Oleh Syed Wafa

Berita gembira buat pengikut ikon usahawan wanita berjaya dan terkenal iaitu Datuk Seri Rozita Ramelan di mana beliau akan mengadakan bengkel, ‘ Rosz Ignite’ pada 24 Mac ini di Restoran Rasa Rosz yang terletak di Aeon Big, Wangsa Maju yang juga merupakan restoran milik beliau.

“Sebenarnya atas desakan ramai pengikut saya di media sosial terutamanya Facebook, Instagram dan TikTok yang memujuk saya untuk mengadakan bengkel memberi tips-tips untuk berjaya sebagai usahawan.

Rozita Ramelan juga merupakan pemilik Azimut Yachts Malaysia
Kabinet Prive milik Rozita Ramelan mengadakan majlis makan tengahari sempena Tahun Baru Cina yang ketika itu dihadiri Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kalsom serta Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.

“Pada awalnya saya banyak berkongsi pengalaman untuk berjaya secara ‘live’ di media sosial dan tidak sangka dari situ ramai yang tertarik dengan perkongsian saya dari anak kampung dan akhirnya menjadi seoranga usahawan yang berjaya sehingga kini,” kata Rozita Ramelan bersungguh-sungguh.

Sungguh membanggakan Rozita Ramelan merupakan seorang usahawan Melayu yang berjaya. Beliau memiliki pelbagai rangkaian perniagaan antaranya Kabinet Prive Sdn. Bhd. yang menjual beg berjenama mewah, syarikat pengeluaran produk makanan terkenal iaitu Rasa Rosz Sdn. Bhd., Restoran Rasa Rosz, perniagaan perkapalan iaitu Azimut Yachts Malaysia dan pemilik sebuah portal khas buat wanita iaitu Ladybosz yang kini ramai pengikutnya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi sokongan menjamu selera di Restoran Rasa Rosz milik Rozita Ramelan.
Anugerah Cover Usahawan di Anugerah Tokoh Wanita sempena 48 tahun majalah Wanita pada 10 Ogos 2017

Beliau juga pernah memenangi beberapa anugerah di dalam negara dan di peringkat antarabangsa antaranya ‘The Best Cooking Ingredients’ di Asian Halal Brand Awards, produk Ratu Tumis Rasa Rosz milik Rozita Ramelan menerima ‘The Best Cooking Ingredients’ di ‘Asian Halal Brand Awards’ dan menerima Anugerah Cover Usahawan di Anugerah Tokoh Wanita sempena 48 tahun majalah Wanita pada 10 Ogos 2017.

Membanggakan produk Ratu Tumis Rasa Rosz milik Rozita Ramelan menerima ‘The Best Cooking Ingredients’ di ‘Asian Halal Brand Awards’

Bagi mereka yang ingin berjaya sebagai usahawan yang berani dan tabah seperti Rozita Ramelan jangan lepaskan peluang keemasan ini menyertai bengkel anjuran beliau, ‘ Rosz Ignite’. Untuk info lanjut dan tempahan boleh hubungi di talian +6012-6332534 (Afifah)

@ds.rosz Sesi perkongsian hari Ahad, 24 Mac 2024, 11 pqgi di @Rasa Rosz Resto Aeon Big Wangsa Maju. . Untuk maklumat lanjut, sila WA , Afifah +60 12 633 2534 . #sharing #fromzero #selfstarter #businesstips #business #entrepreneur ♬ original sound – Dato’ Sri Rozita

Previous articleAnakku Sayang…Ingatlah Sesungguhnya Ramadan Bulan Yang Sungguh Mulia!
Next articleKhai Bahar teruskan kerjasama dengan Inteam demi Rabiatul Adawiyah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here