikal. Bila umur sudah lanjut, seseorang itu akan menghadapi masalah tulang yang lebih rapuh dan terdedah kepada risiko patah tulang apabila terjatuh.

Dalam waktu begini, gaya hidup seseorang itu harus berubah dari segi pola pengambilan makanan, gaya hidup, cara pemikiran dan sebagainya agar tidak mengganggu kesihatan.

Woman in black top holding white and black cake
Photo by Nataliya Vaitkevich on Pexels

Berikut adalah cara menjaga kesihatan ketika usia mencecah 50 tahun ke atas untuk lelaki dan wanita agar kita kekal sihat, bertenaga dan cantik selalu.

1. Ambil makanan yang seimbang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan daging tanpa lemak.

2. Seseorang itu juga digalakkan bersenam secara konsisten untuk mengekalkan kekuatan otot, menambahbaikkan sistem imun, memperbaiki tidur dan mengurangkan kesakitan. Lakukan pergerakan sederhana dengan berjalan kaki di sekitar rumah sambil menghirup udara segar di pagi hari selama 15 hingga 20 minit.

3. Minum air yang mencukupi, kira-kira dua liter sehari demi penghidratan tubuh badan. Dikhuatiri kurangnya air dalam badan boleh menyebabkan penyakit termasuk masalah buah pinggang.

Variety of food on wooden coaster
Photo by Jane Trang Doan on Pexels

4. Ambil makanan yang berkhasiat dan elakkan makan makanan yang mempunyai kadar lemak, gula dan garam yang tinggi. Lemak sangat bahaya untuk saluran darah dan kesihatan jantung dan ia juga boleh mengganggu konsentrasi serta daya ingatan. Selain itu kurangkan juga pengambilan daging merah, mentega, dan lebihkan makan ikan dan sayuran.

5. Di usia emas ini, seseorang itu perlulah melakukan senaman sekurang-kurangnya dua jam seminggu, iaitu bersamaan 30 minit sehari. Senaman pula haruslah ditingkatkan dari semasa ke semasa.

6. Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala dan menyeluruh setahun sekali bagi mengenalpasti masalah-masalah kesihatan supaya masalah tersebut boleh dirawat seawal mungkin.Lakukan ujian darah, buah pinggang, kencing manis, kolesterol, barah dan jantung demi memastikan keadaan kesihatan kita terpantau.

7. Hindarkan rokok, persekitaran yang kotor dan dapatkan rehat yang mencukupi.

Woman in gray tank top lying on bed
Photo by Andrea Piacquadio on Pexels

8. Tidur yang mencukupi juga penting bagi memastikan fizikal kita sihat kerana sewaktu kita tidur, organ tubuh akan bekerja memperbaiki sel-sel yang rosak, membuat pemulihan, mencipta protein yang baik dan masih banyak lagi manfaat lain yang akan dirasakan. Jika dapat tidur yang mencukupi, tubuh badan kita akan berjalan lancar tanpa gangguan dan terhindar dari pelbagai penyakit.

9. Selain kesihatan fizikal, kesihatan mental pada usia meningkat juga sangat penting. Untuk mencegah masalah mental luangkan banyak masa bersama kawan-kawan dan saudara-mara. Pemeriksaan kesihatan secara berkala juga perlu dilakukan. Ini penting untuk mengenalpasti sebarang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol kerana kombinasi ketiga-tiga penyakit ini petanda seperti penyakit jantung dan strok.

10. Biasakan mengambil sarapan. Selain memberikan tenaga, sarapan juga mampu mengendalikan berat badan dan membuat anda terus tersenyum di pagi hari. Sarapan juga dapat mengurangkan berat badan. Orang yang lewat bersarapan cenderung untuk makan lebih banyak di siang hari. Ini menyebabkan peningkatan kadar gula dan menggemukkan.

Man and woman having breakfast
Photo by Jack Sparrow on Pexels

11. Selain menjaga pemakanan, seseorang itu perlu mempunyai hobi yang boleh merangsang minda seperti membaca, melukis, memasak, mendengar motivasi, ceramah agama dan sebagainya agar otak dapat berfikir dengan aktif. Bila otak sering digunakan ia dapat mengasah otak agar tidak mudah lupa atau nyanyuk di usia tua.

Previous articlePemeriksaan awal payudara, jangan sampai kanser payudara tahap 4, baru nak menyesal! (Bahagian 2)
Next articleChe Puan Sarimah popular kerana Qaidah, penampilan yang berbeza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here