Tyzo dan Putera Amaris satu kepuasan melakukan kerja amal.

Oleh : Syed Wafa

Dua selebriti terkenal tanah air, Tyzo dan Putra Amaris walaupun sibuk dengan kerjaya seni masing-masing tetapi atas dasar kemanusiaan mereka ikhlas melakukan kerja amal bagi membantu insan yang tidak bernasib baik terutama di bulan Ramadan ini.

Pengalaman melalui zaman susah hingga tidak mampu membeli susu anak membuka hati pelakon dan penyanyi, Putra Amaris untuk menggerakkan program amal, Share Rezeki sejak empat tahun lalu.

Melalui pengalaman pahit itu, Putra Amaris atau nama sebenarnya, Amran Ismail, 39, menginsafkan beliau dan ingin membantu mereka yang pernah mengalami masalah yang sama atau lebih teruk dari itu.

” Saya yakin itu adalah ujian Tuhan dan reda apa yang berlaku dengan berlapang dada dan tidak pernah menysesal dengan ketentuan Allah.

“Sebelum berkahwinpun, saya pernah diuji dengan masalah kewangan apabila tiada sesen duit dalam bank.

“Nak ambil duit, tapi tiada langsung wang dalam akaun. Ujian seterusnya berlaku selepas berkahwin dan ada anak.

“Daripada kejadian itu, saya dapat rasakan betapa sukarnya hidup jika tidak punya apa-apa. Apabila Allah kurniakan rezeki dan tenaga, saya mula menubuhkan program amal, Share Rezeki pada 2020.

“Alhamdulillah pertubuhan itu masih bertahan hingga hari ini dan mendapat kepercayaan banyak pihak untuk tampil membantu,” katanya.

Selain mendapatkan sumbangan pelbagai pihak, Amaris turut meluahkan hasrat berkongsi rezeki menerusi jualan beberapa aset milik ibunya, Allahyarham Hajar Hasnah Sahli yang meninggal dunia pada 18 Februari lalu.

“Selepas berbincang dengan keluarga, mungkin akan ada beberapa aset peninggalan arwah mahu dicairkan dan digunakan untuk tujuan infaq.

“Semoga usaha ini, pahalanya akan terus mengalir buat arwah ibu,” katanya ketika ditemui oleh Ladybosz baru-baru ini.

Untuk tahun ini, Putra Amaris turut bekerjasama dengan penyampai radio terkenal, IKIMfm, Tyzo Xander mencari lebih ramai golongan asnaf dan rumah kebajikan sebagai penerima sumbangan.

Dua sahabat berhati mulia bantu insan yang tidak bernasib baik.

“Saya mengalu-alukan lebih ramai orang perseorangan dan rakan artis untuk terbabit dalam program ini.

“Secara kebetulan, Tyzo juga ada menubuhkan program amalnya sendiri, Pertubuhan Kasih Tyzo. Memandangkan kami mempunyai misi sama, jadi mengapa tidak untuk kami bergabung sahaja,” ujar Putra Amaris lagi.

“Sebenarnya bila saya melakukan kerja amal dalam membantu insan yang tidak bernasib baik, hati saya menjadi begitu tenang dan rezeki akan lebih berlimpah luah terutamanya di bulan Ramadan yang mulia ini,” kata Tyzo bersungguh-sungguh.

Kami di Ladybosz mengucapkan tahniah dua insan hebat ini terus aktif melakukan kerja amal sepanjang Ramadan ini dan berharap ramai lagi selebriti terkenal mengikut jejak mereka berdua.

Previous articleAkhirnya Ruhainies tarik diri daripada Starvendors Mega Raya Festival 2024 anjuran Ifa Raziah!
Next article“Rindu Hatiku Rindu” nyanyian Tantari tarik perhatian ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here