Oleh Nafsiah Jani

Bagi sesetengah orang menganggap bahawa ‘life begin at 40’. Namun tahukah anda bahawa bahawa usia itu bukannya baru nak memulakan hidup baru sebaliknya usia itulah semua orang tak kira lelaki atau wanita kena berhati-hati dengan kesihatan mereka.

Masuk saja usia di ambang 40-an akan bermula seribu pelbagai cerita penyakit yang bakal mendatang. Oleh itu untuk memastikan kita sihat selamanya mulakan menjaga kesihatan sejak muda lagi. Seperti kata perpatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.

Selalunya diusia muda kita akan mengambil pelbagai ubatan yang terlarang atau tanpa rujukan doktor seperti nak kurus dengan cepat, makan pil untuk kulit cerah dan macam-macam lagi. Kesannya akan terlihat sewaktu usia kita semakin meningkat dan waktu itu semuanya sudah terlambat untuk kita berpatah balik. Oleh itu ketika muda, anda semua dinasihatkan berhati-hati dengan segala pemakanan atau ubatan yang anda ambil demi untuk kelihatan cantik dan bergaya.

Image by lifeforstock on Freepik

Malah seiring dengan pertambahan usia proses metabolisme kita juga semakin menurun dan tubuh kita mudah untuk diserang pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi, kolesterol dan diabetes. Cara terbaik untuk menjaga kesihatan dengan sering berjumpa doktor agar keadaan kesihatan kita terkawal hendaknya.

Malahan di usia 40 tahun, hormon-hormon seperti androgen dan testosteron yang selama ini bayak dikeluarkan tubuh badan tidak lagi dapat dihasilkan dengan banyaknya seperti saat kita masih muda atau sebelum memasuki usia 40-an.

Berikut adalah cara menjaga kesihatan usia 40 tahun ke atas untuk lelaki dan wanita agar kita kekal sihat, bertenaga dan cantik selalu.

1. Bila usia sudah memasuki 40-an kita perlu lakukan perubahan dalam pola hidup sehari-hari. Perubahan tersebut meliputi perkerjaan, kebiasaan kita sehari-hari, hubungan sosial dan makanan yang kita makan setiap hari.

2. Untuk kekal sihat, mereka perlu lebihkan makan ikan salmon dua kali seminggu. Begitu juga dengan pengambilan sayuran hijau seperti kangkung, bayam, dan sawi yang kaya dengan vitamin, potasium dan mineral membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangi risiko penyakit jantung.

Hands holding bowl of salad
Photo by Nadja M on Pexels

3. Kurangkan juga pengambilan garam dalam makanan kerana ia menyebabkan tekanan darah tinggi. Untuk kekal sihat, hindari diri daripada mengambil makanan yang bergoreng dan minuman yang manis-manis.

4. Dapatkan tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya lapan jam setiap hari.

5. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya tiga liter setiap hari kerana tubuh badan kita memerlukan air.

6. Setelah memasuki usia 40 tahun, tubuh badan sangat memerlukan vitamin D untuk melindungi tulang, jantung, sistem saraf, gigi dan tubuh dari kesan penuaan. Sinar matahari adalah salah satu sumber vitamin D. Oleh kerana itu, anda disarankan berjemur 10 minit pada setiap pagi, sebelum pukul sembilan pagi. Selain sinar matahari, berbagai produk susu, biji-bijian, tuna, kuning telur dan keju juga menjadi sumber vitamin D yang baik untuk tubuh.

Image by freepik

7. Seiring dengan peningkatan usia, kita tidak digalakkan melakukan aktiviti atau senaman lasak. Cukuplah sekurang-kurangnya lakukan senaman ringkas selama 15 minit setiap hari. Senaman paling elok adalah berjalan kaki kerana ia adalah senaman mudah dan semua orang mampu berjalan. Selain membakar kalori, berjalan kaki selama 30 minit selama lima kali seminggu juga dapat menguatkan stamina dan meningkatkan mood.

8. Bila semakin berusia, kadar penglihatan seseorang juga akan semakin berkurangan. Untuk memastikan mata terus sihat kurangkan penggunaan alat elektronik seperti handphone dan komputer riba.

9. Tulang kita menjadi semakin lemah seawal umur 30-an kerana kepadatan tulang semakin berkurangan dan fungsi otot menjadi lemah dan boleh menyebabkan berlakunya osteoporosis kerana tulang rawan sendi merosot secara ketara selepas usia 40-an. Senaman secara berkala, terutama senaman yang membantu membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat dapat melambatkan proses tersebut. Mengamalkan diet seimbang yang mengandungi zat-zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein juga boleh membantu menjaga kesihatan tulang

10. Akhir sekali di usia baru menginjak atau melewati 40-an seseorang itu hendaklah sentiasa mengingati dan mendekatkan diri pada Allah SWT untuk bertaubat kerana mati itu pasti.

Previous articleBetulkah Raya Sebulan Itu Bukan Amalan Islam?
Next articleKanser payudara pembunuh no 1 wanita? (Bahagian 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here