Oleh Nafsiah Jani

Bagi pengemar yang suka menikmati hidangan berbuka puasa yang enak lagi lazat silalah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz, yang terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Restoran ini menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa menerusi set promosi Jom Iftar bersama Rasa Rosz.

Keenakan Ayam Percik Rasa Rosz, Gulai Kawah Tulang , Crispy Buttermilk Chicken dan Masak Lemak Cili Padi Ayam hidangan berbuka puasa yang disediakan Restoran Rasa Rosz nampaknya berjaya menambat hati semua orang.

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, kami pun tak sangka tiga jenis set hidangan berbuka puasa yang kami sediakan cukup diminati orang ramai.

“Mana-mana pelanggan atau mereka yang belum menikmati makanan kami ini, cepat-cepat rebut peluang menikmati hidangan lazat yang kami sediakan. Hidangan kami mengandungi set hidangan utama, kuih-muih, pencuci mulut, kurma dan minuman.

“Set A kami berharga RM38.00 untuk 1 pax. Hidangan ini didatangkan bersama nasi putih dengan acar jelatah, keropok sayur, sambal belacan dan pilihan Masak Lemak Cili Padi Ayam atau Asam Pedas Ayam. Pembuka selera pula, cucur udang dan tauhu bergedil ayam akan dihidangkan bersama kuih-muih, pencuci mulut dan pilihan salah satu air minuman seperti air kathira, air jagung dan air keladi.

“Set B pula berharga RM55.00 untuk 1 pax. Hidangan berupa nasi putih dengan acar jelatah, keropok sayur, sambal belacan bersama pilihan lauk Crispy Buttermilk Chicken, Ayam Percik Rasa Rosz atau Udang Harimau Masak Lemak Nenas. Cucur udang dan tauhu bergedil ayam akan dihidangkan bersama kuih-muih, pencuci mulut dan pilihan minuman air kathira, air jagung dan air keladi.

“Set C yang berharga RM78.00 pula sesuai untuk dinikmati 2 orang. Set ini berupa nasi putih dengan acar jelatah, keropok sayur, sambal belacan bersama pilihan satu lauk Crispy Buttermilk Chicken, Gulai Kawah Tulang, Ayam Percik Rasa Rosz atau Asam Pedas Tulang. Cucur udang dan tauhu bergedil ayam akan dihidangkan bersama kuih muih, pencuci mulut dan salah satu pilihan minuman iaitu air kathira, air jagung dan air keladi.”

Selain set hidangan yang disediakan, pelanggan juga boleh memilih menu lain yang terdapat di Restoran Rasa Rosz. Lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang patut dicuba berupa Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Restoran yang terletak di dalam AEON Big ini menawarkan suasana yang sejuk dan dingin ketika berbuka puasa. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ini sudah pasti Restoran Rasa Rosz adalah pilihan tepat untuk berbuka puasa sambil menjamu selera dan bersantai bersama keluarga. Selepas berbuka, pelanggan juga tidak perlu risau kerana terdapat surau untuk solat.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Mereka yang ingin mencuba dan merasai keenakan makanan yang disediakan Restoran Rasa Rosz, bolehlah membuat tempahan meja dengan menghubungi talian 013-8082772 (call/whatsapp).

Previous articleAkhirnya impian Ifa Raziah berbuka puasa di Restoran Rasa Rosz tercapai!
Next articleKenapa Dayang Sofia tidak boleh lupakan “Panji Semerang”?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here