Oleh: Nafsiah Jani
Kelazatan menu yang disajikan Restoran Rasa Rosz menjadikan ia pilihan untuk berbuka puasa di saat-saat akhir bersama teman dan kaum keluarga sebelum pulang ke kampung halaman berhari raya.
Restoran yang terletak di dalam AEON Big ini menawarkan suasana yang sejuk dan dingin ketika berbuka puasa. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ini sudah pasti Restoran Rasa Rosz adalah pilihan tepat untuk berbuka puasa sambil menjamu selera dan berbicara. Selepas berbuka, pelanggan juga tidak perlu risau kerana terdapat surau untuk solat.
Restoran Rasa Rosz, yang terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur menyediakan juadah berbuka puasa menerusi set promosi Jom Iftar bersama Rasa Rosz.
Pada harga berbaloi ini, pelanggan turut menikmati hidangan yang cukup istimewa, sedap serta menyelerakan. Antaranya Ayam Percik Rasa Rosz, Gulai Kawah Tulang , Crispy Buttermilk Chicken dan Masak Lemak Cili Padi Ayam.
Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, kami pun tak sangka tiga jenis set hidangan berbuka puasa yang kami sediakan cukup diminati orang ramai.
“Mana-mana pelanggan atau mereka yang belum menikmati makanan kami ini, cepat-cepat rebut peluang menikmati hidangan lazat yang kami sediakan. Hidangan kami mengandungi set hidangan utama, kuih-muih, pencuci mulut, kurma dan minuman.
“Set A kami berharga RM38.00 untuk 1 pax. Hidangan ini didatangkan bersama nasi putih dengan acar jelatah, keropok sayur, sambal belacan dan pilihan Masak Lemak Cili Padi Ayam atau Asam Pedas Ayam. Pembuka selera pula, cucur udang dan tauhu bergedil ayam akan dihidangkan bersama kuih-muih, pencuci mulut dan pilihan salah satu air minuman seperti air kathira, air jagung dan air keladi.
“Set B pula berharga RM55.00 untuk 1 pax. Hidangan berupa nasi putih dengan acar jelatah, keropok sayur, sambal belacan bersama pilihan lauk Crispy Buttermilk Chicken, Ayam Percik Rasa Rosz atau Udang Harimau Masak Lemak Nenas. Cucur udang dan tauhu bergedil ayam akan dihidangkan bersama kuih-muih, pencuci mulut dan pilihan minuman air kathira, air jagung dan air keladi.
“Set C yang berharga RM78.00 pula sesuai untuk dinikmati 2 orang. Set ini berupa nasi putih dengan acar jelatah, keropok sayur, sambal belacan bersama pilihan satu lauk Crispy Buttermilk Chicken, Gulai Kawah Tulang, Ayam Percik Rasa Rosz atau Asam Pedas Tulang. Cucur udang dan tauhu bergedil ayam akan dihidangkan bersama kuih muih, pencuci mulut dan salah satu pilihan minuman iaitu air kathira, air jagung dan air keladi.”
Selain set hidangan yang disediakan, pelanggan juga boleh memilih menu lain yang terdapat di Restoran Rasa Rosz. Lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang patut dicuba berupa Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.
Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.
Mereka yang ingin mencuba dan merasai keenakan makanan yang disediakan Restoran Rasa Rosz, bolehlah membuat tempahan meja dengan menghubungi talian 013-8082772 (call/whatsapp).
Penulis, Nafsiah Jani adalah penyumbang tetap Lady Bosz. Beliau juga adalah juga bekas wartawan hiburan Utusan Malaysia.