Oleh: Nafsiah Jani
Tahukah anda, biji selasih walaupun kecil tetapi mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan. Biasanya selasih ini cukup popular di bulan puasa, buat minuman masa berbuka kerana rasanya yang sejuk dan menyegarkan.
Selasih atau nama glamornya basil merupakan salah satu khazanah istimewa alam semula jadi. Daun, minyak, biji bahkan ekstrak daripada pokok selasih banyak memberi manfaat dari aspek kesihatan. Ia adalah sumber yang baik untuk serat diet, asid lemak omega-3, dan berbagai mineral dan vitamin penting.
Selasih ada banyak nutrien pekat seperti vitamin, karbohidrat, lemak, mineral dan serat yang berfungsi untuk melegakan masalah penghadaman, cirit-birit, sembelit dan sakit tekak. Juga berfungsi untuk mengatasi masalah radang mata. Pengambilan air biji selasih sekali sehari mampu mengurangkan sakit kepala
Biji selasih bukan sahaja dapat menambah rasa dan tekstur yang unik kepada makanan dan minuman, tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Dibawah ini kami paparkan 10 khasiat tersembunyi biji selasih yang perlu anda tahu.
- Biji selasih dapat mengurangkan sakit gigi. Ambil 10 gram biji selasih, 4 biji bunga cengkih, rebus bersama dengan 4 gelas air. Bila suam minum 1 gelas airnya. Amalkan sehingga hilang rasa sakit gigi.
- Untuk kecantikan kulit pula ia sesuai dijadikan scrub. Tumbuk 1 sudu biji selasih sehingga lumat, campur sedikit air panas. Gaul rata hingga jadi pes, biarkan sejuk. Pakai sebagai scrub pada muka dan leher. Lakukan selang sehari sebelum mandi.
- Biji selasih adalah sumber baik asid lemak omega-3, yang dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Menurut sebuah kajian dalam Journal of Cardiovascular Pharmacology, omega-3 dapat membantu mengurangkan tekanan darah, mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol buruk) dan meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik).
Freepik - Biji selasih sangat bagus untuk diet kerana ia dapat melambatkan rasa lapar. Perut akan sentiasa berasa kenyang dan secara tidak langsung ia dapat mengawal makan secara berlebihan.
- Ibu bapa yang berhadapan dengan anak yang mengalami masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis, anda boleh lakukan rawatan awal dengan menggunakan biji selasih. Caranya mudah, cuma hancurkan biji selasih dan campurkan bersama minyak kelapa, kemudian sapukan di tempat yang bermasalah.
- iji selasih juga dapat meningkatkan metabolisme. Rendam 1 sudu selasih terlebih dahulu. Ambil 1 sudu madu, 2 gelas air dan 1 biji lemon, ambil jusnya, kisar. Campurkan biji selasih dengan bahan yang dikisar. Minum setiap pagi. Dengan cara ini metabolisme akan dirangsang dan ia dapat menurunkan lemak secara berkesan dan cepat.
- Serat diet dalam biji selasih membantu meningkatkan pencernaan dan boleh mengurangkan masalah seperti sembelit dan sindrom irama usus (Irritable Bowel Syndrome) yang tidak teratur. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Food Science and Technology pada tahun 2018 mendapati bahawa biji selasih dapat membantu mengurangkan keradangan dan kerengsaan dalam usus.
- Tubuh memerlukan antioksidan seperti antiokpolifenol untuk menguatkan sistem ketahanan badan. Pengambilan biji selasih secara teratur dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh
- Biji selasih juga membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Caranya dengan merendam 2 sudu teh biji selasih dalam segelas air, minum selepas makan dan amalkan selama sebulan, Insya-Allah anda akan gembira dengan hasilnya.
- ntioksidan dan flavonoid di dalamnya mampu melawan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif dan akhirnya menyebabkan mutasi sel, mengakibatkan kedutan, bintik-bintik usia, dan cela. Pengambilan biji selasih secara berkala dipercayai dapat mengurangkan parut dan bertindak sebagai agen antipenuaan.

Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.