Ziana bersama Dr Jay, pengarah dan pengasas CSA Academy.

Oleh Wawa Najwa

Kehebatan Ziana Zain sebagai penyanyi tanah air tiada tolok banding lagi. Malah pada 25 Mei ini, penyanyi “Madah Berhelah” itu akan menjayakan Konsert Ziana Zain 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Penaja utama konsert tersebut adalah CSA Academy, sebuah organisasi dalam membantu merancang kewangan yang lebih tersusun dan cemerlang serta bebas hutang di Malaysia.

Selain menaja konsert Ziana, CSA Academy turut melantik pesohor seni legenda tersebut sebagai duta rasmi organisasi mereka.

Sempena pelantikannya sebagai duta CSA Academy, Ziana juga akan tampil dengan lagu “Semangat Wira” yang akan dilancarkan pada Mei ini.

CSA Academy memilih Ziana sebab kagum melihat liku perjalanan dan jerih Diva Pop ini dalam mencapai gemilang kejayaan yang dibina berbekal reputasi baik lebih dua dekad.

Semangat kental yang ditunjukkan oleh Ziana itu boleh dijadikan sebagai motivasi untuk setiap orang yang mahu melakar sejarah dalam operasi yang dijalankan.

“Kami pilih Ziana Zain sebab kami yakin kebanyakan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kenal penyanyi ini kerana dia seorang legenda.

“Ziana adalah penghibur yang telah menawan peminat dengan karisma dan vokalnya menerusi lagu seperti Madah Berhelah atau lakonan mantapnya dalam filem Maria Mariana. Kami di CSA Academy yakin pemilihan Ziana Zain sebagai duta rasmi adalah tepat.

“Reputasi, integriti dan kredibiliti serta semangat juang yang ada dalam diri Ziana Zain adalah seiring dengan matlamat kami di CSA Academy untuk menuju kegemilangan serupa,” ujar Pengasas & Pengarah Eksekutif CSA Academy, Dr Jay Ong.

Selain Ziana, CSA Academy juga memiliki duta rasmi dalam kalangan individu berpengaruh termasuk Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan aktor berkaliber, Datuk Jalaluddin Hassan.

Pelantikan Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zin sebagai duta rasmi CSA Academy berlangsung dengan jaya di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Dr Jay bersama dengan duta CSA Academy, Jalaluddin Hassan (kiri), Ziana dan Dr Sheikh Muszaphar.

Seiring pelantikan Ziana, 55, sebagai duta rasmi CSA Academy, sebuah lagu yang menyerap roh dan perjuangan tanpa erti putus asa, “Semangat Wira” digubah. “Semangat Wira” bakal dilancarkan pada Mei 2024.

“Semangat Wira menggambarkan keseluruhan perjuangan tanpa lelah dan putus asa yang dinyanyikan Ziana Zain khusus buat seluruh ahli CSA Academy,” ujar Dr Jay lagi.

Sementara itu, Ziana menyifatkan pelantikannya sebagai duta rasmi CSA Academy adalah sebuah penghormatan bukan hanya untuk dirinya tetapi beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menyebarkan informasi tentang pengurusan kewangan atau beban hutang yang perlu diuar-uarkan kepada semua.

“Saya melihat pelantikan sebagai duta rasmi CSA Academy sebagai sebuah penghormatan yang besar bukan untuk saya secara peribadi tetapi bagaimana saya mampu mewakili, memikul tanggungjawab dan kepercayaan untuk menyebarkan informasi bagaimana kita semua mampu hidup bebas hutang melalui pengurusan kewangan yang betul bersama bantuan CSA Academy.

“Sejujurnya saya sendiri suka perkara seperti ini (mewakili CSA Academy) kerana secara tidak langsung dapat bertemu ramai orang, dapat ilmu dan pengalaman baharu terutama bagaimana menguruskan kewangan.

“Maklumlah kadang-kadang kita berbelanja tidak sepadan dengan hutang, jadi CSA Academy membantu dengan memberi ilmu bagaimana menguruskan semuanya dengan bijak.

“Dengan pelantikan saya sebagai duta rasmi CSA Academy selepas Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datuk Jalaluddin Hassan, saya harap lebih ramai lagi yang akan menyertai CSA Academy.

“Tentu sahaja besar juga harapan saya dapat membantu CSA Academy mencapai matlamat untuk membuat masyarakat cakna tentang kewujudan mereka sekaligus memberi khidmat terbaik kepada yang memerlukan.

“Apa yang penting CSA Academy menjamin gaya hidup bebas hutang untuk semua ahli,” ujar Ziana yang berterima kasih kepada CSA Academy kerana menunaikan impiannya mengadakan konsert selepas kali terakhir pada 2001 hampir menjadi realisasi.

Konsert Ziana Zain 2024 merupakan anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama Altus ProHouse.

Kini, Ziana sedang giat mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk memastikan dapat memberi persembahan terhebat mengalukan peminat untuk mendapatkan tiket sementara ia masih berada di pasaran.

Tiket-tiket berharga RM288 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM688 (DIAMOND), RM888 (VIP 2), RM1,088 (VIP 1) boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my/ mulai 15 Disember 2023 jam 10.00 pagi di laman web www.ticketu.com.my/zianazain.

Pembelian tiket menggunakan sistem “Buy Now Pay Later” BNPL seperti Atome dan Shopback turut disediakan di laman rasmi pembelian tiket. Manakala untuk pembeli tiket OKU (Orang Kurang Upaya) dan pembelian tiket melebihi 50 keping boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518.

Untuk kemudahan pembeli tiket OKU, mereka hanya boleh membeli tiket di hotline tertera. Pembeli tiket OKU boleh menghadiri konsert dengan seorang peneman.

Previous articleMuss, legenda rock yang masih popular !
Next articleAkhirnya impian Ifa Raziah berbuka puasa di Restoran Rasa Rosz tercapai!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here